Selasa, 3 November 2015

Selamat tinggal laman lama

Kerana dia ditinggal lama di laman kenangan itu dia di xxx. ...  selepas hari raya haji baru akak jenguk.. sedihkan!  Anak -anak angkat telah banyak yang korban.. Kekeringan tanpa air tanpa atas tanah .. tiada ia dapat sebarang bekalan kecuali jerebu... bagai di ovenkan. .  waktu ditinggalkan beberapa tangkai sedang berputik.. waktu ditinggalkan mereka bahagia dengan bekalan  terus nutrien dari tanah.. terkorban kerana dibiarkan diatas lantai porch.. bekalan tersekat..

misi menyelamatkan koleksi-koleksi kesayangan akak yg masih ada... misi pd 17 Oktober 2015.. selamatkan selagi terdaya..

kedondong (paling kritikal dahan sudah rapuh), 
delima dari Rose Semua Menjadi, 
garlic vine (2 tinggal satu), spider lily yg gemuk2 dan rangoon creepers dari KBB, anak mangga dari pokok depan rumah. . Anak2 lemon tinggal sepasu.. 
melur jepun dan gardenia beserta ruela pink ,
3 pasu anak-anak delima yang akak semai dari benih buah yang dibeli oleh adik di Frasers Hill yang dlm proses keremajaan,
allamanda bunga coklat jingga ,
Keremak merah yg asalnya tumbuh liar di Megway ( baru tahu namanya)
Kunyit, cekur


penuh bonet dan tempat duduk belakang. .  Ranting delima akak lipatkan ke pangkalnya.. Bagi memudahkan pengangkutan pasu2 kesayangan terpaksa akak pecahkan.. ketak ketuk pasu dihempas .. hari hampir maghrib. . Banyak betul yang dikorbankan..

Pindah sementara ke rumah kayangan. .

Dah macam hutan depan rumah kayangan yang sempit ni.. sementara akak bela dan cuba baiki keadaan mereka yang menyedihkan. . 

Inventori kehilangan koleksi pokok2 :
Nenas madu Sabah
Yellow walking iris dari Meru
semua jenis rose Jepun
semua jenis keembung
Pokok Lemon yang subur dalam planter box.. haish ini pun ilek. . Dah tinggi. . Tinggal kotak je..

Pecah beling kena alih atas simen porch pun kering..
pokok ubi dlm kotak polistrin bersama keratan mulberry (gift dari Diana KBB) 100% tiada.. tinggal kotak je.. nasib sebelum ni ada akak bawa sekeratan yang agak subur bawa balik ke FL.. alhamdulillah bahagia sementara disana..

Kesian tiada yg sudi bela semasa sepeninggalan akak .. sekadar siraman sahaja.. 

sedih tengok putik buah kekeringan dengan daun yang rapuh bila diramas... aah itulah dia kedondong kesayangan akak.. dahan yg rapuh sudah akak patah2 kan.. sangat kering... nampak daun halus yang entaframe  sebagai latar belakang pokok kedondong ni.. pokok delima Rose SM yang sedang survive dah melepasi tahap kritikal. Sudah menerima seadanya keadaan semasa.. sudah akak pindahkan ke FL.. minggu lepas.. hi hi teringat pula pemindahan bersama baby rama-rama .. duduk berjiran dengan anakanda Shiman. . Nasib dia tak gatal-gatal.. HS yang naik kereta lain pula yg dapat gatal-gatalnya. . 


Tak sangka pula dia survive. . Sudah ada pucuk2 baru yang menjenguk dunia.. sejuk sikit hati ni... yang terus gol adalah rangoon creepers .. bila dah stabil akan akak hantar ke FL .. 
Yang tinggal pada 17 Oktober .. pokok limau kasturi, sambung nyawa dan bunga raya putih dan merah berlapis dan 2 pasu pokok kemuning arwah MIL, pegaga,ulam raja allamanda pink belacan. Limau kasturi sudah jadi penghuni rumah kayangan minggu lepas..

