Walaupun telah kecut.. bunga ini tetap nampak cantik dimata akak.... tak jangka pula akan berkembang hari ini... itula pasal... gara-gara rajin sangat untuk keluar ke laman pagi Jumaat ni... siram pun bertangguh... jemur baju lepas tu duk diam- diam dalam rumah.. bila bakal mak pengantin datang nak kutip bunga kemuning yang sedang galak berbunga nak buat bunga rampai baru la rasa nak keluar rumah.. mereka juga datang nak ambil sirih untuk buat sirih junjung, petik buah belimbing untuk menu tahlil malam esok... nak gulai telur itik dan belimbing serta pinjam rice cooker besar..
semalam dan hari ini cuaca amat terik dan hangat sekali... terangnya matahari pagi dan suasana yang amat terang dan silau rasanya tak larat untuk berkebun.. lebih-lebih lagi penat memasak malam semalam ... amat jelas rasa penatnya.. sehingga pagi ni untuk aktiviti lasak kena hold dulu..
.
Bunga - bunga yang sedang mengerekot tetap menjadi pujaan hati
Meh la reramai kutip bunga ni... tiada bunga melur bunga ni pun jadila.. En Boss pun sesama kutip sambil bising2 kenapa tak datang ambil semalam... hari ni dah banyak gugur katanya
Ucapan selamat juga buat anak sahabat En Boss ini... majlis pihak lelaki .. maka hujung minggu ni kami sibuk menghadiri majlis kahwin disini... kena lari sekejap dari kenduri anak saudara ke jemputan ni.. jodoh, pertemuan, perpisahan ketentuan Yang Maha Kuasa jua... ingatan buat diri akak jua... salam Jumaat
ps: berpeluh-peluh dinner ramai-ramai malam tadi... puas hati dia orang dapat makan gulai daging dan..... minta upah urut kaki dengan anakanda sulung... kesian gak kat dia baru balik game rugbi kena urut kaki mak... kaki kanan minta anakanda Ezam.. jari kecil tapi tajam macam ada pisau... sengeh2 ketawakan Mak long ya...
4 ulasan:
Selamat berkenduri k.ma...undangan femes tu...:D
Nadia... lama tak bersiaran.. undangan tu hi hi.. no further comment
Ya la Mar, bunga kalau kita dah suka, dia kering pun kita tetap tengok cantik dan sayang.Kak, minggu depan baru nak tanam scarlet untuk musim ke 3.
Kak Mala.. suka tengok bunga2 akak..
Catat Ulasan