Selasa, 24 September 2013

Demi dia dan Gold Coast

Sabtu yang indah dan panas .. itulah muqaddimah entri hari ini... seawal 7 pagi lagi sinaran pagi sudah hangat.. menghangat suasana kerana hari ini adalah hari berkumpul dengan keluarga kawan-kawan dari ex-department yang berusaha bersungguh-sungguh untuk gathering tahun 2013 ini.. kawan-kawan yang join adalah kawan-kawan yang kaki berjalan... semenjak dua tahun lepas barulah secara rasmi kami dapat berkumpul.. sungguh terharu juga dijemput join dan kos pun alhamdulillah tidak membebankan .. harga yang telah di "nego" oleh seketariat tanpa orang tengah... demi ukhwah dan persahabatan yang telah terjalin dalam masa yang singkat ini dan juga sokongan positif kalau tidak dari big boss yang sporting yang sanggup meninggalkan agenda yang penting untuk sama-sama dengan akak ke perkumpulan ini.. di samping itu nawaitu utama adalah demi dia anakanda bongsu iaitu HS untuk bersama-sama beriadah dengan kawan-kawan sekelas dan sesekolahnya ditempat yang agak popular ini.. kebanyakan sahabat hantar anak disekolah yang sama kerana jarak yang dekat dengan pejabat.. demi anak-anak sekolah yang sangat hampir dengan pejabat adalah satu manfaat yang tiada nilainya kerana kami boleh bekerja dengan hati yang tenang sambil dapat menguruskan anak sewaktu makan tengahari untuk aktiviti sekolah petang pula.. jika ada kecemasan mudah untuk diuruskan disamping dapat saling bantu-membantu jika ada keperluan diantara kami.. alhamdulillah..
Demi anak dua hari blog cuti lagi... tak tertangankan dengan jadual yang agak padat walau pun sebenarnya nak santai-santai...


sinar pagi dicelah gril balkoni di apartment kami yang dah dimakan usia..pokok apakah itu? belum ada mood nak up dalam entri lagi...

Dalam kotak fikiran En Boss adalah tempat ni.. ada dua jalan nak ke sini iaitu via KLIA dan satu lagi via Klang... ini Sepang Gold Coast yang berhampiran port makan-makan Bagan Lalang... katanya kalau ini tak bestlah kena naik buggy la, anak tiada aktiviti la dan bla bla... meh tengok plan balik ... la Morib Gold Coast la ... padan muka kami.. plan ada tapi tak buka... tak pe la jalan-jalan sekejap tempat ni

Perjalanan diteruskan ke Morib .. suka akak dengan pemandangan ni.. dah terlepas baru nak cari kamera.. jadi le..

anak-anak itu lembu

sambil ke sini sambil berwhat's up dengan seketariat... kami peserta kedua yang tiba..belum boleh check in sebab check out pukul 12... tunggu semua urusan pembersihan dan penyediaan bilik selesai baru boleh check in.. HS tak sabar dah nak terjun dalam air!! lobi yang ada pelbagai koleksi



macam zoo tapi binatang statik

suka dengan pagar buluh ni

leopard iris ?

tukang foto big boss

bilik dah siap ... tingkap bilik air... kena tutup tingkap le

yang paling disukai dah ada info kiblat dicatatkan didalam pelan

moh intai kat luar.. masa ni HS mandi sorang-sorang ... abang besar jadi pemerhati adik je

teringin gak nak try ni.. tapi fikirkan faktor umur.. kensel 




pilih la katil ni... 

sesi telematch dah nak bermula... masih menunggu group sebelum yang tengah hangat bersukan

dah mula


penyelia telematch dari pihak resort

bowling kelapa!!!


HS and the gang

anak dan bapa

mesti tak senyum.. tengah bengang sebab abang besar tegur tudung dia tak comei

family yang sporting ... pakaian beragam kain batik dan abang kain pelikat!

acara tukar hadiah. sape dapat akak punya?

akak sibuk gak layan near to sun set punya pemandangan

ni je yang sempat upload .. insyaalah adala part 2... bila bila? tanya diri sendiri...

