Meriah di hari raya... meriah dengan daun-daun lebar:) .. tanaman lain tak kena kitaran masa raya untuk berbunga..
Dua batang pokok cili... lupa dah cili yg bagaimana.. sekarang ni buah cili yg tak boleh di gunakan untuk masak akak campak-campak aje kat lokasi - lokasi strategik.. tapi kali ni akak tanam terus cili tu. Harap2 mereka ni survive dengan cuaca yg tak menentu sekarang .. semoga ada hujan menemani mereka..
Bayam malabar merah yang disemai dari pucuk yg diambil di sekitar rumah di KL ni. Dah tau dah siapa penyemainya... pekerja Indon disini rajin menanam.. ambillah kak.. katanya.. akak ambil dalam sejengkal pucuknya dan semai dalam pasu.. nak balik raya akak angkut sekali sebab dah nak merayau daunnya..
P/s: pagi2 lagi dah sampai KL... plan balik hari Ahad berubah gara2 kesihatan En Boss yang makin kurang .. standby di KL kalau apa2 berlaku.. hospital yg biasa dikunjungi dan rekod besar disitu dekat untuk diterjah...
Dia sedang dalam proses berhenti merokok.. alhamdulillah mahu juga berhenti... berhenti semenjak Ramadhan.. merokok pun tak banyak sebelum ni.. sekotak habis dlm 4 hari...
Dia sedang dalam proses berhenti merokok.. alhamdulillah mahu juga berhenti... berhenti semenjak Ramadhan.. merokok pun tak banyak sebelum ni.. sekotak habis dlm 4 hari...
doktor kata dalam proses untuk develop semula paru-paru.. tapi impaknya macam susah nak handle.
Hari raya ke 3 & 4 kami duk rumah je.. kepala delegasi dah down kan! .. down sebab hal lain ya juga tu.. kes ada orang merajuk.. saba yo la..
raya kami hanya dua hari.. ok la tu
Sampai KL kami menuju ke klinik dahulu... sampai je klinik kena ambil gas ... batuk2nya pun belum kurang . Semoga semua sakit yang mendatang dapat beliau atasi ..













