En Din bertarung sakit disuku akhir Lekas Highway.. sampai juga ke Seremban untuk mengisi minyak..
Kesempatan diambil untuk merakam suasana ini..sesampai sahaja di rumah En Din terus ternelahak muntah.. tak pasti sakit apa.
Hati berdoa janganlah sakit lama berulang... tidak mahu berumahtangga di hospital lagi... sehingga esoknya En Din berulang ke tandas
bagi melegakan suasana sambil badan sejuk dingin tetapi berpeluh tiada henti... anak sulong dihubungi agar pulang segera untuk bantuan... mungkin kami perlu ke hospital.. FIL pun datang juga menjenguk... kasihan En Boss ini ..menu kesukaanya sambal sardin tidak terjamah hanya sekeping roti disapu kaya yg membantu memenuh perutnya.. seketika nikmat sihat ditarik Sang Pencipta... pasrah kami ketika itu... segala perancangan terbatal.. jemputan open house diketepikan.. kenduri kahwin tidak terpergi.. perbincangan perjalanan mesyuarat di KL dgn kawan diabaikan sementara..
Syukur ke hadrat Allah menjelang ketibaan anak Sulong En Din sudah boleh duduk.. hanya kuih bangkit buatan kilang yang lalu ditelan... nasi panas 2-3 suap.. malamnya selesai suku pinggan nasi panas dan kicap dan ikan goreng... syukur juga masih ada baki ikan dalam simpanan yg mana sepatutnya telah dimasak minggu sebelumnya... alhamdulillah tak payah menapak ke kedai untuk mencari bahan masakan.. maklumla diri tidak bisa menjadi supir.. sesampai anak sulong kegembiraan menjelma.. bantuan sudah sampai... sebelum itu sipenjual juz amma mengetuk pintu katanya sedekah ikhlas katanya... setelah sedekah ikhlas itu dihulur ... beliau dipohon mendoakan kami maka bersama-sama kami menadah tangan.. robbana atina fiddunya hasanah wafilakhiroti hasanah dan doa yg tidak berapa pasti maksudnya... beliau menerangkan agar sihat satu keluarga termasuk baby.. HS la tu .. aminkan doanya... alhamdulillah... cuma tak tergerak hati untuk menjemput minum barang segelas air kosong...
Alhamdulillah ubat masih ada dalam simpanan menjelang esoknya.. hari dilalui dengan tabah... alhamdulillah segalanya berjalan lancar ..
Mungkin tidak perlu ke hospital .. selepas kami sampai di KL... semua anak2 ada bersama maka aktiviti makan bersama diteruskan.. bagi menarik selera semula En Din mahu ke kedai kari ikan... sesi bertukar pemandu pula bila sampai di KL anakanda sulung minta anakanda Siraj .... habislah korang kena jadi supir mak dan abah... kami dapat ilmu baru ..anak2 dapat ilmu jalan baru di KL... syukur mereka semakin mantap dalam pemanduan...
alhamdulillah sepinggan nasi dapat En Din habiskan... kami pun sama-sama enjoy menikmati juadah yg diingininya.... alhamdulillah kenyang dan sihat... malam tak payah dinner..
Semoga semua berjalan lancar ...
3 ulasan:
alhamdulillah dah sihat kan kak mar :)
Bila salah seorang ahli keluarga sakit memang tak senang duduk, huru hara hidup jadinya. Doa yang terbaik semoga cepat sihat dan akan terus sentiasa sihat.
TIHA.. alhamdulillah beransur pulih... maklumla umur kami dah nak masuk 5 siri..
Jun...memang tak senang mental dan fizikal dibuatnya.. terima kasih atas doanya.. semoga Jun sekeluarga dilimpahi kesihatan yang berpanjangan..
Catat Ulasan