PS: Makan minggu juga akak menahan rasa.. rasa juga kemurungan tu .. siapa tak kecewa  .. sedang struggle hidup di KL .. anak2 angkat pula yang jadi korban.. Akak juga faham bila dah kena tinggal memang serabut dan semak.. cuaca juga kering.. 

Sabtu, 24 Oktober 2015

Menanti

Rindu dengan langit cerah dan ceria.. harapan kononnya bila balik Malaysia jerebu dah settle .. Dia masih belum mengizinkan.. sekadar catatan utk ingatan diri sendiri

Khamis: ceria ada matahari dan mungkin dapat saksikan sun set yg indah wp masih lesu kelihatannya.. esoknya boleh HS sekolah

Jumaat: tebal semula.. semasa persekolahan terpaksa tutup tingkap..

Hari ni agak terang.. esok dan lusa ..semoga Dia izinkan normal semula..

Isnin, 19 Oktober 2015

Bukan semaian kami.. entri dah tak merajuk..

Minggu yang sibuk.. sempat lagi balik ke FL Sabtu lepas sebab bonda risau dah hampir sebulan tak menjenguk rumah. Sabtu itu akak ke reunion ladies only kawan-kawan sekolah... sebelum tu dah packing souvenier untuk adinda-adinda yang sepikul itu.. adinda Teh ketawakan pikulan plastik itu :) 
sesampai aje akak disana jom balik katanya.. ala mana ada baju.. takpe baju mak ado... sebenarnya banyak betul yang akak lupa.. lupa bahawa keluarga nak balik ke FL.lupa keesokan harinya ada wedding anak Pn Boss.. maka redah aje lah.. rekod betul tak pernah bermalam dimana-mana sehelai sepinggang... 

Balik pun sebentar aje.. singgah di pasar malam untuk santapan makan malam..solat maghrib dan isya di masjid berdekatan.. pukul 9 mlm baru sampai.. melawat kawasan tanaman dulu.. sepasu zinnia yang dibeli di pasar tani sudah tidak bernyawa.. dill, mulberi, sambung nyawa dan anak lemon masih bertahan.. 2 pokok cekur dah tinggal 1.. kemangi survive hanya 1.  Pagi-pagi breakfast dan teruskan dengan bermain badminton.. break tengok kebun secoet kongsi tanaman dengan kunyit bonda yang dah matang. Berbunga lagi kali ni.. tak sempat snap sebab fon sedang dicas.. hari sudah tengahari baru perasan dua pokok puding belacan di lokasi yang berbeza hidup subur.. cuma tepus wangi kelihatan tidak ceria. Tanah jiran sebelah meriah dengan pokok israel yang sedang berbunga.. banyak-banyak kelihatan cantik pula.. bertebaran di tanah kosong yang luas.. hmm tak snap juga..
hari jerubu kan! segala aktiviti pun macam jerubu.. tak ceria ..

Dah lama tak up entri dan snap snap bunga dan tumbuhan serta semaian akak .. merajuk sekejap sebab... ada sebabnya.. memang sangat merajuk namun akak redha dan sedar diri ... 


yang dapat dikesan tumbuh liar adalah lantana oren ni.. cantik menghiasai pagar.. begitu juga tapak dara aka kemunting cina yang daunnya sangat berkhasiat.. baru tahu bagus untuk kencing manis..
.
bila nak fokus aje angin mula bertiup bagaikan cemburu dengan akak :).. tak pe akak enjoy tiupan mu wahai angin.. hari kan tak ceria kerana jerubu.. aktiviti sebelum pagar dikunci..

kena pegang baru boleh snap

putik aka baby bunga.. comel juga kejadiannya

abaikan pagar yang dah usang tu namun masih berjasa.. enjoy the pink tapak dara.. pokok main masak-masak juga ni suatu ketika dahulu..

siputih tapak dara



ps:

11- 14 Oktober kami sekeluarga berkelana ke Ho Chi Min.. 15 EL sebab migrain dan penat dan terlewat bangun :) sebab flight touched pukul 12 tgh malam.. sampai rumah pukul 1:30 mlm.. tidur dan cuma sedar bila hari dah pukul 7:30 pagi. stori mori insyaaAllah di masa akan datang nukilannya.. sadisnya balik Malaysia jerubu masih tidak mahu pergi malah makin serius pula.. tahun ini dah masuk hari ke 4 sekolah anak-anak ditutup.. resah ibu bapa anak perlu diangkut ke pejabat juga.. semoga hari mendatang Malaysia diselubungi semula awan putih dan langit yang biru itu...

