Ahad, 20 Julai 2014

Tuaian Hujung Minggu

Petang Sabtu semalam belek la laman sekejap kerana tiada arahan En Boss untuk masak- masak kecuali permintaan untuk buat kuih kelepong memandangkan stok gula gerek pemberian makcik Datin masih ada lagi... lauk berbuka beli je la kat makcik kat bawah tu... semalam panas terik.. tunggu hari sejuk baru mula aktiviti..

Hasilnya 2 btg sawi remaja, dua overdue bendi dan petola pulut aka petola sarang aka petola wangi

Baru perasan ada dua tiga pokok sawi dah boleh tuai... kena tuai juga kalau tidak kena berebut dengan si siput bab... diistiharkan kobis2 di Seremban dan licin licau jadi santapan angkatan siputbab....tinggal sepasu di rumah kayangan di KL ni..

Saja-saja semai benih sawi hijau hasil hadiah memenangi teka teki berkaitan kobis yang dianjurkan oleh Blog Semua Menjadi... ni je yang survive... semuanya dah dimasukkan dalam rebusan bawang dan ikan bilis... sodap.. macam nak semai lagi.... paksa si HS makan petola tu untuk ubatkan batuk yang baru kena batuk.. 


Lebih sekaki panjang petola ni

Sawi hijau yg dipindah ke tanah ni tak berapa menjadi..

Yang ni naik cantik... saja tumpang pasu ni dan sorok-sorok dengan rose jepun.. akhirnya dia yang outstanding..kat belakang tu pokok belalai gajah baru sampai Seremban..
Petang ini laman ditinggalkan dengan cuaca terik dan hangat... semoga adalah hujan turun bagi sejukkan suasana menjelang kami balik semula untuk berhari raya

Sabtu, 19 Julai 2014

Ujian lagi ... Labu botol sudah berbunga

Negara tercinta diuji lagi.. trajedi menimpa pesawat MH17 .. alfatihah pada mangsa beragama Islam dan takziah pada para keluarga yang terlibat..semoga terusan tabah.. 
esoknya pula yakni semalam akak pula diuji lagi.. anakanda sulung terlibat dengan kemalangan jalan raya ....  nawaitu dia nak pi shopping baju raya... fuhh terkejut sangat-sangat dapat berita... namun alhamdulillah anak tak cedera parah.. 

tetiba kereta yang habis minyak berhenti dan dia tak dapat elak.. kalau elak kiri jatuh dari flyover kalau elak kanan risiko kereta dari belakang... maka nekad dia gerak lurus menghentam kearah kereta yang berhenti tu.. berlubang cermin belakang kereta tu .. mata , mulut , telinga terkena serpihan halus kaca dan lengan yang luka teruk..motor dia bahagian depan yang teruk.. abang nekad mak ! Katanya.. abang buat macam game rugby ... hentaman dengan teknik2 yg dia biasa buat... buat secara lasak.. sangat- sangat berisiko katanya .. tuanpunya kereta pun layan kami dengan baik.. akak nak menangis pun dimarah dek anak.... tiada apa2 mak katanya... kita sebagai mak ni mana boleh tahan tengok anak macam tu.. hmm tak jadi nangis... syukur dia boleh kawal suasana...akak redha.. ni semua ketentuan Allah... siapa yang mahukan kemalangan! Terbantut nawaitu dia nak beli baju raya..

huh huh akak terpaksa keluar awal tinggalkan kerja Puan Boss kat adik pembantu... bila sampai kat tempat kejadian tengok dia boleh berjalan rasa syukur menggunung... terima kasih ya Allah... semoga tiada apa2 kecederaan yang lain.. segala urusan dapat diselesaikan sebelum berbuka puasa... alhamdulillah sempat solat Asar juga ..

Just nak kongsi update labu botol... sudah berbunga...putih bersih warnanya.. uniknya bunganya kembang waktu petang yang mana suasana sudah semakin sejuk akak suka rasa daunnya bila digosok dengan jari... rasa lembut baldu... berbanding dengan daun petola yang berbulu kasar dan mengeluarkan bunyi bila digosok..

Close up kudup bunga

Tamat tempoh berkembang... waktu dia kembang akak sibuk dengan kerja rumah... esoknya dah jadi macam ni.. nanti kalau ada yang kembang akak cuba snap dan upload kemudian..

Petang tadi satu bunga berkembang lagi

Blurr pula.. dah hampir pukul 6:40 petang bateri pula low... foto pun low je resolusinya..

