Ahad, 9 November 2014

Selesai sudah..

4 hari 3 malam berumahtangga di PD kerana uruskan kursus menyebabkan blog ni senyap sepi tapi pengunjungnya tetap ada.. terima kasih kepada sahabat maya yang masih sudi bertandang.. alhamdulillah segala tensi dan stress dilalui juga... tegang urat kepala sebab tak cukup tidur... rasa nak rebah pun ada... rasa melayang-layang pun ada... panadol terpaksa ditelan wp biasanya mengelak mengelak dari gunakan panadol... kuat semangat yang membantu urusan dilaksanakan hingga selesai...

hari sebelum berangkat pejabat waktu akhir dipejabat adalah 11:45 malam .. HS dan anakanda Siraj jadi peneman.. lepas tu balik rumah packing.. pukul 2 baru tidur.. nak packing awal pun tak sempat.. dikeluarkan terima kasih pada adik dan kakak pembantu yang bertungkus lumus dan bersengkang mata... tq wp akak terpaksa telan pelbagai karenah korang.. 

sesi yang paling lama adalah malam terakhir .. pukul 1 malam keluar dari dewan perbincangan lepas tu kena memantau dewan baru pula.. kesian adik-adik dan abang dan kakak pembantu.. ada yang demam, ada yang macam meong dah ingat keluarga, ada yg tak sabar nak balik dan ada yang nak termuntah dengan menu hotel sebab rindukan airtangan isteri... puan boss pun macam tu..

Sempat juga snap bunga comel ni sambil tunggu pintu dewan dibuka..


PD dilanda hujan pagi.. siap dengan dentum dentam guruh pagi...6semua orang malas nak bangun pagi... 



PS : OTW menziarah pusara arwah..inilah rutin kami setiap minggu.. harap2 dimasa akan datang tetap ada ruang untuk kami menziarah pusara arwah..

Isnin, 3 November 2014

Cambahan

Detoksifikasi meleluasa jadi viral... salah satu yang disarankan adalah minum jus lemon dengan air suam.. khasiatnya mohon di gugel la ya..
maka kadar perolehan lemon dirumah telah meningkat.. dari dua biji sebulan menjadi 4 - 5 biji seminggu.. bagi garderner yang rajin mencuba menyemai macam akak ni pasti sayangkan biji benih dari lemon yang diperah.. sehinggakan untuk mengerat lemon dipastikan berhati-hati agar benih tidak cedera. 

Kali ni meriah dengan benih lemon... 

Yang tak bercambah tu benih durian belanda..


Rasa seronok bila yang disemai bercambah... jadi pokok ke tidak belakang kira... pandai-pandailah membela ya... carilah ilmu banyak2

Ahad, 2 November 2014

Burung - burung bermesyuarat

Dalam pengisian waktu yang terluang (rasa sedih dan sunyi bertandang lagi dihujung minggu.. masa ni memang terasa sebab selalunya sibuk dengan arwah ke hulu ke hilir) dan akiviti menjejak kembali ke tempat - tempat arwah En Boss rajin bawa kami berjalan-jalan cari makan... masa tu kalau arwah free la... dan sebagai latihan dan memahirkan anakanda Siraj mengenali jalan-jalan utama yang biasa arwah lalui...  previous week kami ke Klebang cari coconut shake yang popular tu... dah nak tutup baru kami sampai.. masyaaAllah ramainya orang.. masih beratur .. dapat juga makan nasi lemak yang sedap tu...kali ni kami ke Pengkalan Balak melalui Teluk Gong yang popular dengan bau yang tak berapa enak tu... sebelum ni penjual umpan empon-empon yang beritahu arwah Asam Pedas yang sedap ialah Kedai Mak Limah.. kami 3 beranak redah dan cari .. alhamdulillah jumpa... anakanda Siraj tak pernah makan disitu... dia selalu tak free untuk join kami kerana sibuk dengan aktiviti kolej dan assignmen... tanda-tanda pengesahan dan approve bahawa asam pedasnya memang sedap.. suka dia.. 

arwah macam dah tahu umurnya tak panjang.... banyak masa diisi dengan bersama-sama keluarga.. tidak seperti 8 tahun dahulu kerja siang malam dan hujung minggu .. 3 tahun terakhirnya memang diisi dengan aktiviti berkumpul dengan keluarga dan sahabat yang rapat yang memahami arwah..setiap cuti sekolah ada aja tempat yang kami tuju.. memancing, bawa anak-anak dan anak saudara... Grand Livina kami pernah terisi dengan 13 penumpang demi nak melayan anak saudara bersantai di Wet World Pedas.... ada yang kata hot FM kereta tu ha ha.. padat dengan budak-budak yang tak sabar-sabar nak berendam dan bercempera..

