Pertama kali merasai bubur nasi kawan sepejabat... sedap dan wangi buburnya.. minta maaf sebab terlampau asyik makan rupa bubur terlupa nak di tembak.. sempena meraikan hari terakhir seorang sahabat yang berpindah kerana mendapat kenaikan pangkat semalam.. rajin pula depa membawa pot luck... tukang buat bubur ni siap bawa bahan utk aktiviti sambung top up bubur yang laku untuk lunch pula... sesuai la rehat hari Jumaat yang panjang.. kenduri bubur lagi... dapat makan panas-panas gitu..
Apa ada pada bubur ni sehingga ada entri untuk bubur nasi yang simple... senyum sahabat saya ni menerangkan mengenai bahan khas yang digunakan... yang pasti daun kunyit dan herba istimewa yang digunakan adalah daun bebuas... daun - daun dihiris halus...tambah lagi daun kaduk, halia dan bawang, lada hitam tumbuk , udang kering tumbuk dan udang basah serta santan
Pertama kali tengok dan rasa daun ni.. bila dipegang dan dicuci ia mengeluarkan aroma seperti daun cili tetapi lebih kuat dari aroma daun cili
antara bahan yang digunakan