Jumaat, 18 Julai 2014

Ati-ati yang tercicir

Rasanya kontraktor lanskap kat ofis ni tercicir pucuk ati-ati ni semasa membuat penyelenggaraan penukaran tanaman atau mungkin garderner di sini yang tercicirkan pucuk ati-ati ni... dan akak ni yang pantang nampak benda-benda macam ni terus kesian dan kutip bawa balik... tak panjang mana pun dalam dua inci je ketinggian ati-ati ni ketika itu... dan sekarang alhamdulillah musim panas dan hujan yang dilalui dia maintain mengembang gitu.. alhamdulillah... cuma akak ni dah keputusan pasu untuk menyemai lagi pucuk-pucuknya... mesti lagi meriah kalau ada banyak pokok ni...

abaikanla jiran-jirannya tu ya...akarsom ada.. ros jepun ada... janji mereka hidup aman damai

Rabu, 16 Julai 2014

LWW: Sepulih - update - aku juga mahu hidup


Terbiar aje dibawah para, menumpang baki air siraman pokok diatas... tiada nawaitu untuk disemai dalam pasu khusus.. hanya berkumpul didalam bekas plastik yang kecil dan macam terbiar tu...menghadiahkan daun yang lebar dan berkilat... gagah berdiri ... sampai kena bersandar dengan botol Vemma tu




Teh O panas pudina - Iftar di Hadramawt

Setelah 6 hari berkurung dalam rumah 6 hari lepas kerana demam panas hari ini barulah lidah tidak pahit, bisa-bisa pada badan dah hilang, letih dah kurang kerana pertama kali dua papan paracetamol habis ditelan 4 jam sekali dan benadril habis sebotol serta ubat gastrik sebotol untuk segera sihat di Ramadhan ini.. dan akhirnya dapat bersama-sama keluarga untuk Iftar di Restoran Pak Arab... 

yang sempat di snap hanyalah teh o pudina panas yang sedap ni.. dan cilok foto yang En Boss snap..
Oleh  kerana batuk2 masih belum berkurangan pada awalnya  tak order  jus limau pudina yang sedap tu...  order juga jus tu akhirnya tapi tanpa ais... tak sempat snap sebab semuanya sibuk makan :)

Cawan teh o yg cumil saiznya 

Masing-masing order ikut kesukaan masing-masing mandy kambing, mandy ayam dan sibujang berdua tu entah order apa namanya .. sepinggan hontak kata orang NS.. budak rugby la katakan... boleh abis makan nasi merah tu.. 
si HS suka dgn chicken kebabnya.. 

P/S: still prefer Sahara Oasis. Humus dan baklava yg enak.. dan puding yg special tu.. nama tak ingat.jus limau pudina yg masih teringin sampai sekarang... apa nak buat dah pilihan ramai ke Hadramawtla kita.. foto di Sahara Oasis tu pun dah berhibernasi semenjak Ramadhan tahun lepas

Sabtu, 12 Julai 2014

Pengubat hati walaupun satu

Satu-satunya kobis yang meriah dengan daun dan tiada gangguan si
siputbab sebab duk dirumah kayangan.. pernah tuai daunnya sehelai 
buat ulam... rangup sungguh.. masih menanti untuk menjadi hati 
membentuk jantungnya.. kalau tak jadi juga redha je la kobis jadi kailan 
bak kata Kak Mala

kononnya nak jadi jantung sampai hari ni tak jadi-jadi 

Yang ini di Seremban... angkara si siputbab
Yang cantik-cantik dulu dah jadi macam ni.. sedang survive untuk kembali normal

p/s: udah tiga hari demam semula... sedih gak demam dalam bulan Ramadhan
 ni macam-macam tak boleh buat

Selasa, 8 Julai 2014

Gulai Ikan Kembung Rencah Rebung

Ada yang suka dan ada yang tak suka rebung. Ada yang tak tahan baunya, ada yang tak tahan bisanya malah ada yang resdung jenis yang tak tahan makan rebung. Walaupun akak ada sinus yang dulunya siap kena bedah buang growth dalam hidung .. rebung tetap menjadi pujaan hati.. kalau di forbidden land dulu rebung dimasak pedas-pedas.. sebelumnya dituai dari pokok buluh yang sudah sedia untuk dituai... sori tiada foto rebung mentah.. semasa di Cameron Highlands minggu sebelumnya banyak dijual oleh orang asli disana... sedang musim kut..
Selalunya akak makan lauk rebung orang yang masak.. Sabtu lepas assignment untuk akak untuk menjayakan juadah permintaan khas dari keluarga... padahal sendiri pun suka..
my first time cooking rebung..