 3 tahun terakhir juga pertemuan seorang  demi seorang rakan-rakan FB ... macam-macam aktiviti.. haish... kadang-kadang terasa rakan FB lebih utama... arwah ni kalau orang baik dengan dia 100 kali dia lebih baik dengan mereka.. ada aje aktiviti yang dirancang..kadang-kadang akak join juga. yang tak kesampaian adalah aktiviti untuk berkumpul di Pantai Timur..mungkin ada lagi yang akak tak tahu..

 dalam tempoh 8 tahun selepas pembedahan major di HUKM (masa tu akak berkampung selama 42 hari dihospital demi meneman arwah di hospital... pembuangan usus kecil sepanjang 2 kaki kalau tak silap yang mengandungi darah beku... tak sampai hati nak tinggalkan arwah di hospital.. pembedahan usai sekitar 2 pagi selepas dimasukkan ke OT .. urusan selepas maghrib... kumat kamit mulut dan hati mendoakan keselamatan arwah .. alhamdulillah Allah meluluskan doa akak ..pukul 2 hingga 3 pagi memang akak diperlukan untuk buang isi beg yang sentiasa penuh .. arwah perlu menggunakan beg selama 2 minggu.. dalam tempoh tu akak ke ofis dari hospital .. penat tak terkata... ok je penat tu demi menutup rasa sedih yang melanda... dek kepenatan yang tidur pulas di hospital adalah akak...sehinggakan arwah terpaksa baling kotak tisu untuk mengejutkan akak ... ha  ha kenangan. . arwah bertambat tangan  kiri dan  kanan.. sebelah heparin sebelah lagi dengan tiub makanan ... pernah darah menyembur bila doktor yang belum expert buat prosidur sambung tiub ke jantung..  BP akak pun naik juga.. alhamdulillah arwah terima apa yang berlaku padanya.. sabar sungguh dia... kami berkawan dengan ramai nurse... selepas di sahkan oleh Prof yang bertugas.. usus disambung semula... banyak pantang ... otot perut dah tiada... kerja berat tak boleh buat... kayu golf kena simpan dalam beg... arwah cari aktiviti lain .. cari kayu pancing pula... sampai kepulau Upih memancing at our own expenses dengan ipar duai... tiap-tiap minggu berkumpul dengan keluarga.. masa tu masih mc...demi untuk menguatkan dirinya pelbagai aktivi dilalui ... tak kisah duit banyak mengalir keluar.. sanggup bawa mak mertua tiap-tiap minggu ke Muar untuk berubat... kadang-kadang akak yang lemas..rumah Seremban ditinggal terus.. jenguk sekali sekala aje... akhirnya memancing jadi slow.. kat tepi pantai di Pengkalan Balak je.. anak-anak pun enjoy dapat mandi laut walaupun lautnya tak selereh kata orang NS.

Segan nak snap asam pedas... snap aje la si burung yang bermesyuarat ni.. masa ni ulam sesemut yang dicari-cari dah habis.. melopeh den!!





Tengahari terik .. nampak laut samar-samar je... entah apa lah pokok yang akak snap ni!


PS: selamat menduduki peperiksaan wahai anak-anak saudara ku Ijat dan Nani ..semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang..buat anak-anak diluar sana diucapkan semoga berjaya menjawap soalan dengan betul dan sebarang masalah terutamanya tiba-tiba blank baca doa yang sangat mudah iaitu bismillah.. pernah dengar di KLFM .. anjuran Ustaz Wan Sohor Bani Leman..

Sabtu, 1 November 2014

Sireh - hair cut

Gara-gara jiran jumpa bangkai anak cik alifwaulamro dan jiran sebelah kata ada anak cik alifwaulamro naik kat cermin pintu slidingnya.. semua org sentap.. maka laman mak saudara arwah di  sebelah yg tidak terjaga dioperasi penuh oleh jiran.. rajinnya sehingga tempias ke laman kami... diistiharkan pokok labu botol dicabut dengan rakusnya... sedih kejap... petola pulut aka petola wangi turut dimusnahkan.. segala pasu berubah posisi... dan sisireh ni akak kerjakan sehingga tiada juluran ke tanah... lepas hujan ni mesti menjadi2 lagi pokoknya.. sekejap je kontotnya tu..
 sengaja akak potong togelkan pangkalnya.. harap2 jiran yang tak berapa tinggi tu dapat capai bila berhajatkan sireh ni..

