Sabtu lepas selepas breakfast di port favourite iaitu kedai tepi sawah perjalanan kami diteruskan untuk menziarahi bapa saudara big boss yang sedang beransur sihat.. best dapat balik kampung...
sebab apa best ? sebab Mak Saudara big boss pun suka bertanam walaupun dia kelihatan uzur... masyaallah banyaknya tanaman... apa lagi macam orang tak siuman akak snap sana sini.. suka sangat..
bunga apa ni? ni la bunga daun kuchai (chives).. rasanya sebelum ni ada snap foto bunga ni masa raya lepas.. masa tu di rumah mertua adik ipar... baru teringat.. hi hi dah terbenam la tu... tak sempat lagi masuk blog... insyaallah one fine day...
hari terang sangat ... so sreen hp tak nampak apa yang disnap.. dapatlah foto kucai ni dengan batang bunga je ... tapi yang dominan tu... pokok pegaga comelnya subur-subur semuanya.. meriah dengan warna hijau..
baru dapat foto the whole plant
suka sangat ni .. meriah dengan berpasu-pasu pokok pegaga.. tabik spring kat Mak Ngah.. tangan sejuk
daun sup pun meriah..
spesisi terung kut.. tak sempat tanya kenapa dipangkas pokoknya
cili yang meriah juga.. sebenarnya banyak lagi tanaman yang ada.. supply yang berterusan.. alhamdulillah memudahkan Mak Ngah sekeluarga...
p/s kami sekeluarga mendoakan agar Pak Ngah pulih sepenuhnya..








