Ahad, 21 Julai 2013

Kes Campak-campak menjadi lagi

Kali ni limau campak-campak ni menjadi juga , setelah 3 minggu dicampak. Rasanya lama la nak dapat hasil ni.. survive ke atau jadi ulaman si ulat rama-rama...limau kasturi ni... kalau pindah ke polybag ok ke? Cadangnya untuk besarkan pokok dan untuk ditanam dirumah sendiri kelak...

Kuih kelepung aka buah melaka aka ondeh-ondeh

Assalam dan selamat sejahtera...sudah 12 Ramadhan...semoga kita terusan mudah mencapai objektif beribadah disamping urusan harian... alhamdulillah urusan semalam telah selamat dilaksanakan.. semoga hari ini lebih baik dari semalam.. 

seperti biasa hujung minggu sibuk dengan urusan rumah, keluarga, kebun dan masak-masak...oh ya ...sebagai catatan peribadi... HS sudah boleh masak nasi mulai dari Isnin lepas..maka selepas ini urusan masak nasi sudah boleh diswastakan kepada dia.. sebelum ni jika abang-abang ada dirumah urusan masak nasi diswastakan kepada abang-abang secara bergilir-gilir... wahai anak-anakku jgn marah da... lepas ni kan dah boleh harap jika duduk sendiri atau pun boleh je memendekkan waktu mak untuk masak-memasak yg sediada terhad...boleh fokus pada juadah lain... begitu juga ketika berkumpul ramai-ramai anak-anak lelaki ku sudah diswastakan untuk menyediakan minuman untuk makan tengahari atau malam... beri je arahan... alhamdulillah beres... kadang-kadang bila diingati kerjasama mereka dua - beradik ni boleh buat emaknya ketawa geli hati sebabnya ada aja hal yg tak kena dengan urusan penyediaan.. proses kerjasama yang sangat "sweet" untuk dikenang.. nak mengelak tak boleh sebab dipantau oleh En Boss.. nak tak nak kena buat juga.. bila idea dan pelaksanaan tak ngam kadang-kadang bertekak... tapi semua mak saudara puas hati...En Boss puas hati... bolehlah harap buat teh/kopi tarik ke, teh O ke, sirap ke, sirap limau ke... he he investment untuk mak ketika uzur kelak...  bubur nasi untuk mak sakit pun dah boleh buatkan!! bukan mudah untuk tolak kereta naik bukit kan!   hal-hal lain korangla kena disiplinkan diri...istiqamah... mak doakan yang terbaik untuk anakanda abang dan anakanda Siraj.. sekarang turn adik kecil pula.. abang-abang pun dah mula swastakan pada dia he he.. aktiviti merentas masa untuk korang semua... 

Semalam sempat la snap juadah wajib setiap Ramadhan.... kuih kelepung aka buah melaka aka ondeh-ondeh... itu je kut yg pandai buat selain cekodok tepung he he.. kuih yang sangat mudah dibuat... kali ni dapat gula enau yang dibeli di Pasar Tani...HS pesan ... mak jangan buat sorang-sorang .. adik nak buat juga.. minggu lepas memang buat senyap-senyap... tak mau info... leceh sebab nak cepat... kali ni sudah terkantoi.. baru je 2-3 biji untuk digintil dia sudah nampak..kena basuh tangan bersih-bersih kabo kat dia.. seronok dia... En Boss tanya mana tak rasa gula... mesti tu dia yang buat .. gula keluar kut sebab tak katup betul !

hasil daun pandan yang dah ada dilaman sejak berzaman ..

Gula enau Kuala Pilah kata penjual..

RM 7.00 ada 7 ketul.. kira tak betul ada 5 sebenonya....puasa !!

Dulu masa menengah rendah akak ada pelajaran SRT.. topik ondeh-ondeh salah satunya... kalau tak silap masa tu guna keledek.. bila praktikalnya masuk ke tempat memasak! Masa sedang sibuk menyediakan kuih ni ada Chinese classmate menjerit... cikgu!!!  kuih saya sudahbhilang... he he mestilah dia hilang! air yang kamu jerang belum menggelegak kata cikgu...satu kelas dapat ilmu hari tu!

Masa sekolah tadika dulu arwah Cikgu Zah beri teka teki... apa buah yang masak naik ke atas? Jenuhlah bayangkan pokok yang ada buah masak lepas tu timbul kat atas! He he.. jawapan cikgu buah melaka...peace!!! Those were the days.. Nostalgia pulak!





