Rabu, 14 Januari 2015

Melempeng

Hari kedua lempeng ni jadi pilihan untuk pembekalan tenaga... nawaitu beli untuk breakfast namun masih yang bersambal dan pedas-pedas manja jadi pilihan.. maka lempeng pisang ni bekalan untuk lunch kirannya... semalam beli satu untuk makan sebelum lunch dan masa lunch buat oat dua sudu besar... pukul 5 petang perut dah  berkeriut.... tak sabar rasanya nak tunggu anakanda Siraj sampai... kita dinner awal kat kedai yang terdekat la.... kalau  bonda akak pula dia akan kata melempengla lapar Along tu.. 

Hari ni akak beli dua pek... testing lagi... tahan tak kalau tak makan nasi nanti... sebenarnya dah dua hari juga try kopi mineral garam buluh... cadangan adinda2 la ni.. katanya garam buluh tu berkhasiat.
baru dua hari .... apakah kesampaian nawaitu yang satu itu?

Saiznya comel je RM1.50..


Ahad, 11 Januari 2015

Buah nona

Salam hujung minggu
Pokok ni bukan akak punya.. sebagai catatan untuk diri sendiri bahawa segalanya mungkin.. pokok tak perlu besar dan rimbun untuk berbuah...
Wallahuaalam samada dalam jagaan Mak Tom ia berputik atau dari pembekalnya..
Mak Tom hanya gunakan baja tayam dan baja kopi..

Sabtu, 10 Januari 2015

Bulan di siang hari

Salam Sabtu...sepatutnya pagi Sabtu.. dah tertunggak aktiviti membuka blog... hari ni membeli belah keperluan rumah serba sedikit.. perjalanan ke kedai mengharung kepanasan pagi yang sekejap lagi bakal hujan lebat... jangkaan akak la... enjoy perjalanan ke kedai ditemani bulan diatas sana...sambil menunggu anakanda Siraj balik kerja sambil tu buat kerja rumah sambil tu juga enjoy drama Korea Pinocchio di tvonline... banyak pengajaran yang didapati.. laporan wartawan yang nak naik pangkat segera, nak glamer dan popular .. manupulasi cerita sehingga ramai yang menderita.. derita yang berjaringan... cuma yang tak gemo dengan Korea ni depa kuat bersoju.. alhamdulillah kita lahir di Malaysia .. punya agama yang melarang kita menyentuh minuman haram.. ambil perkara yang baik sahaja untuk diteladani... 

Petang nanti ke Seremban la kami..rutin kami menjenguk apa yang patut disana dan menziarahi pusara arwah.. sebelum tu menjemput anakanda HS yang bergembira ria bersama cousin cilik yang putih melepak dan lasak tu.. dah lebih sebulan korang bergaul mesra kan! lepas ni kamu berdua akan saling merindui .. Hari Isnin sekolah tau!

Jumaat, 9 Januari 2015

Mary Washington

Salam pagi Jumaat yang mulia.. selamat sejahtera.... sudah dua hari KL hujan pagi .. pukul 7 pagi gelapnya macam pukul 7 malam.. timer lampu jalan sudah berkhidmat mengikut waktunya...maka bergelap-gelapan lah kami ke pejabat bertemankan lampu kereta dan sedikit-sedikit lampu kuning di jalan-jalan besar.. 

Pagi ni sekadar berkongsi keseronokan menyemai crown si Mary Washington.. selepas Krismas akak dah terima bungkusan pesanan dari Diana KBB.. since Jumaat tu batalkan cuti.. datang ofis kena dengan harinya segeralah bungkusan diterima.. kalau sambung cuti alamatnya minggu depannya baru terima bungkusan ni.. sangat teruja bila pesanan yang paling berharga ni akak terima...bila balik Seremban teruslah akak memborong tanah 6 bag dan kotak semaian saiz besar tu.. owwh anakanda ku sudah memberi pandangan itu... Mak ni nak beli apa lagi? nak buat apa lagi ni?... Mak diam je.. kamu lihatlah nanti... :) 

nak tanam di Seremban risau pula.. maka di rumah kayanganlah kamu menetap sementara waktu ya Mary Washington.. macam mana lah asparagus ni dapat nama Mary Washington...

