Semaian sepasang bayam malabar dari benih tanamsendiri. Seperti biasa semaian di KL dan bila agak-agak dah boleh jaga diri sendiri (manalah dia boleh jaga diri sendiri..) survive sendiri la tanpa penjaga barulah dipindahkan ke tanah. Bayam ini disorokkan dibawah rumpur-rumput kering demi menghadapi hari panas.
Hari itu selepas dipindahkan - Bayam malabar 1
Minggu berikutnya dah jadi mangsa sang siput.. dah togel daunnya. tinggal batang yang merah .. tau angkara siput.. lepas tu letak racun siput.. rupa-rupanya racun siput ni macam menarik perhatian siput juga.. akhirnya dia tergolek.. tak tau la pula dia dah mati bila terpijak cengkerang ha.. ulat-ulat lalat banyak yang keluar.. tergeli sekejap.
Minggu lepas .. dia tumbuh balik.. suka suka .. nasib tak marah dengan siput
dan cabut pokok ni terus.. Doaku semoga dia berjaya dan terus menerus subur..
Hari itu selepas dipindahkan - Bayam malabar 2
Minggu lepas dah banyak dah daunnya..
Kobis cina - benih kongsi dari En. Iskandar.. yang survive
di tanah ni je sebab semai terus ke tanah.. alasan
malas nak pindah-pindah dari pasu suratkhabar. Foto ni pernah up
dalam posting sebelum ni..
Minggu berikutnya .. sedap kut daun ni.. ye la daun muda.. sampai sekarang dah jadi sejarah...
autopublished