Jumaat, 19 Julai 2013

Buah Makisar - Genting Highlands Bhg 1

Jerebu tempoh hari punca Genting Highlands di daki. Harapannya agar tiada jerebu di sini... Tetap menghampakan dan cuaca suram... namun ceria di sini kerana sudah ada Strawberry Park... inilah akibatnya bila terjebak dengan blogwalking.. usul dari tukang bawa dipersetujui instantly.. memang rimas masa tu... jerebu yang amat tebal dan menyesakkan dada apatah lagi mata yang memandang... dikongsikan pengalaman kami disini dengan buah markisar yang melampoh (Orang N9 biasa guna terma ini)... bergayut-gayut dia atas kepala kita kan! Yang tinggal area KL... rasa sekejap je dah sampai sini... tak gerun macam naik CH dan Fraser Hill.... boleh bermesej-mesejan dengan kawan-kawan lagi ketika mendaki tempat ini... ada seratus lebih foto yang telah dirakamkan.... nanti-nantilah lah diupload... untuk rujukan sendiri juga.... folder hp pun dah penuh.. dapat juga clear sedikit storage... 

kami tak beli pun buah ni takut masam.. yang di CH hari tu manis sangat (pemberian En Man..) yang ini entahlah ! nak tahu kena beli... tak pe lain kali kita datang lagi..



sicilik ni yang jeles ... nak juga foto dengan buah markisar ... mak layan je... En Boss masa ni tengah layan buah  yakon...memilih-milih saiz dan agak-agak rasa yang enak ... malas nak tunggu kami jalan-jalan dulu dalam kebun sayur dan bunga ni... 




Khamis, 18 Julai 2013

Suka sangat!!

Pertama kali bunga ini dilihat ialah semasa kunjungan ke Padang Besar tahun lepas... jiran belakang rumah kakak sepupu En Din tanam pokok ni... namun dapat snap di luar pagar sahaja .. almaklumlah rumah orang. Telan air liur tengok... akak ni kalau spesis lili yang uncommon ni memangla itu la perangainya,... tahan hati tengok... pokoknya besar walaupun bunga tak begitu lebat sebegini. 

Kunjungan ke Frasers Hills baru-baru ini sangat menyemarakkan hati.. sukanya! dah nak maghrib baru nampak bunga ni .. kena turun ke entrance ke padang golf.. wanginya!! maka si anak buah sudah disuruh jadi pak bicun (istilah jurugambar oleh keluarga suami - bicun adalah fotografer zaman dulu di Pilah... ) sey orang KL baru tau he he!! sampai hari ni Mak Long belum lagi dapat fotonya!! Jadi ke tidak wallahuaalam! Kalau ado nanti akan dihapdet!   Hari tu ada somebody post mengenai bunga ni .. dah tak ingat siapa pula! Tak boleh la nak refer namanya! Adakah ini crinum seperti yang ada dlm entri terkini blog Diana - KBB... 
Kalau sama boleh mengendeng dengan Diana... akap "chop"   dulu bawang nya ya! Baru perasan entri tu!



p/s : Baru teringat juga.. ada di tepi jalan di SB hari tu semasa nak pergi mengundi!

Rabu, 17 Julai 2013

Catatan sendiri

Sebahagian dari Banjaran Titiwangsa. Pemandangan dari tanah rendah iaitu Seremban... masa muda-muda dulu fikirkan bahawa banjaran ni rata selepas menaiki Bukit Putus yang berbengkang bengkok jalannya.. ingat Cameron Highlands, ingat Frasers Hills begitulah jalannya.. masa tu fikirkan juga bahawa kampung suami ku itu seolah-olah berada di tanah tinggi dan selepas tu rata... haih macam-macam fikiran masa tu.. sekarang ni tiada lagi begitu setelah lebih 20 tahun !! Disana terletaknya Gunung Angsi yang berketinggian 825 meter dari aras laut. Hutan rekreasi Ulu Bendul yang mempunyai pelbagai cerita dan kenangan manis, pahit dan sedih. Bukit Putus juga tempat kenangan .. abang sepupu suami pernah jatuh gaung.. namun masih panjang umur... alhamdulillah.. ada juga yang mengalami kemalangan ngeri.. pernah dengar dalam ADILA Klasik FM.. tunangan seseorang meninggal kemalangan di gaung itu... sedih juga mendengarnya... semoga insan itu tabah.. you must move on itu doaku padanya! pernah melalui Jalan Bukit Putus waktu tengah malam... namun ketika itu mata tutup aje la... aku jadi co pilot yang tutup mata...tidak bisa ku melihat pemandangan dihadapan yang bercahayakan lampu kereta sahaja.. arwah MIL juga pernah terlihat sesuatu disitu sewaktu melalui kawasan itu sewaktu malam.. .. namun sejak kebelakangan ini iaitu semenjak sebelum highway baru dirasmikan ... Bukit Putus sudah jadi kawasan "jam" ... balik raya kena plan .. jika tidak keluar pagi... mungkin malam sampai destinasi kot!... begitu juga bila dah siap jalan baru.. kami pernah patah balik ke Seremban membatalkan perjalanan ziarah hari raya... ziarah la yang dekat-dekat aje... macam pirana semua orang makan bila sampai destinasi kerana jalan ke Kuala Pilah jam. Pernah kami pusing ke Jelebu untuk turun ke Seremban gara-gara untuk mengelakkan jam itu. Tahun ini bagaimana ya! 