Semoga kamu terus subur berpanjangan ya...
  

Melingkar macam anak naga pula 

Awin dari MyPetak Hijau suruh check sebab crown Awin dah muncul tunas asparagusnya..... dah menjulur panjang ru-rupanya si Mary Washington akak ni .... lebih dari seminggu terperuk dalam kotak bungkusan.. nasib tak terpatah..
P/S: ada beli benih asparagus ni di Nurseri mana dah tak ingat.. bahagia je benih tu dalam bungkusan .. macam tak ada hati nak semai sebab rasa was-was akan keberjayaannya bercambah.. hmm sebenarnya diluar sana di Malaysia ni dah ramai yang berjaya menyemai dan menuai hasil aspargus ni... lepas ni nak kena beli anak pokoknya.. ada rakan FB yang menjual...nanti boleh ada berderet-deret pokok asparagus... sedih pula ..kalau arwah En Boss ada dia pasti suka.. pernah kami hampa bila suatu hari tu kami dinner minta asparagus .. dalam menu ada bila dipesan chef kata tiada stok... ungkapan popular bonda akak buat  harap je!!

Rabu, 7 Januari 2015

Cotton Rose

Cuaca terang dan ceria ketika kami tinggalkan laman yang semak di Seremban pada pagi Maulidur Rasul... selepas tutup pagar kami breakfast di kedai tepi tebing, ziarah pusara arwah En Boss, melawat nurseri uncle Pasu Molek dan balik KL untuk meneruskan penyediaan minit yang tertunggak hari tu...yang kami tinggalkan ada yang cantik dan ada yang kantoi kerana Seremban tak hujan... pokok Thai Jasmin dah kering kontang,,, walhal KL bukan main lebat hujannya.. yang semak dan sakit mata pada pencinta kekemasan adalah pokok Rose Cotton ni :)... terjulur sikt dari alignment pagar pasti kena cantas...kadang-kadang akak biarkan aje.. kadang-kadang jadi gang pencinta kekemasan... 0.0001 peratus je gang pencinta kekemasan tu..baki peratus tu adalah perasan sayang nak cantas dan dengan alasan pokok ni berzikir dan beri kita oksigen... yang 0.0001 peratus tu bila terpaksa dan malas nak dengar pelbagai alasan yang diberikan oleh arwah... kenangan tu... nekad je masa dia tengah sibuk nak meriah macam ni akak buat hard pruning :) 

Sebelum tutup pagar snap bunga ni dulu... suka akak dengan latarbelakang langit biru tu... pokok ni dah tinggi terpaksalah mendongak.. Warna ni adalah warna terakhir sebelum dia gugur ke bumi... beberapa kali bertukar warna setelah kudupnya mengembang sedikit demi sedikit.. kelopak yang gebu ni akan mengerekot dan membentuk gumpalan bagai bola.. walaupun mengerekot bunga ni tetap gebu dan comel... suka dengan warna pink gelap ni...  dah tak terkira kitaran pokok ni berbunga... terima kasih kepada akak yang berniaga di Kodai Tepi Sawah Ulu Bendul KP.. entah bila lagi akan breakfast kat kedai tu... nantilah one fine day ajak anakanda yang berdua tu untuk bawa mak mengimbal kembali nostalgia breakfast di tepi sawah..

Kudup baru sudah berkembang .. awal pagi warna sangatlah putih suci... lebar bunga ni selebar tapak tangan akak..

p/s i)  seekor burung berwarna kuning  comel telah hinggap di pokok sebentar di pokok gardenia yang tak berapa nak hidup tu.. miss !! kamera tidak bersedia lagi... sekadar catatan akak bertemu burung comel yang berani turun dari pokok kayangan .. bising pula tu.. bila perasan akak pandang dia terus dia terbang semula meninggalkan akak.. maka terjawablah sudah kepada persoalan siapa yang patuk-patuk cili-cili api akak yang tengah ranum tu... patuk-patuk catuk ayam.. tak tamak ..tinggalkan tuan pokok separuh lagi :)

ii) hujan lebat sekarang ni KL ... 