Jumaat, 20 September 2013

Ziarah

Sabtu lepas selepas breakfast di port favourite iaitu kedai tepi sawah perjalanan kami diteruskan untuk menziarahi bapa saudara big boss yang sedang beransur sihat.. best dapat balik kampung... 
sebab apa best ?  sebab Mak Saudara big boss pun suka bertanam walaupun dia kelihatan uzur... masyaallah banyaknya tanaman... apa lagi macam orang tak siuman akak snap sana sini.. suka sangat..

bunga apa ni? ni la bunga daun kuchai (chives).. rasanya sebelum ni ada snap foto bunga ni masa raya lepas.. masa tu di rumah mertua adik ipar... baru teringat.. hi hi dah terbenam la tu... tak sempat lagi masuk blog... insyaallah one fine day...


hari terang sangat ... so sreen hp tak nampak apa yang disnap.. dapatlah foto kucai ni dengan batang bunga je ... tapi yang dominan tu... pokok pegaga comelnya subur-subur semuanya.. meriah dengan warna hijau..

baru dapat foto the whole plant

suka sangat ni .. meriah dengan berpasu-pasu pokok pegaga.. tabik spring kat Mak Ngah.. tangan sejuk


daun sup pun meriah..

spesisi terung kut.. tak sempat tanya kenapa dipangkas pokoknya

cili yang meriah juga.. sebenarnya banyak lagi tanaman yang ada.. supply yang berterusan.. alhamdulillah memudahkan Mak Ngah sekeluarga...

p/s kami sekeluarga mendoakan agar Pak Ngah pulih sepenuhnya..

Khamis, 19 September 2013

Petai o Petai

Sungguh-sungguh hari semalam Rabu yang bisu...no entry at all... tuan blog cuti sakit sungguh-sungguh.. hari semalam ke klinik buat ujian darah dan tukar ubat bp.. mc lagi... bp tak turun ..
den tak paham apo doktor Pakistan tu cakap... BM telor Pakistan... dia pun terasa agaknya akak tak faham cakap dia.. orang tanya ubat lama buat apa? (Ubat tu ambil minggu lepas).. dia jawab makan ubat baru dengan   ubat diabetik dos yang rendah.. ini ubat saya pun ambil.. akak expect jawaban dia samada stop ubat lama tu atau makan bersekali dengan ubat baru.. 3 kali tanya itu juga jawapannya .. 
ini ubat lagi baik untuk jaga jantung, elak kegagalan buah pinggang supaya tak kena dialisis... yo lah doktor itu akak faham... soalan akak tak dijawab dengan tepat... tension sungguh kalau dapat doktor macam tu ..macam ayam dan itik bercakap.. dah la kepala ni sekejap dup dap.. sekejap tiong tiong..

Ada kemungkinan makan gulai petai ni kepala akak tiong-tiong akibat angin... entahlah... sebelum ni makan ada juga makan sambal petai... hu hu muntah belilah tepi jalan.... dulu makan yang mentah ok je... dah tiba waktunya faktor umur petai dah jadi kepantangan... konon nak test power dengan harapan tiada mudarat... tak boleh juga la ni...but this time less vomiting... mungkin dah amalkan makan rumpailaut... hu hu I miss petai...

Sebagai ingatan last le makan petai ni... malam minggu masak gulai petai sebab big bos nak makan juga... start masak pukul 8 malam.. depa dinner pukul 10... gara-gara dapat petai free la ni!! Big boss dapat dari kawan fb...bersekali dengan mangga pauh (akak panggil manga telur) ..selepas perjumpaan dengan kawan-kawannya bergegas balik rumah untuk prepare  favourite dish dia ni....akak makan seulas dua aje...

