Salam tahun baru 2015.. tajuk Dusun Bandar tu macam la akak masuk dusun tu... belum masuk lagi.. ni cuma dikawasan parkir kereta... hari tu berkumpul dengan famili untuk menikmati ikan bakar di gerai Jalan Bellamy.. sebelum tu solat zohor di masjid Istana Negara Lama... dari dalam kereta akak dah aim nak snap foto bunga yang ceria dan manis di pandang ni... bila dihampiri oowh bunga ni..
ada juga poko ni di parkir rumah kayangan kami... hmm teringat pula pada arwah En Boss.. ketika cuaca berangin dahan pokok ni berayun mesra tetapi meninggalkan siulat hijau di skrin kereta kami sambil bergerak membuat aksi stail gimnastik... lengkok badan keatas dan turun semula untuk maju ke hadapan... boleh bayangkan tak... tak sempat merakam aksinya kerana telah masuk ke bahagian dalam penutup bonet hadapan..
6 ulasan:
Pokok ni sebagai meneduh parking memang cantik bila berbunga meriah. Kakak pun suka tengok juga..
Ulat aje tu kena jaga-jaga bimbang jatuh atas kepala hihi..
Kakzakie.. masyaaAllah sebenarnya itulah ayat yang arwah En Boss telah katakan..jaga-jaga kalau lalu kat pokok ni.. nak catat dlm entri dah jadi lupa.. org baru baik sakit beginila..nanti saya update kata2 tu sebagai ingatan berpanjangan terhadap arwah..
Assalamualaikum Kak Mar, selamat menyambut tahun baru 2015, semoga cita2 & Azam kakak sekeluarga dirahmati & diberkati Allah SWT. Julie pun suka sangat tengok pokok Bungor Raya ni kak, cantik sangat bunganya, kalo musimnya berbunga & bunga2 tu berguguran mcm dkt luar negara di musim bunga pula hehe..
Mar..di sebelah utara ni kami panggil pokok Bongor..dulu2 pokok ni terdapat banyak di sepanjang sungai. Waktu tu cuma ada color purple saja..
Assalammualaikum Mar.
Mesti banyak benda yg.membuatkan hati kita teringat pada mereka yg.telah tiada disisi..tabahkan hati ya..selamat menjalani tahun 2015 dengan sabar dan ceria.
Meriahnya bunganya.
Suka warna bunga ini.
Catat Ulasan