Isnin, 5 Januari 2015

Dahlia untuk ku

Pagi 12 Rabiulawal 1436 diPusat Bunga Pasu Molek Seremban

konon nak beli bunga ni..risau pokok mati dianaktirikan akak snap je la fotonya... sebabnya Seremban dah seminggu panas.. ada pokok yang kering.. yang ni  next buying.. dah masuk dalam wishlist,,, kalau ada minggu depan bolehla rembat pokoknya..itu pun kalau ada lagi.. kena bawa balik KL .. sebab kena letak bawah shade.. borong dua pasu bunga dan 6 pek tanah campur untuk asparagus Mary Washington yang telah tiba sebelum new year hari tu... pesanan dari Diana KBB

 sebagai memperingati hari ketuaan tempek la bunga ni bagi menceriakan hati.. dari tengah malam 5.1.2015 hingga 12 tengahmalam dlm fb berderet-deret wish HB .. jenuh juga nak jawab wish kawan-kawan ni... anak2 dan anak saudara serta adik berderet-deret wish dalam group whatsapp.. namun hati tetap sedih dan rasa serba tak kena kerana kali ni kurang 1 tukang wish yang saban tahun sentiasa melontarkan ucapan indah dan doa yang membangkitkan semangat ... takkan sama dengan wish dari dia seorang... tiada lagi penyokong kuat akak... tiada lagi pembakar semangat untuk menghadapi pelbagai masalah.... anak-anak mengirim tex .. Mak.. abang, Siraj dan adik ada... jgn sedih2.. 
dia lebih disayangi yang Maha Esa.. semoga dia bahagia disana.. 

kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

wishlist juga


perolehan hari Maulidur Rasul..rupanya uncle penjual tu chinese Muslim.. pemurah.. pokok ni fuschia namanya dan  sepasu impatien

Impatiens.. masih bunga merah.. di Frasers Hill ada warna jingga.. nak juga warna jingga tu..

ps: lambat hari ni keluarkan entri kerana sibuk pindahkan anak-anak pokok zinnia, tanam crown asparagus. 
Petang dinner dengan anak-anak.. anakanda Siraj belanja emak kali ni sebab dapat gaji pertama... alhamdulillah semoga semua anakanda ku dikurniakan rezeki harta dan kesihatan serta kebaikan yang melimpah ruah.. semoga terusan beramal soleh dan sentiasa berada didalam rahmat Allah sentiasa

Takziah juga pada rakan sepejabat yg kehilangan 2 ahli keluarga dalam tempoh seminggu yang lepas... awal minggu ayahandanya selang dua hari adindanya pula .. koma selepas melahirkan baby yang ditunggu-tunggu selepas 4 tahun.. bak kata rakan sepejabat ... arwah adinda tidak dapat bersama semasa kematian ayahanda.. sudah suratan bertemu dialam lain pula... akak pula menangis sendirian bila mendapat perkhabaran tu... siaplah kita....hanya menurut perintah Mu Ya Allah.. semoga rakan akak dan keluarganya  ni tabah menghadapi pelbagai ujianNya.. 

Ahad, 4 Januari 2015

Muzium Perak Man - Muzium Arkeologi Lembah Lenggong

Belum habis entri cuti sekolah..

Rasa suspen juga nak masuk muzium ni.. nasib anak-anak kecil tak ikut... rasanya masa kecil-kecil dulu tak ada rasa macam ni kalau nak masuk muzium... lepas Muzium Negara buat pameran berkaitan mumia firaun dan lain-lain hal berkaitan kubur dan alam mistik kak rasa macam cuak je nak menjengah muzium.. oleh kerana anak bujang ni teruja... ikutkan aja.. masa ada arwah abah dia orang ni dulu budak-budak ni seronok sangat nak tengok Perak Man... bila tokeh kedai kat Taiping kata jalan tak berapa elok kala malam .. kensel aktiviti... nak cari opah sebelah FIL pun tak jadi... agak frust juga dua-dua anak bujang akak tu..  suka sangat kalau berkaitan sejarah.. 

masa ke Langkawi tahun lepas HS pula tunjukkan minat baca sejarah Mahsuri.