Rabu, 7 Oktober 2015

Mou San King??

Durian crepe musang king katanya..

Serius sedap. Pernah rasa sekali je..itu pun masa agihan masa jamuan di ofis.. edisi terhad:) Masa tu perut dah penuh dengan lain-lain juadah. . Rasanya so so je. Selepas rasa setelah beli sebulan lepas.. wow sedapnya!! 

Kali ni tercari-cari. . Selepas 3 minggu baru jumpa. Hari Raya dan Sabtu pasti anakanda Siraj cari di pasar malam. Hampa.. kali ni anak anda Sulong cari.. yess hari ni ada.. foto di atas adalah round kedua. Tidak dipesan untuk beli lebih.  Dua kali menerjah pasar malam hari ni.. dah dekat rumah ... sekadar melepas rasa teringin. . Baki ni utk anakanda Siraj pula.  Simpan untuk dia. 

Nak buat sendiri belum ada keinginan. . Tapau aje la ya. Minggu hari raya Haji hari tu dipasar tani Rembau harga nya.. mmm tak berbaloi beli.. batalkan niat. .
 PS: sakit tekak. . Jerebu ke atau semalam minum ais dan makan tembikai sejuk? Wallahuaklam. . Persediaan untuk trip dgn anak 2 hujung minggu ni.. Macam2 pula yg harus dihadapi.. sabar je la..

Rabu, 30 September 2015

Tinggallah.. sehingga ketemu lagi..


Pengakhiran September 2015... Lepas sudah Hari Raya Korban.. blog sepi tanpa entri. Maka kali ini untuk hari terakhir September 2015 dapatlah se entri yg telah lama bersarang didalam folder. Cerita April di bulan September yang bernawaitu untuk catatan sendiri. Baru sempat nak upload foto. Kebanyakan foto dari dalam bas dan dari hotel penginapan.

Stulang Laut , JB ditinggalkan menandakan tempoh bergabung dan sumbang saran telah tamat. Setiap peserta dan kawan-kawan yang terlibat dah fikirkan bila nak sampai KL ni... penat sudah ..4 hari 3 malam ..tidurnya selepas pukul 12 malam.. lepas ni tunggu endorsement dan gunapakai aje... ada acara lagi lepas ni ke? 

Pemandangan dari bas sahaja.. pasti ada cahaya refleksi tu... apo nak dikato... semua orang nak balik... semasa berada di sini sibuk dengan kerja.. nak jalan-jalan snap sana sini pastinya tidak berkesempatan sebab sibuk tahap gaban...  seketika akak ada juga terlajak tidur... dah penat kan!

Ha ha peserta up foto bilik yg berkunci gara-gara kami urusetia terlajak lelap selepas dinner.. sementara tunggu maghrib akak dan roommate terus tak sedar diri... belum sempat badan dapat rest akibat perjalanan yang jauh dah kena pulun buat kerja demi sasaran yg telah ditetapkan..



Singapura di seberang sana



Pandangan dari hotel.. cermin yang bersalut lapisan entah apa ... 
pemandangan jadi kelam .. sebenarnya kat luar tu panas terik..

Singapura di sana

Ahad, 20 September 2015

Aktiviti di Fraser Hill tahun 2013 .. kali terakhir

Tahun 2013 kerap juga ke sini... nak up foto pun dah haru biru mana yang baru mana yang lama... redah je...
kali terakhir bersama arwah En Boss di sini... 


Rajin mencuba..










Main gasing..

















Deretan dahlia yang mengujakan.. sebab tu pekena sepasu dahlia purple ..namun memang tak menjadi lagi..


