Semalam hari gembira lagi.. banyak pula impatiens ni kembang...kalau ada banyak pasu mesti cantik dalam deretan macam kat Fraser Hill tu.. apa kan daya... untuk suka-suka test ni menjadi pun dah syukur... nanti nak test musim panas pula... adakah dia meriah juga?
p/s: sekembali dari Kuantan aktiviti mengemaskan laman diteruskan ... aktiviti yg mesti buat adalah menjadi pencuci najis kucing yang dah berleluasa di laman... laman pun dah berlubang-lubang jadinya akibat aktiviti mengeluarkan najis ni... aktiviti memindahkan anak terung telunjuk yang dibeli dari Pasar Tani minggu lepas dah selesai dilaksanakan... semoga menjadi pokok terung ni, semoga meriah dia membesar di musim tengkujuh ni.. namun ada kerisauan juga .. sudah ada leave miner dan juga bila hari tak hujan walaupun sehari kepanasannya amat melampau... ada sesiapa perasan tak?
status kacang Tanah taragang juga tak mengujakan kerana banyak pokok yang mati... sepeket Tanah organic telah digunakan untuk aktiviti pemindahan terung ... ada lagi tu untuk corssandra hijau yang masih dalam polybag... beransur-ansur la uruskan aktiviti menanam ni... masih menunggu harum sundal malam untuk mengembang walaupun Nampak meninggi bunganya,,,







