Menung di laman hari sebelum arwah pergi.. pagi lagi ni.. selepas breakfast.. waktu ni arwah sedang berehat sambil berwhatsapp dan berfb dengan rakan taulannya.. berhenti bila penat ... sebelum tu beli keperluan lunch pun dia tak ikut.. dalam kereta... menunggu sambil online.. kalau tidak dia yang pilih ikan dan sayur.. akak angguk je.. tak terlintas dihati itu kali terakhir kami shopping lauk tengahari bersama..
belum sediakan lunch waktu ni... sempat pula snap si serangga yang selalunya liar dan sukar didekati
PS: Masa ni... Sebelum prepare lunch nak habiskan minit mesyuarat barang dua tiga perenggan.. tetapi panggilan aka arahan sediakan lunch didahulukan.. yess boss... lap top ditutup.. dia nak makan ubat tuh... asalnya malam tadinya tu.. dia dah sihat.. dah rasa kuat... nak solat subuh ditingkat atas arwah lupa dia sebenarnya sakit dan naik tangga laju macam orang sihat... terus rasa penat semula bersaing dengan batuk yang berpanjangan.... rasanya jantung dia dah semakin lemah.. sebab tu rasa penat sangat...
dan HS sibuk dengan ulangtayang hantu selfie.. naik muak dengar dari dapur..
Hari ini dua Muharram.. KL disimbah hujan lebat lagi... selang satu jam.. guruh sahut menyahut... nak ziarah ML ni.. ok ke keluar ni... semoga kami didalam lindunganNya jua..
10 ulasan:
Allah kak..moga arwah bersama yang beriman.
Salam maal hijrah k.mar sekeluarga...semoga segala urusan k.mar dipermudahkn....amin
Pepatung nak intai ginseng jawa di bawah tu.
Moga Kak Mar sekeluarga tahun ini diberikan pelbagai rezeki lebih-lebih lagi nikmat kesihatan.
salam maal hijrah kak mar..
semoga tahun baru ini dapat memberi sinar kekuatan baru buat diri kak mar & keluarga.. :')
Mmm..patung jarum tu memang nostalgia betul...antara binatang mainan masa zaman kecil dulu. Cantik dia dengan pelbagai color.
Assalamualaikum kak Mar,
salam maal hijrah, semoga roh arwah dirahmati Allah. pepatung memang cantik & unik...selalu juga jumpa dkt kebun Julie. :)
Semoga bertambah rahmat dan nikmat ditahun baru, ceria2 selalu
Pepatung mainan kanak2 masa kecik2 dulu, nak tangkap lari
salam maal hijrah. semuga arwah di tempatkan bersama orang yg beriman.alfatihah..
pepatung mainan zaman kecik dulu..
sayu aje KA baca.. alfatihah
Selamat tahun baru hijriah Kak Mar
Catat Ulasan