suka-suka yang banyak makna berbeza ...
intonasi berbezalah makna.. kesejahteraan alam ini,
kesejahteraan tumbuhan dan warna alam pada detik yang berbeza
Kawan - kawan yang dah ada pengalaman dengan bunga ni kata bunga limau kasturi ni wangi... dah terlepas momen tu... semoga ada peluang lagi lepas ni... putik bunga di sini
Kali ini limau kasturi meriah berbunga.. harap-harap banyak hasil kali ini berbanding dengan yang sebelum ini yang cuma dua butir sahaja yang melekat... terlampau seronok lihat putik bunga - bunga menjelma pelbagai angle jadi sasaran akak ni..
Ps.. dapat berita penjual pokok ni telah kehilangan lori untuk jlnkan bisnes ke sana kemari... akak doakan agar akak nurseri ni berjaya beroperasi semula
Kali ni limau campak-campak ni menjadi juga , setelah 3 minggu dicampak. Rasanya lama la nak dapat hasil ni.. survive ke atau jadi ulaman si ulat rama-rama...limau kasturi ni... kalau pindah ke polybag ok ke? Cadangnya untuk besarkan pokok dan untuk ditanam dirumah sendiri kelak...