Saya selalu beli sayur pudina di Sogo,seikat RM 1.00 atau lebih kadang-kadang sengaja beli bukan tujuan untuk dimakan tetapi untuk disemai untuk dibiakkan tetapi selalu gagal. Semaian dibuat dalam bulan puasa yang lalu, dan semasa ianya ditinggalkan untuk berhari raya, semua tanaman telah dibalut dengan tisu basah dan pelbagai medium yang lembab untuk mengelakkan dari kekeringan kerana tidak bersiram. Jadi semua pangkal tanaman dalam pasu akan memutih kerana balutan tisu. Tapi ianya berbaloi. Pudina yang baru disemai telah menyambut kepulangan kami dengan meriahnya. Semua yang hanya dicucukkan didalam pasu telah hidup meriah. Mungkin batang yang matang membantu pertumbuhan mereka. Sebatang telah dibawa ke Seremban untuk dibiakkan. Semakin hari berlalu ianya terus subur walaupun beberapa kali kekeringan. Untuk pudina terus subur, perlu air yang banyak, akan mudah layu bila hari panas berpanjangan. Sedap dimakan sebagai ulam, dan diletak didalam teh O panas. Ia akan merayap dan mengeluarkan akar pada dahan yang menyentuh tanah.
pokok 1
pokok 2
pokok 3 - dibeli di JJ Seremban 2 semasa hari Raya Puasa sebab nak
sangat pokok pudina padahal bila balik KL dah banyak pudina hidup dengan
meriahnya... tu dah segar semula kerana hari panas dan terik semasa cuti
Hari Raya Haji ..namun ada juga dahan yang tidak diselamatkan..dahan tu nak merayap ke
kotak tanaman dibawahnya tapi hajat tak sampai dah kering kepanasan
tak pe lah..asalkan pokok utama 'survive'