Khamis, 17 September 2015

Udang Harimau Labuan dan HS dengan Pemanggang Ajaib

Tangkapan di Labuan hari tu.. eh tak la.. peserta diberi senarai oleh penganjur. . Oda saja.. kalau ada rezeki ada saiz yg kita nak.. akak oder saiz m dapat saiz l.. dan akak oda juga ketam.. siap dibungkus kemas dan berais serta siap check in di Airport Labuan.. ok juga pihak penganjur menyokong ekonomi warga Labuan.. nak snap semua foto bateri dah nyawa-nyawa ikan.. foto kenangan tak berapa semenggah.. sebenarnya 3 suku dari udang harimau ni bonda akak dah buat gulai.. yg digoreng ni niat adinda Yan.. dah selamat menjadi juadah bersama keluarga. . Sebelum tu ketam. . Masak gulai juga.. enjoy ahli keluarga.. Bonda akak pula enjoy masak ... akak tolong sikit2 je.. dah la bonda akak dah uzur .. jalan seret kaki je.. masih nak masak untuk kami.. nak masak di rumah sendiri entah zaman bila nak mula.. semua tangkapan akak longgok di rumah bonda .. selepas raya dapur tak berasap.. masak air  je.. tiada mood memasak .. sebenarnya kaki sakit. . Tak boleh berdiri lama.. 

Jadinya... ha ha HS sedang dilatih menggunakan dapur.. sedang fasa masak fast food dari KR 1 Malaysia .. Mula-mula panaskan paratha.  Sedap paratha KR1M tu.. lepas tu panaskan pegedil. . Memang hantu kentang. . Pagi petang pegedil. . Mak tumpang sekaki :) dah risik2 tanya macamana nak buat pegedil sendiri.. begitu juga baked bean semua dia panaskan.. kalau ada kambing golek pasar tani pun dia uruskan kalau nak panaskan. . Terima kasih pemanggang ajaib.. memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran memasak buat HS..


Udang  bukan favourite HS..tapi bila digoreng macam ni dia pula lebih lebih :)

PS: mingguz2 mendatang .. majlis perkahwinan sebelah keluarga akak.. sebelah ayahanda  semuanya .. sepanjang bulan Oktober dan September. .

Rabu, 16 September 2015

Sambal gesek

Hampir setahun tersimpan dalam folder telefon baru perasan.. simpan foto ni sebab teringat @na dari blog Diari Kebun Ana nak tengok apa rupanya sambal ni.. khas dipaparkan untuk @na :) 
Kebiasaan akak sambal ni dibuat bila tak selera nak makan dan tak tahu nak makan apa.. ni la lauk yang paling senang dan membangkitkan selera.. gedang-gedang tumbuk cili api, masukkan ikan bilis yang dah siap dibasuh dan teruskan tumbuk.. akak suka ikan bilis ditumbuk kasar sahaja.. dapatlah rasa ikan bilisnya... seterusnya perah limau nipis atau limau kasturi diganding dengan goreng telor mata kerbau atau telor dadar.. dah siap untuk makan tengahari atau makan malam..

foto masa kenduri arwah hari terakhir tahun lepas.. yang disediakan oleh katerer yang beri harga istimewa itu.. sampai sekarang rasa nak menangis je bila ingat dengan harga yang diberi... tak sangka sungguh.. lesson learnt !!! silap sendiri.. no negotiatan no deal!! SIL pun terkejut.. bagaikan tiada simpati buat kami.. redha je lah..

sambal geseknya terlampau halus ikan bilisnya.. 
masa ni hari ketiga kenduri arwah.. walau bagaimana sedapnya lauk yang 
dimasak segala-galanya rasa bagai laluan yang tiada rasa.. 