Pemberian kawan En Boss

Big boss kikir kulit petai.. adan seorang doktor sarankan 
jangan buat proses ni kerana ada khasiatnya kulit luar yang dibuang tu...
dah terlepas buang je le.. lambat dapat info..

Hasilnya

kualiti foto yang malap... hari malam

 Santan, ikan bilis , cili api dan kunyit hidup... terlupa snap ... bila dah menggelegak masukkanlah petai tu .. akhir sekali boh le mangga tu.. tak payah boh asam keping lagi...








Selasa, 17 September 2013

Ambil kesempatan

Semalam 16 September 2013 hari ulangtahun penubuhan Malaysia.. dah lupa pula bila kita dapat cuti hari Malaysia ni... sungguh cepat masa berlalu... sudah separuh bulan September dilalui dengan pelbagai perkara suka, duka, sihat dan sakit datang dan pergi... semalam adalah hari paling menyiksakan ... alhamdulillah hari kesakitan itu beransur pergi.. kesabaran yang tinggi menangani sakit semalam... kali ni sakit kepala yang bermula dari petang Ahad tidak boleh ditahan-tahan walaupun kita masih bersabar... sabarlah wahai badan!! apa pun tak jadi semalam... akhirnya terpaksa panggil anakanda sulong balik untuk bantuan ... mohon bantuan untuk sesi urut kepala... tq son.. serta penyediaan dokumen untuk aktiviti hari ini... namun diabaikan je kerana tak lengkap dan kondisi kesihatan yang merudum ni..

nak jalan blog kawan-kawan dan  lihat entri kawan-kawan sekejap je... so semalam blog ni pun cuti daa... sempena sakit dan hari Malaysia:) ... harapannya hari ini bertambah baik..boleh pergi kerja namun ada perkara yang terpaksa dilepaskan pada hari ini... saringan kedua untuk DRAC ... terpaksa undur diri akibat kepala tiong tiong semalam... selalunya 1 hari sakit ni reda namun menjelang pagi semalam tiada tanda-tanda akan surut sakit ni.. pelbagai usaha dilakukan.... namun nak makan painkiller adalah perkara terakhir sekali yang akan dibuat kerana ancaman gastrik... ada yang kata huh makan painkiller ni macam makan kacang ya!! terkedu I... namun selepas mengidap gastrik kronik pada masa-masa lalu.. maka lupakan dulu painkiller tu...

Cerita September lagi.. tak habis-habis.. Pada 1 September yang lalu kami mendapat jemputan kahwin anak saudara En Boss di Rawang... dah lambat.. ramai sedara dah balik... yang seronoknya akak dapat snap pokok ni... pokok mengkudu... banyak khasiatnya.. kalau ada stok jus ni kat rumah insyaallah sakit kepala akan menyusut ... tak tahan baunya yang kuat bila masak jus ni.... tinggal jadi cerita je la ya... khasiat-khasiat tumbuhan ni bolehla di google... blog Mak Aji pun ada info mengkudu ni.. malah ada syarikat MLM dari dalam dan luar negeri mengeluarkan produk berasaskan mengkudu .. popular dengan panggilan Noni Juice...sape tahu nak tanam pokok ni dengan apa ya? via benih atau via keratan batang?

macam alien je rupanya!

memandangkan pokok ni tepi pagar dan tepi longkang dan kekangan tempat yang sempit setakat tu je yang dapat difokuskan... teringin sangat nak close up bunga dia tu.. 

putik yang dah menjadi

satu keceriaan .. ambil kesempatan shoot bunga ni ... cantik sebab dia bergugus besar dan berwarna putih..

bunga apa ya!


Ahad, 15 September 2013

Menjadi dan tak menjadi..

