Assalam dan selamat sejahtera.. selamat menyambut Ramadhan almubarak pada semua teman-teman dengan harapan tahun ini ibadah kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum (harapan dan semangat untuk diri sendiri juga).
Alkisahnya malam sebelum tak boleh tidur sebab sakit gigi .. dia dah meronta-ronta nak berpisah dengan kita... maka semalam selepas urusan laporan prestasi HS di sekolah bergegas pula meredah kesesakan jalan raya dan hujan lebat ke klinik gigi .. berbasah-basahan pula bila sampai di klinik gigi.. boleh tahan juga ramai pesakit yang senasib... tak pe setelah sekian lama bersabar (sebelum ni doktor tak izinkan remove gigi tu sebab bp tinggi sangat, diaorang tak mau tanggung risiko)... ok kali kedua doktor tak check bp pula .. tanya je... memang harap sangat untuk keluarkan gigi tu.. ok.. segala berjalan lancar.. tetapi macam nak muntah aje selepas diberi 2 injeksi.. kiri dan kanan... dah kebas mudah aja ditanggalkan.. terima kasih doktor.. tapi mual makin bertambah ..asik tukar gauze je.. dan asik nak ke toilet je.. alhamdulillah doktor izinkan mc... balik rumah tido....
cerita bunga ni bermula selepas lunch yang lewat.. tertidur gara-gara malam semalam tak tidur nyenyak ! ubat bius tu ngantuk juga ke? entahla tiada idea... selepas membeli belah perkakas masakan untuk dinner dan sahur (kena masak sebab dah ada kat rumah kan!) teringat nak melawat sudut dikawasan tempat tinggal kami ni.. nak melawat apa kisahnya pokok yang menjadi tanda tanya tempoh hari.. ha terkejut juga!!.. eh eh berbungalah dia.. cantik juga... tapi daun-daunnya macam dah kurang ... akibat jerebu kut!
En Adry telah memaklumkan pokok ni adalah spesis selom.. terima kasih En Adry..
Ini adalah salah satu spesis Oenanthe javanica. Spesis Oenanthe javanica juga tumbuh di negara India dan jadi makanan penduduk di sana. Cuma ia berbeza dgn selom yg ada di sini.
4 ulasan:
As salam kak mar,
Bila dah tgk pokok yang kak mar posting sebelum ni dari jarak dekat, saya yakin ia bukan daripada spesis oenanthe. Pokok ini sgt berbeza dgn spesis oenanthe(selom). Semua spesis oenanthe mempunyai ciri bunga yg hampir serupa tp yg ini dah rupa bunga baby breath.
Saya pun nak kena belajar lagi utk kenal pokok2 yg jarang dilihat ni nampak gayanya. Ilmu tak berapa nak byk sgt..hehe..
As salam kak Mar,
Cantik juga bunga selom jenis yg ni..! Macam bunga daisy pulak sekali pandang :))
Salam Ramadhan kak :)
salam ramadhan...
Yang ni nampak macam Bidens pilosa. Kalau dah berbiji, cuba Kak Mar tengok ada tak dua cabang yang menyerupai sepasang tanduk di hujung bijinya. Kalau Bidens pilosa, daunnya boleh dimakan, sebaiknya sebelum pokok tu berbunga (mcm daun ketumbar, kalau dah berbunga, pahit giler rasanya).
Catat Ulasan