PS: selamat hari Malaysia teman-teman

PS 2: Seminggu berlalu tanpa entri harian.. sibuk sangat... minggu lepas dua hari berturu-turut tidur pukul 2 pagi bagi menyiapkan presentation.. alhamdulillah segala kerja paksaan telah selesai dilaksanakan dan telah dipersembahkan kepada j/kuasa .. perlukan laporan akhir sahaja. Memang sangat kritikal.. maha tinggi dugaan.. pejabat ditinggalkan.. adik-adik pembantu juga EL kerana masalah keluarga...awal minggu Isnin dan Selasa aka EL kerana anakanda sulung demam panas.. abang sado tumbang dan perlu makan ubat.. kebiasaan demamnya dia tak makan ubat langsung.. kali ni kalah.. doktor beri ubat pun tak jalan .. selepas 4 jam panas datang semula.. belas hati emak ni.. tak pernah dia baring begitu ... perlu bawa ke hospital .. doktor tak boleh sahkan apa-apa lagi.. disyaki denggi sahaja.. bila platet makin jatuh barulah dia disahkan denggi.. harap-harap dia warded.. namun doktor tak arahkan.. mungkin bila platlet dah jatuh ke 50 baru dia buat pemerhatian diwad..
cepat bertindak beri air daun betik.. memang tak tahu nak cari mana .. kalau kat Seremban adalah pokok betik depan laman tu.. alhamdulillah ada dijual dikedai jamu berdekatan rumah.. kelat je muka dia wp jus tu dah ada madu lebah.. alhamdulillah platlet melonjak naik semula.. sebelum tu border, turun, turun, dan naik semula..banyak bantuan dan cadangan untuk membantu anakanda sulung... adinda Yan bawa buah kelapa muda 3 biji.. tak juga selera.. kami yang habiskan.. since tiada ketam nipah .. beli je ketam biru di pasar malam.. air ketam tu pun dia tak lalu.. habuan akak dan HS juga.. alhamdulillah remedi jus daun betik membantu.. ditambah dengan usaha mak saudara di kedai Mak alang tumbuk dan perah daun betik yang dibawa oleh adik Yan.. alhamdulillah dua hari dah boleh bawa kereta.. minggu lepas akak balik ofis dengan teksi serta dibantu oleh adinda Yan yang perlu travel jauh ke pusat bandaraya untuk hantar akak dan HS.. nak balik rumah mak kesiankan anakanda sulung dan bonda akak yang dah uzur tu.. alhamdulilah kami dapat atasinya..

Sabtu, 5 September 2015

Dahlia... oh dahlia ... gagal juga

Assalam dan selamat sejahtera... untuk kenangan peribadi.... belum apa-apa lagi dah nak tergelak ni he he... sebabnya ni je yg di snap lepas tu pokok ni  kioook.... beli di Fraser Hill .. kononnya nak yg warna purple... hmm memang tak sesuai duk di tanah rendah kut... disamping tu ada juga yang akak pekena lagi kat situ... ubi dahlia...  tak menjadi juga..

Sempat berputik takat tu je.. hari2 mendatang dia terus lemah...

Buah meranti KL..

Suatu ketika di Pusat Bandaraya... 
Mudah aje dia tumbuh.. subur pula tu.. Mesti bawaan burung-burung.. Masa snap untuk entri ni akak dah cuba nak petik buah meranti yang tumbuh liar ni... apakan daya tangan gemuk tak lolos sampai... HS yang bantu ambil buah ni.. puas hati... baunya sedap tapi tak berani nak rasa.. kononnya nak simpan buat benih .. malangnya bila sweeper datang kemas dah dibuang bersekali sebab ingatkan sampah .. sadis sekali... 

nampak buah hitam tetapi bila dipicit warna ungu yang cantik keluar... pokoknya boleh dimakan.. belum try lagi.. selalu nampak di Pasar Tani





telan air liur tengok buah ni .. teringat buah blueberry yang dibeli di Cameron Highlands yang dibeli di kedai En Man..
PS: lebih setahun simpan dlm folder..
Hampir 2 minggu jerebu di sini.. sekarang hujan lebat.. guruh dentam dentum bersilih ganti.. sayu bunyi hujan yang turun jelas kedengaran bila tv ditutup... teringat arwah MIL .. arwah En Boss juga pergi ketika hari hujan.. semoga selepas ini suasana lebih bersih dan terang tanpa jerebu... tayangan suara kekasih sebelum asar tadi.... nostalgia
 !!
 Lepak dirumah aje sebab pemandu2 akak ada urusan masing2 .. Anakanda sulong ke Kuantan kerana event bagpipe.. anakanda Siraj pula shift pagi.. tiadalah dapat menghadiri jemputan kahwin anak Kak Zah hari ni..

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)