Isnin, 15 Julai 2013

Tuaian terkini..

Assalam dan selamat sejahtera... hari ini sudah 6 Ramadhan... seperti yang dimaklumkan sebelum ini mengenai tuaian yang telah dilaksanakan ... maka inilah hasil tuaian tanaman secara suka-suka yang akhirnya jadi serius, yang dijangka pokok akan "ilek" angkara jerebu namun meleset malah semakin meriah.. alhamdulillah...  hasilnya  6 biji petola sarang. 2 urat kacang panjang, sebiji bendir emas dan 3 biji buah letup-letup lagi... seperti cerita entri sebelum 3 biji putik petola itu telah selamat mengembara dalam perutku he he buat penambah serat dan menu sayur didalam juadah berbuka puasa..


standard la akak ni .. snap foto memang suka lebih dari sekali.. 

yang sudah selamat mengembara ke sel-sel tuan punya blog

blurr la pulak buah letup-letup ni... buah yang manis!


Foto-foto sebelum dituai

status pada minggu Sabtu lepas

pokok mangga berbuah petola

as usual shoot kali ke dua

putik disebelah atasnya... yang ni masih tinggal dipokok... tinggi tak boleh capai.. tengoklah nanti jadi rezeki siapa!

yang ini yang ada di kebun sebelah.. meriah 

side view... serabut pokok ulam raja yang dah kiok tu... 



foto minggu lepas

yang ini juga dah mengembara berbatu-batu

putik lagi

susah nak shoot yang ini sebab berada dalam semak

habis pokok ulam raja kena lilit..

putik lagi dah kekuningan...


sebelum raya dah nak kena kemas ... sebab dah semak ! sampai hati ke! tunggu dan lihat! kalau tahan telinga kena leter tak kemaskan kut! tapi kalau nak kemas kena kemas hu hu! sebab En Din dah bising .. ni yang buat semak ni!


Ahad, 14 Julai 2013

Juadah berbuka semalam (4 Ramadhan)

Assalam dan selamat sejahtera... masuk 5 hari kita berpuasa... semalam hari Sabtu yang panas dan sejuk.. sempat melihat kebun ketika hari belum panas kuat. Banyak hasil kebun semalam.. kemudian la ya saya upload... menjelang pukul 11 pagi hari semakin panas.. selepas berkebun kena melawat kedai pula untuk cari bahan masak -masak... yang kena selera En Din ialah pucuk paku untuk digulai.. namun dah habis... HS nampak ketam .. dia tak sebut lagi... maka kami cari kedai lain kut-kut ada jual pucuk paku.. dari kedai taman ini ke kedai taman itu.. sehinggalah ke kedai sikembar tu... ada emaknya kali ni.. depa sibuk nak menyalai daging dan ayam kampung.. tak kena selera En Boss ni.. kata abang sikembar hari ni tak memakula! yelah! nak buat macam mana dah tak ada! cadang nak rendag ayam je.. namun si HS sebut minggu depan kita makan ketam ya mak.. bila En Din dengar.. ha terus tukar menu.. selepas membeli apa yang patut disitu kami kunjung semula kedai pertama tadi..nasib ada lagi ... nampak dah susut ...sekilo RM23... beli 2 ekor ..besar-besar dan pada isinya .. tak ketinggalan dalam juadah kami adalah putik petola sarang yang dicelur ala kadar dimakan dengan budu import dari KL semalamnya.. 
last minute punya action sebab start masak lambat kerana layan mata dulu hi hi.. mengantuk sangat.. itu pun HS yang ingatkan ...dari pukul 2.30 dia dah suruh gerak ke dapur... alahai nak rehat dulu la..apalagi kalau start masak pukul 5.. macam lipas kudung lah jadinya... dua-dua tungku dapur jalan!! 
yang tak larat dalam puasa ni ialah menumbuk lada dan cili api.. alu lesung punyalah gabak besarnya.. aduhai hilang kederat rasanya.. walau apa pun selesai juga... last but not least buat juga kuih kelepong yang menjadi menu kuih wajib dalam bulan Ramadhan.. buat  sikit je.. tak sempat snap fotonya ...15 minit sebelum berbuka sempat mengintil dan merebus kuih ni....  oleh kerana kami berbuka dengan kurma telebih dahulu dan En Din terus solat maghrib adalah masa untuk masak kuih ni... bila dah berbuka aktiviti foto-foto ni dah jadi malas..