Hari ni balik sekejap je demi ziarah pusara arwah En Boss... rata-rata bumi NS disimbah hujan dengan langit kelam kelabu.. bonus buat laman yang ditinggalkan.. cili masih galak berbuah, cuma pokok 2 daunnya mula kekuningan.
Terung telunjuk masih malu2 berbunga, putik kedondong makin membentuk buah, limau kasturi berbunga  semula. Bayam malabar macam tak happy bila  dipindahkan dari tempat redup.. keembung dan kemuning meriah berbunga.. hari ini bunga warna yang putih lebih dominan dari warna lain.. kelihatan mangga mengeluarkan bunga untuk pusingan ketiga minggu ini.. dua  tangkai bunga je.. pucuk ubi makin tinggi.
Sedih bila batang ubi Sabah dibersih kemas oleh jiran2 yg kemas bahu jalan delan rumah.. tak terkata..operasi masa tu akak tiada..

 selepas ziarah pusara balik sekejap dan cangkul laman apa yang patut... terkejut sekejap... tanah yang dicangkul keluar pula cacing gila yang menyusur bagai ular.. menyusur laju.. 2 minggu sebelum pun jumpa juga makhluk ni.. larinya laju sampai tak pasti apa kah ia.. kali ni baru nampak... saiznya kecil sekali.. atau bak cacing saiz besar... bila di gugel... cacing ni sebenarnya adalah ular yg paling kecil dalam dunia.. tak pasti mengenai keselamatan dari segi bisa dan gigitan makhluk ni..warnanya perang gelap berkilat... adakah makhluk ini yg dimaksudkan oleh jiran-jiran itu?



PS: Sedang beratur tunggu murtabak tebal 2 inci di Uniten.. sedang ralit mengunyah cekodok bilis rupanya Nani mak Fiyya dari blog Diary Ku Kehidupanku Isihatiku.. sedang beratur belakang akak.... cam si Fiyya je.. rupanya mamanya ada kat belakang ya.. baru hilang rasa boring beratur... sedar tak sedar dah sampai turn kami... 

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kedondong lagi-pusingan pertama tahun ke dua

Salam Jumaat

Ingatkan kedondong ni dah merajuk.. alhamdulillah.. bunga sudah menjenguk dunia


Putik buah dah kelihatan dan muncul setangkai lagi bunga (4.10.2014)


Rabu, 29 Oktober 2014

Tuaian

Hasil campak-campak... dapatla 2 hingga 3 kali menggulai.. 

Dari pokok 1

Dari pokok 2

Pusingan ke berapa... lupa dah

Rezeki utk kawan pejabat



P/S menghitung hari utk event tu.. kepala jadi serabut pula.


Makanan kantin

Anak yang bersekolah pandai-pandaila bajet nak makan apa.. yg menarik perhatian akak hari tu ialah kuah yang merenang dan kerang yang dinanti-nanti oleh sebahagian murid.. janji perut kenyang... 

tapi hati rasa belas pula... 

bayangkan si HS makan macam ni.. adik makan nasi separuh kuah banyak.. dah kenyang.. 

parent yg datang tiap-tiap hari beruntungla anak itu... mcm akak yg sibuk ni..pandai-pandaila nak hidup ye dik..

 Pernah akak suapkan seorang demi seorang kawan-kawan HS makan... darjah 1 duit dah habis menjelang KAFA dipetang hari.. tak pandai belanja dan macam-macam alasan lagi..

Selasa, 28 Oktober 2014

Morning Glory Mini

 Saiz comel je ni.. sebagai kenangan maal hijrah 1436H.. 


Dan si wangi ni

PS: Semalam kepenatan balik kursus dengan LRT... lama wei tak naik LRT.. demi nak mengelakkan jalan jam dihari hujan lebat... dan risau anak2 tunggu lama LRT terpaksa dipilih.. dah la terkial-kial guna token plastik tu .. ha ha akak dan adik pembantu pun 2×5.. ketinggalan zaman... 

hari demi hari di titi dengan rasa bercampur baur.. yg positifnya lalui dengan rasa semangat  yg tinggi demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan... demi membesarkan anak-anak demi kebahagiaan dunia dan akhirat.. 
minggu ini perlu lalui retreat jabatan dgn hati yg sabar... lab di Melaka puan boss gugurkan kerana bertindan waktu.. 
minggu depan perlu lalui satu lagi event yang besar...  begitulah kesibukan yg diharungi demi mencari rezeki dan sebagai pengubat kesedihan yang melanda.. pejam celik pejam celik hampir 5 minggu kami tanpa dia.. 


