Beberapa tahun dulu adik di Ipoh beri keratan pokok ni.. tak hidup sebab panas dalam bonet. . Pertama kali tahu mengenai pokok ni semasa menonton AFC.. Jamie Oliver chef terkemuka yang gunakan dalam masakan. . Harga sepeket kecil mencecah rm 4.50 di pasar raya tertentu.. dua tiga helai je daunnya. . Akak suka bau daun ni.. segar je.. ada yg guna untuk ikan salmon.. entahlah apa resipi dia tu.. sehingga angkat ibu jari kata sedap..
Pokok ni akak perolehi dari pasar tani Rembau.. kata penjual pokok ni juga untuk halau nyamuk. . Kalau begitu eloklah akak beli. . Kat FL banyak nyamuk .. seronok duk di FL ini ya wahai si Dill.. pokok dah berbunga. .
Terkejut juga.. akak dah lama tak ke sini .. dah berbunga.. suka duk sini ya..entah apalah nama Melayu nya ya?
Close up.. nampak macam berhabuk
Top view. . Macam juraian pokok padi pula..
ps: teringat pula pada bunga asparagus Mary Washington. . Foto dah tenggelam dalam folder mana2 entah.. semoga akak dapat kongsinya di sini. .