hari petang beransur hujan... hujan yang lebat ... best-best!! sebab pokok tanaman dapat extra air... apatah lagi pokok2 yang kena overhaule tempoh hari yang sudah mengering dan hampir mati... 

gulai ketam dengan serai tanam sendiri


mangga depan rumah jadi mangsa En Din... ni semua dia buat ...akak tak campur... HS tolong tumbuk ikan bilis je.. kerabu mangga En Din dan HS... (masih belum bejaya tanam lada blesar.... bila la tu?0

mesti ada ikan.. sambal berlada ikan kembung dengan putik tomato campak-campak...oleh kerana pokok nya dah nyawa-nyawa ikan.. maka dituai akhirnya  ..stok untuk sahur juga ni.

air cincau yang disediakan oleh HS... mak tukang sukat gula je...petola tu sungguh enak.. tak payah masak cara lain.. diulam saja ... putiknya sangat manis....dah selamat kami berbuka semalam! alhamdulillah!!

Sabtu, 13 Julai 2013

Hasil minggu lepas

Antara yang dituai minggu lepas... semuanya kuantiti ciput je... jadilah....alhamdulillah .. namanya pun kebun tinggal-tinggal... kali ni paling lama ditinggalkan 3 minggu ... namun begitu walau dilanda kemarau dan jerebu dapatlah juga hasilnya ...pada mulanya ingatkan dah tiada dah tanaman-tanaman ni .. tuaian hari ini.. tunggu!! sekejap lagi kita periksa apa yang ada...

3 urat kacang panjang 
2 biji api
setangkai daun sambung nyawa 
bunga telang 
3 biji buah letup-letup
2 biji bendir emas
sebiji petola bersaiz comel..


buah leletup... sedap dan manis  isinya


Mak Long aka kunang-kunang -- ini daun sambung nyawa seperti yang di tanya hari tu...

Jumaat, 12 Julai 2013

Rama-rama ..lagi..

Kisah rama-rama lagi.. kali ni akak dapat snap foto dia .. walaupun dia tak diam.. kepak asik buka tutup buka tutup.. jadi la ... harus bersyukur dengan apa yang ada... saiznya memang besar...warna dan corak yang menarik.. singgah di pokok ulam raja, dikalangan pokok lili 









Rabu, 10 Julai 2013

Cantik juga bunganya

Assalam dan selamat sejahtera.. selamat menyambut Ramadhan almubarak pada semua teman-teman  dengan harapan tahun ini ibadah kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum (harapan dan semangat untuk diri sendiri juga). 

Alkisahnya malam sebelum tak boleh tidur sebab sakit gigi .. dia dah meronta-ronta nak berpisah dengan kita... maka semalam selepas urusan laporan prestasi HS di sekolah bergegas pula meredah kesesakan jalan   raya dan hujan lebat ke klinik gigi .. berbasah-basahan pula bila sampai di klinik gigi.. boleh tahan juga ramai pesakit yang senasib... tak pe setelah sekian lama bersabar (sebelum ni doktor tak izinkan remove gigi tu sebab bp tinggi sangat, diaorang tak mau tanggung risiko)... ok kali kedua doktor tak check bp pula .. tanya je... memang harap sangat untuk keluarkan gigi tu.. ok.. segala berjalan lancar.. tetapi macam nak muntah aje  selepas diberi 2 injeksi.. kiri dan kanan... dah kebas mudah aja ditanggalkan.. terima kasih doktor.. tapi mual  makin bertambah ..asik tukar gauze je.. dan asik nak ke toilet je.. alhamdulillah doktor izinkan mc... balik rumah tido....

cerita bunga ni bermula selepas lunch yang lewat.. tertidur gara-gara malam semalam tak tidur nyenyak ! ubat bius tu ngantuk juga ke? entahla tiada idea...  selepas membeli belah perkakas masakan untuk dinner dan sahur (kena masak sebab dah ada kat rumah kan!) teringat nak melawat sudut dikawasan tempat tinggal kami ni.. nak melawat apa kisahnya pokok yang menjadi tanda tanya tempoh hari.. ha terkejut juga!!.. eh eh berbungalah dia.. cantik juga... tapi daun-daunnya macam dah kurang ... akibat jerebu kut!

En Adry telah memaklumkan pokok ni adalah spesis selom.. terima kasih En Adry.. 
Ini adalah salah satu spesis Oenanthe javanica. Spesis Oenanthe javanica juga tumbuh di negara India dan jadi makanan penduduk di sana. Cuma ia berbeza dgn selom yg ada di sini.










jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)