Sempat juga klik klik batu penanda tepi jalan ni


Bunga-bunga indah diluar muzium.. kena usik dengan dua bujang.. haa Mk Long mesti tak tinggal aktiviti... anakanda Siraj pula kata... Mak blogger bunga... ha ha begitulah juga tanggapan arwah En Boss.. sambil gelak dia info dengan kawan-kawannya.. blogger bunga...  sekadar teringat :)... bagi akak  klik-klik ni pula sebagai tanda dan kenangan sampai sini.. why not rakam keindahan yang ada depan mata... lagi pun memang suka bunga.. nak buat macam mana lagi.. teknologi membantu menyimpan pelbagai memori ...bukannya senang nak datang sini.. kann







Lepas ni tiada la pasal bunga.. foto pasal tulang belulang dan segala hal berkaitan sejarah dan arkeologi..









Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1436H.. pagi yang indah.. akviti mingguan menziarah pusara arwah En Boss... minggu ni bumi Seremban sudah kembali kering ... langit cerah dan damai.. rasa ketenangan melihat awan 12 Rabiulawal... 



Jumaat, 2 Januari 2015

Rajin sikit je

Penghujung tahun 2013 akak sibuk menyemai benih strawberi alpine Reugan.. . dengan rasa seronoknya tunjuk pada arwah En Boss pokok strawberi tu menjadi... antara kata-kata arwah pada kawan-kawannya.. akak ko ni kalau tanam pokok macam jaga anak... nak tergelak akak masa tu... mana ada .. banyak yang jadi anak tiri :) 

 penghujung tahun 2014 yang lalu sibuk dengan benih bunga pula.. bagi memenuhi ruang rindu pada arwah... memang akak ni sibuk kerja.. balik rumah dah penat.. itu yang menyebabkan banyak tanaman jadi anak tiri... namun sedikit demi sedikit usaha ditingkatkan .. menyulam kesibukan dan kerinduan..

Benih-benih yang dipesan dari Grup FB Seeds Galore ... namun tidak semua survive... kebanyakan benih ni adalah zinnia dari pelbagai spesis dan warna, dahlia dan carnation ..hajat besar ni..

Selepas dua hari..

Benih carnation awal-awal lagi sudah ada yang kecundang.. tak pasti bagaimana dia boleh terpecah begitu... sangat mengharapkan pokok ni menjadi.. setakat hari ni... pertumbuhan seedlings sangatlah perlahan... naik 1 cm je... 

close up benih carnation

zinnia jenis apa pun dah lupa.. yang ni semalaman je dah bercambah... sihat betul

Antara yang diisemai... kita tengok mana yang hidup bahagia

Blue splendour daisy
dahlia sunny reggae
carnation picotee
carnation snow white
zinnia salsiado
zinnia liliput mix
zinnia royal purple
zinnia meteor
zinnia persian carpet
zinnia macarenia
zinnia mazurkia
mahagony red coreopsis
gillia globe

Khamis, 1 Januari 2015

Dusun Bandar Kuala Lumpur

Salam tahun baru 2015.. tajuk Dusun Bandar tu macam la akak masuk dusun tu... belum masuk lagi.. ni cuma dikawasan parkir kereta... hari tu berkumpul dengan famili untuk menikmati ikan bakar di gerai Jalan Bellamy.. sebelum tu solat zohor di masjid Istana Negara Lama... dari dalam kereta akak dah aim nak snap foto bunga yang ceria dan manis di pandang ni... bila dihampiri oowh bunga ni.. 
ada juga poko ni di parkir rumah kayangan kami... hmm teringat pula pada arwah En Boss.. ketika cuaca berangin dahan pokok ni berayun mesra tetapi meninggalkan siulat hijau di skrin kereta kami sambil bergerak membuat aksi stail gimnastik... lengkok badan keatas dan turun semula untuk maju ke hadapan... boleh bayangkan tak... tak sempat merakam aksinya kerana telah masuk ke bahagian dalam penutup bonet hadapan..




jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)