5 pagi..
disubuh yg hening baru dapat BW blog kawan2... hmm airmata tertumpah lagi bila baca blog MakLong aka kunang2.. kami senasib.. kehilangan the other half... jarak sebulan sahaja... ini semua kerja Allah.. akur sahaja akan ketentuanNya.. tabahkan hati ya Mak Long.. 

Ahad, 26 Oktober 2014

Nostalgia Pepatung

Menung di laman hari sebelum arwah pergi.. pagi lagi ni.. selepas breakfast.. waktu ni arwah sedang berehat sambil berwhatsapp dan berfb dengan rakan taulannya.. berhenti bila penat ... sebelum tu beli keperluan lunch pun dia tak ikut.. dalam kereta... menunggu sambil online.. kalau tidak dia yang pilih ikan dan sayur.. akak angguk je.. tak terlintas dihati itu kali terakhir kami shopping lauk tengahari bersama.. 

belum sediakan lunch waktu ni... sempat pula snap si serangga yang selalunya liar dan sukar didekati


PS: Masa ni... Sebelum prepare lunch nak habiskan minit mesyuarat barang dua tiga perenggan.. tetapi panggilan aka arahan sediakan lunch didahulukan.. yess boss...  lap top ditutup.. dia nak makan ubat tuh... asalnya malam tadinya tu.. dia dah sihat.. dah rasa kuat... nak solat subuh ditingkat atas arwah lupa dia sebenarnya sakit dan naik tangga laju macam orang sihat... terus rasa penat semula bersaing dengan batuk yang berpanjangan.... rasanya jantung dia dah semakin lemah.. sebab  tu rasa penat sangat...

dan HS sibuk dengan ulangtayang hantu selfie.. naik muak dengar dari dapur..

Hari ini dua Muharram.. KL disimbah hujan lebat lagi... selang satu jam.. guruh sahut menyahut... nak ziarah ML ni.. ok ke keluar ni... semoga kami didalam lindunganNya jua..

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah dan belum rezeki si delima

Pokok delima pesanan dari Rose Semua Menjadi.. pokok sudah tinggi bahu akak.. musim bunga sudah tiba... musim buah aje yang belum lagi menjadi... pokok masih dalam pasu... mudah kalau kena pindahkan pokok ke rumah sendiri nanti.. bila berbunga dahan akan melayut ke bawah .. tak pe .. sabar menanti buahnya menjadi.. sekadar untuk catatan sendiri

Suka dengan bunganya yang ala-ala bunga carnation petalnya... berlapis-lapis berkumpul gitu..




Kisah semak yg tak habis lagi...merah jingga bunga delima berganding dengan merah cili api berganding juga denga sipokok lemon yang berdaun lebar..

Foto pagi Ahad
 sebelum arwah En Boss
 pergi buat selama-lamanya
24.8.2014... 
Kudup yang sedang merekah..

Hari sebelumnya
Foto hari Sabtu





Minggu lepas ... bunga semakin meriah..
Semakan hari ni belum rezeki menjadi lagi..
Salam maal Hijrah sahabat-sahabat maya semuanya.. semoga terusan didalam rahmat Allah swt..


P/S:
Semalam..
Dua envelope benih carnation tiba... moga rajin menyemai ya K Mar.. benih balsam yg belum tiba.. bunga putih juga dah tiba dari pucong.. lewat pula..

Pagi tadi.. semai benih bunga matahari Kak Mala dari blog greeneyes.. terrrajin hari ni..

Ubah pasu jambu isi merah  jambu dari KBB ke pasu besar 

Pekena lagi sambil isi tabung anak yatim:
Morning glory
Buluh macam rumput
Bunga melur ...


Hari ini-Palm Mall-Gintell.. sebelum tu PLUS jam.. lepas breakfast pukul 1 sampai Palm Mall .. tertidur2 dlm kereta sambil bw

Petang
Zemart - ikut kehendak HS nak syampu purple dan laundry container.. 

Urusan Kewangan semalam - terkejut... termangu.. nak buat macam mana ya.. semoga di dalam panduan Nya jua.. 

Pusara hari ini masih ok.. Seremban agak hangat... jiran-jiran arwah sudah dua yang berumah batu.. nawaitu kami .. tunggu lah selepas musim tengkujuh.. FIL kata minggu lepas dia juga ada tanggungjawab bersama... alhamdulillah..
hmmm sudah dua purnama kami ditinggalkan.. doa yang baik-baik juga buat arwah.. amiin.. kami semua merinduimu.. tapi Allah lebih menyayangimu


jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)