Cara keluarga mertua masak rebung berlainan dengan amalan keluarga sendiri..
Amalan keluarga sendiri tidak direbus dahulu sebab tu ada bau yang kuat juga bila dimasak dan dimakan... Ajaran mertua kena ikutla sebab kena ikut selera En Boss la.. alhamdulillah menjadi dan anakanda sulung dan HS bukan main berselera berbuka puasa... 

Sebagai catatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang berkenan ada la dua tiga foto yang disnap untuk rujukan dan kenangan.

 Sukatan pandai-pandai sendiri... menu orang Negeri akan enak bila santan dan cili dan bahan utamanya ngam..

Akak masak 6 ekor ikan kembung 
Cili api dan kunyit yang ditumbuk... tiada bahan lain seperti bawang dan halia....  stail pure Kuala Pilah..memang tak guna blender sebab tekstur cili dan akan terlebih air pula gulai ni.. nak adjust kepekatan santan bukannya expert sangat....kalau silap En Boss akan tahu pekat atau cair..
tumbuk cili bulan puasa dengan lesung saiz gedabak memang melelahkan.. assistant power man anakanda sulung masih study untuk exam... kalau dia ada kurang letih sedikit...balik hanya untuk berbuka...  bantu untuk persiapan berbuka aje..


Rebus dulu untuk kurangkan masam dan pahit katanya..

Bila dah suam-suam perah airnya dan toskan..

Ada orang bo sekali santan... dah ikut stail arwah MIL masak cili dan ikan dahulu. Bila dah kecut ikan baru masukkan santan.. kacau tak boleh ganas-ganas nanti ikan hancur. Gulai bersantan kena kacau selalu bagi mengelakkan taik minyak. Makanya kena mengadap periuk selalu:) tak boleh tinggalkan lama- lama..

Bila dah 2 - 3 round kuah menggelegak masukkan rebung .. masukkan pati santan dan tunggu menggelegak dua tiga round juga .. jangan tinggalkan dan leka

Gulai hampir masak..
Alhamdulillah semua suka
Habis sudah Ahad lepas..
Selamat berbuka puasa kawan-kawan semua

Ahad, 6 Julai 2014

Nak menang hadiah sabun buah-buahan? Mini Giveaway Blog HT

Nak sabun buah-buahan yang comel-comel n?
Cepat-cepat klik link di foto aka banner ni ya..

Masih sempat lagi ni.. tamat esok 7 Julai 2014

kalau bernasib baik menang sabun buah-buahan...
siapa tahu rezeki Ramadhan kali ni



 akak dah tertarik pula dengan promo Tihara aka Kak TAB ni..






ps : terkial-kial kali ni cuba link foto dengan blog Tihara ni.. line  dan pc yg slow sangat..

Sabtu, 5 Julai 2014

Situkang kuat bekerja .... Sharifah Aini sudah kembali ke rahmatullah di Ramadhan kali ini

Salam Ramadhan kawan-kawan... nawaitu nak update blog dari pagi asik tertangguh kerana banyak kekangan... terutamanya si pembawa talian YES ni asik tak stabil... si talian Celcom dah penuh kuota dek aktiviti anak dara mendownload entah apa-apa lagu... lagu Retro pun nak download.. Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Sharifah Aini diatas pemergiannya buat selama-lamanya... sudah ada di alam barzah...  tahu nya semasa penyediaan sahur pagi tadi... sangat terkejut... pernah bersalaman dengan Allahyarhamah semasa datang ke pejabat atas urusan rehearsal untuk function office... office kami memang laluan artis untuk buat latihan... kata beliau hari ni lambat sikit sebab selesaikan urusan mengaji Quran dahulu... rasa sejuk hati masa tu... serba hitam pakaiannya masa tu... tetap anggun dan tersenyum walaupun penat... akak pula yang terkulat-kulat sebab terkejut retis pujaan lalu depan mata dan bersalam bagai...

 malam tadi selepas selesai urusan tiada lengah-lengah akak menidurkan diri... macam qadha tidur seminggu.. terkejut dan melompat bangun pukul 3 pagi menyediakan sarapan sahur yang sempoi2 je.. semuanya base ikan bilis he he... ikan bilis goreng campur telur campur kicap manis campur sos cili.. permintaan En Boss... untuk akak ikan bilis goreng dengan bawang dan cili yang tuai sebelum ni... dapat juga di buat juadah sahur.. dan juga ikan nipis bila digoreng garing macam keropok... tak tau nama apa.. pemberian Makcik Datin... terima kasih makcik... sedap ikan tu.. foto2 maleh nak snap sebab sibuk urusan sahur..

