Awal tahun 2014.. rajin datang menziarahi bapa saudara yg stroke.. bapa saudara arwah En Boss.. sebelum ni memang jarang datang sana.. hmm banyak tanaman mak saudara.. sebelum ni akak ada up entri mengenai hasil tanaman Mak Saudara arwah ... semuanya menjadi.. antaranya pokok terung macam foto dibawah.. bila lagi dapat menziarah sambil belek pokok2 mak saudara..
pokok ni akak jumpa dibelakang stesen minyak di KL ni. Lupa lokasi sebenar...sempat snap pokok terung ni sambil tunggu HS ke toilet.. mungkin pekerja stesen yg semai dan bela..
Akak perasan juga ada stesen minyak yang rajin tanam bunga dengan pelbagai koleksi bunga yang cantik.. Petron kut.. Lokasi di Seremban ada satu, sejuk mata memandang.. lagi satu sebelum naik Frasers Hill.. siap beri peringatan jangan petik bunga-bunga yang ditanam.. akak tebalkan muka minta pokok rose jepun ha ha.. pekerja dia beri. Alhamdulillah.
Hmm bila lagi dapat ke Fraser Hill?
PS:terung yg akak semai atau beli tak pernah menjadi :)
Semalam bonda akak masak pajeri terung.. akak bila lagi? :)
4 ulasan:
In shaa Allah nanti menjadilah tu.. kak nah cuma tanam terong kat pasar jaa..
Terung masak pajeri memang sedap:)
Apa lagi lepas petik dari pokok sendiri.
Terung bulat tu sedap buat masak kari atau dalca kan... jenis bulat ni tak cepat benyek...
mungkin belum rezeki nak berbuah terung SS tu, seronok kan kalau dimana2 pun ruang yang ada ditanam dengan sebarang tanaman, ada juga hasilnya nanti :)
Catat Ulasan