walau pun alah makan keledek kerana angin..tetap terliur bila nampak keledek warna ni di kedai ..
di Family Store nampak lagi keledek ni... beli 1st week raya ...grab 2 ketul kecil for myself..
dah selamat dah buat pengat...tak sempat buat bubur caca... keledek ni cepat empuk... seketul baki nya disimpan untuk projek menanam yang entah berjaya atau tidak...1st time juga ni..
8.9.2012
9.9.2012 - hati berkata-kata boleh ke ni..cuak..diteruskan
penyemaian didalam batas juga memandangkan dah bertunas kerana
terlupa dan terperap selama 2 minggu dalam plastik
23.9.2012 - oleh kerana tak percaya keledek ni hidup maka
dikeluarkan dari batas selepas baca komen olive yang mengatakan
kentangnya mereput didalam tanah...nampaknya tunas telah bertambah ..
29.9.2012 - setelah seminggu ditinggalkan dan diletak diatas
planter tunas dah jadi daun... warna keledek ni dah bertukar
jadi hijau ada kemajuan ni
jadi hijau ada kemajuan ni
29.9.2012
7.10.2012 - makin meriah daunnya
14.10.2012 - dah mula menjalar mencari ruang.. habislah nanti halaman ni penuh pokok keledek
akak memang suka ..serius suka.. jgn marah tuan rumah ya..akak tumpang sementara je.. kalau menjadi silakan menuai hasilnya.. kalau tak silap dulu keledek ditanam dengan pucuknya.. mohon info/pandangan/cadangan dari kawan-kawan semua terima kasih
6 ulasan:
salam kak..wah hebat betul keledek nie.cepat membesar... tapi kak ummuaidan rasa since keledek dah tumbuh sbg pokok, cuba tambun tanah sikit melindungi keledek2 yg asal..sbb kalau reput pun ytakper dah sbb dah berakar pokok dah kan..ari tu tu wanisc adalah surh sy tambun atas atas pokok ketang yg sebulan tuh..baru pkok lebih subur sket
oh ya begitu..ok..balik minggu ni akak tambun dgn tanah..tq ummuaidan
oooooooooooo.... camtu rupanya tanam keledek ek...
tapi senang la kan.. tak yah tanam dalam tanah ke? hmmm saya ni tak aris tentang cucuk tanam ni.. tapi suka tengok org bercucuk tanam.. ;)
saya redah je ..he he..
mcm tanam kentang la pulak Suka2...saya nak cuba tanam kentang dgn cara ni, tapi tak tertanam lagi nmpk gayanya hehehe
cuba la..biasanya kentang bertunas dalam peti ais...at one time pernah panjang sungguh tunasnya tumbuh dalam plastik dalam fridge..due to lack of time nak buat maintainance.. oh ya blog oursimplegarden by ummuaidan ada posting mengenai tanaman kentang..
Catat Ulasan