Masa kecil-kecil dulu banyak bunga ni tumbuh liar disekeliling rumah dan sudah pastinya kehidupan yang serba kekurangan tiada alat permainan bagi akak kecuali petik-petik bunga dan daun buat permainan masak-masak. Alat yang digunakan adalah blade untuk mencukur ... kecil-kecil dah pandai guna pisau tu gara-gara melihat orang menghiris daun pandan untuk buat bunga rampai. Kalau tak silap arwah nenek ada memaklumkan bahawa pokok ni ada health property... dah tak ingat untuk apa. Saja-saja snap bunga ni demi menunggu hari panas reda... kat sini cuaca sekejap terik sekejap redup... bila panas tak larat nak berkebun... ambil masa untuk rehat dan snap la bunga kenang-kenangan ni yang namanya pun tak tahu... cuma anggap ia tumbuhan liar...
bunga yang dah kering bakal berterbangan dan tumbuh melata
panggil bunga purple je
suka yang ni .. Nampa bunga halus yang banyak dan membentuk bola..
pasti bunga disebelah kanan tu dalam proses menjadi benih