Umum dah mengetahui bahawa bulan bulan sebelum September yang lalu adalah bulan kering, hujan tak turun berhari hari... tanah jadi gersang, tanaman yang biasa ditinggalkan kehausan nak air nak air...
manakala bawang bawang yang kesejukan didalam peti ais sudah bertunas dan demi menyelenggara peti sejuk ini dan dah ditop up dengan stok baru... bawang bawang tumbuh have to go out... adalah sedikit ruang untuk mereka ni..peh.. garlic pun semai juga... testing -testing !! 

sebelum ni ok je tanam bawang merah tu.. namun setelah berminggu-minggu ditinggalkan dalam keadaan kekontangan semua bawang ni dah merajuk .. so foto ni sebagai catatan untuk ingatan diri sendiri bahawa bulan yang kering dan kontang adalah bulan sebelum September.... 

daun ulam raja tu pun tak bermaya rupanya... seedlings nya merata -merata tumbuh

yang menjadi-jadi ni la petola ni.. hujan ke panas ke kalau polination berjaya adalah buahnya.. mesti ada yang dah bosan tengok foto petola ni.. akak tetap suka.. setiap kali balik mesti belek jika ada yang menjadi .


p/s : publish entry hari lambat bebenor gara-gara line kat TRI seromban ni sangatla selo melo... siput khinzir tu lagi laju jalannya... maka akak menghabiskan masa membelek ros jepun yang makin mekar hari ini... buat pindahan dan tambahan pasu dari botol plastik.... HS komen.. banyaknya pasu...minggu depan tak dapat belek laman sebab ada acara hari keluarga dan risau tanaman kena overhaule lagi.. maka buatla apa yang patut..

  hari ni lunch kul tiga petang sebab hari ni fokus utama kat luar rumah... dah kenyang pagi tadi dengan breakfast nasi goreng.. malam tadi dah masak gulai potai tinggal untuk dihangatkan je...





Sabtu, 14 September 2013

Yang mekar pagi ini...

Hai hai akak pukul 3.40 pagi dah terjaga dari tidur.. selesai urusan wajib dan sunat denganNya..lelap tersandar di sofa seketika menunggu azan subuh... jangkaannya hari ni breakfast kat kedai favourite big boss yang dekat-dekat je... namun hajatnya lain.. nak menziarah pak sedara yang uzur di Pilah .. makanya port breakfast pagi Sabtu berubah... jauh sikitla.. tak jauh mana pun .. kedai tepi sawah je pun..
Arahan big boss diterima... ingat nak terjah keluar je sebab tau-tau je la highway Pilah ni  selalu jam...week end adalah waktu puncak jam kat sini...arahan kedua buat apa yang patut dulu... kelam kabut jemur baju dan hal-hal yang seangkatan dengannya serta lawat laman kat luar... 
so produk akhir ialah foto bunga ros jepun yang disnap kelam kabut juga demi tamo kena 'sound' lambat ke apa ke....  namun ...

aduss kena 'sound' juga... macam la tak balik rumah katanya... sentap gak sekejap...

Pasal apa kelam kabut? Bunga ni bila balik dah tak kembang macam ni... jap lagi dalam pukul 11 pagi ke atas hayat mekarnya merudum sedikit demi sedikit... akhirnya dapat kuntum kecut je... kalau spesis brazilian tu memang tahan lama .. kalau tak hujan cantik sampai ke petang... info ni maleh nak kabo dgn big boss... dia bukan nak ambil pot pun... bahasa budak2 sekarang.. yg penting arahan is to be obeyed... dan satu lagi.. to kill time while being the co pilot while big boss do the driving... boring pun boleh dikurangkan dan untuk standby jika jam... ada kerja yang akak boleh buat.. dgn syarat line internet ada..

I don't want to miss this beautiful moment 

...at this moment all colours of my moss rose bloom ....
Ni yang kaler peach... dapat dari mana eh..
 Mungkin dari town di kaki Fraser Hill hari tu... minta kat station minyak ...

Dari mak sedara

 Dari aunti rosa

 Beli dari pasar tani... dah generasi kedua.
 Ni la foto kelam kabut... kaburr... tak nampak jingganya... dalam entri dahulu2 ada close up nya..

Ni pun kelam kabut gak.. tak dapat close up.. apa yang ada je la..  yg ni seludup dari
Fraser Hill:)... saje nak test power hidup ke tidak...