Ramadhan sudah hari ke enam.. hari ke tujuh on the way... insyaaAllah . alhamdulillah sibuk dengan aktiviti Ramadhan disamping pasakan dan desakan tugasan pejabat untuk capai sasaran... rasa menggigil kaki bila Puan Boss sound banyak yang ketinggalan dan tak perform... nampaknya Puan Boss tak perihatin mengenai kedudukan akak sekarang ni .. tak pe la.. Ramadhan ni akak redha je ditegur sebab tak perform... sebenarnya dah bengkel seminggu, belum balik bengkel dah kena kursus penting seminggu lepas tu demam dalam 5 hari... memang kerja tak jalanla... askar2 ku pun ala-ala buat tak tahu... menggigil gak hati.. demi Ramadhan sabar-sabar... dalam terbatuk-batuk gatal ni gagahkan diri melalui semua tu... nak beli lauk untuk berbuka pun tak sempat.. bising En Boss.. tengahari tak sempat nak berblog dan fb kerana aktiviti Ramadhan.. alhamdulillah kali nak istihar istiqamah meneruskan aktiviti tadarus bersama-sama teman pejabat dan selepas tu bergegas pula menimba ilmu menerusi aktiviti ceramah Ramadhan... alhamdulillah minggu ni akak tak ponteng...

Hujung minggu sudah tiba ... memang akak nantikan untuk mengerjakan laman yang berserabut didepan rumah ni.. it turned out akak mengemas laman rumah sebelah :)... dah serabut balik.. jumpa siputbab dua ekor .. dah jadi pembunuh akak ni... habis mereka akak garamkan...  semalam jumpa seekor.. entah mana-mana datangnya depa ni!! Balik kelaman sendiri dan mula mencangkul rumpur yang segar-segar walaupun panas terik minggu ni.. mungkin dapat hujan dua tiga hari ... sibuk2 akak ni ramai pula peneman yang ganggu konsentrasi.. silebah tukang ni berbzzz nak hinggap kat akak.. terkejut akak... teringat kena sengat dengan lebah ni masa kat Fraser Hill dulu... dihalau-halau dah menukang pula kerjanya.. buatlah kerja ko ya... habis bunga petola pulut ditukangnya.. harap-harap ada hasil walaupun pokok nampak dah lesu macam orang puasa juga...

layanle lebah tukang yang rajin ni.. penat mengekor nak snap



kan akak kata petola ni dah lesu.. putik tu pun tak menjadi..

daun dah nampak kekuningan .. malas nak buang lagi biarlah dia mati sendiri.. in the mean time dapatlah jadi penyejuk petola segi dan labu botol... dibawahnya... dah bercampur aduk.. tak tau yang mana satu... 

yang seekor ni pun sibuk juga... memang akak tak boleh fokus buat kerja

 dah selesai dengan kawan-kawan diatas akak meneruskan usaha mengemas semak-semak yang tak terurus ni.. diganggu lagi.. bayang-bayangnya jelas sekali lepas diam kat daun bunga telang tu.. hai memanggil-manggil lagi deme ni.. okla keluarkan note dan snap... tak cantik pula dari atas .. putih aje yang nampak.. kena lebih dekat dan senget kan badan untuk kepak yang cantik

Takat tu je la yang dapat .. dua kali snap .. puas menahan nafas agar
foto tak goyang... hoyeh berjaya... bila akak gerak lagi..
dia lari dan lari dan lari... hah pergilah .. akak nak buat kerja :)


sebelum mengundur diri nak share alamanda pink yang dah berputik... 
pokok makcik sebelah yang terbiar.. akak bawa ke laman sendiri dan bela.. 
kalau tak bila musim kering matilah dia... akak sedih tengok pokok jeliti bonsainya mati
 kering dan terbiar... terlambat akak untuk bela semula... bai bai je la
semoga bila dia kembang akak dah ada kat sini semula..
 nak chow dah ni.. ikan kembung dan rebung memanggil untuk diramu...
 iftar kali ni gulai ikan kembung dengan rebung... cubaan pertama ni...
 dan menu manis yang ala - ala wajib masa Ramadhan ni... kuih kelepung he he...
 yang tu dekat-dekat nak berbuka akak olah dia... 
En Boss dah selesai merendang kali kedua... 
mungkin ramai yang rasa ni... Boss dia pun macam mengendeng je...
 tengoklah nanti kalau dapat... 
kawan-kawan masak apa?

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)