Moh layan view masa breakfast tadi..
parking kat sini


As usual favourite menu mi kari dengan latarbelakang sawah yg blurrr

 Acara memindahkan sayur mayur.. Big boss suka 'vegetableles' mi kari... akak yg amek semuanya..

 'Air masak' girl.. 

Roti canai cicah susu.. abah dan anak fav

Tak puas snap view disini..



Moh le lekas ke rumah sedara..

Khamis, 12 September 2013

Pot Pet Pot Pet Tanya Ah So

Selalu juga singgah kedai borong ni. Diusahakan oleh seorang berbangsa Cina. Yang menarik perhatian adalah pokok-pokok yang tidak dikenali yang ditanam di depan kedainya ini..Mesti ada khasiat yang di harapkan oleh mereka jika tidak takkan ada pokok-pokok disini. Foto dibawah adalah pokok terkini yang terdapat disini. Sebelum ni ada pokok lain... dah tak nampak dah... 
Ah So ni baik sungguh... dia layan je pertanyaan kita... untuk pokok dibawah ni memang tiada cerita sebab Ah So tiada dikedai waktu tu... mungkin sibuk dibelakang. Sebelum ni dia juga ada sebut... banyak pokok dia dah kongsikan dengan yang berminat... hu hu akak ketinggalan bas ni... walaupun susah dia nak explain dalam Bahasa Malaysia tapi boleh difahami... semua pokok yang ditanam ada khasiatnya dan ilmu tu diturunkan dari mertuanya kalau tak silap.. 
Ah So juga ada menyebut satu tempat di Seremban yang patut dikunjungi oleh pesakit kanser .. disitu ditanam pelbagai tumbuhan untuk kesihatan dan ada sensei  yang advise cara penggunaannya... one fine day nak kena ajak En Din melawat kawasan tu... mungkin ada info jika ditanya pada Pak Google.. keyword untuk digunakan pula macam blurr blurr.. lokasinya di Pantai, Seremban... bukan pantai PD ya.. banyak-banyak terima kasih pada Ah So yang banyak memberi penerangan pada akak ni yang pot pet pot pet tanya macam...big boss pun macam penat tunggu he he..

Sesiapa yang tahu apa nama dan kegunaannya mohon kongsi info la ye.. sangat-sangati dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih... ayat skema buat surat he he..  ada lagi satu pokok tu..pokok buluh... lain macam je batangnya.. entah apalah khasiatnya ya! 



p/s sekarang ni entry kena buat masa lunch .. bukan macam entry sebelum ni  iaitu entry kacang panjang lagi.. adalah tersentuh button publish masa duk intai-intai blog dalam kenderaan dalam perjalanan ke kawasan yang dirancang atau masa set schedule tu malam sebelumnya mata dah mengantuk pi pilih waktu yang tak seangkatan dengannya untuk publish hik hik hik.. ke mengigau masa tu... wallahualam.. hambek kau waktu lunch semalam tengok blog dah ada entri baru yang tiada dalam nawaitu untuk dipublish .. sebab tu entry tu dah seangkatan  dengan wordless wednesday ... entry bisu.. tiada pot pet pot pet berkaitan kacang yang disiarkan... yang tidak diniatkan!! nanti la cerita pasal foto kacang bisu tu!!

baru hari ni dapat lunch dalam ofis sendiri... dah 8 hari lunch di pejabat lain-lain gara-gara jadi inspektor keselamatan dengan team dari jabatan lain... hari-hari balik rumah kena urut kaki dan buh minyak kat kaki... HS yang jadi sasaran jadi tukang urut... alahai tangannya masih comel lagi... abang besar dah balik U.. tiada la expert tukang urut mak lagi... hari pertama buat kerja dengan kasut smart... akhirnya sandal je yang larat ... hari ni lega sikit boleh duk ofis... berapa lama la tu

Rabu, 11 September 2013

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)