Sebagai catatan untuk kenangan masa hadapan bahawa pokok ini pernah hadir dalam hidup kami, menyerikan dan menyejukkan laman kami. Tempat burung-burung singgah dan mencari manisan. Benih berasal dari kempen tanam bunga raya. Cuma 2 pokok sahaja yang bertahan. Ada kawan-kawan dapat warna putih, jingga dan pink. Saya dapat warna ini sahaja. Umurnya mungkin dah lebih 5 tahun. Terlepak aje di laman yang mana pengakhirannya ditanam didalam tanah oleh FIL. Bunganya besar, akarnya telah menjelajah kawasan berdekatan dengannya. Kadang-kadang terfikir apa istimewanya menyimpan pokok ini. Bila diingatkan bahawa daunnya banyak kegunaan, ditangguh dahulu penebangannya. Batangnya yang besar telah banyak digunakan salah satunya untuk dijadikan tupang/sokongan pada pokok-pokok yang lembut contohnya lemon basil yang semakin meninggi. Dan juga sebagai pemegang untuk saya jika bangun dari bangku yang rendah.
istimewanya bunga raya ini terletak pada jalur putih pada setiap kelopak. Batangnya yang amat matang.
ini yang paling rendah - meneduhkan tanaman dibawahnya
ah..terpaksa menengadah ke langit untuk shoot bunga ini..tapi saya suka berlatarbelakangkan langit dan awan
berjiran dengan pokok kenanga
inilah ketinggian pokok ini setakat hari ini, berlumba-lumba pokok kenanga untuk mengejar ketinggian pokok ini. Suatu hari nanti dia akan dibuang juga. Bunga dah tak banyak.
2 ulasan:
kat depan, tepi rumah saya pun ada sepokok bunga raya... di luar pagar... bukan saya tanam... ni agaknya projek kampung masa dulu, mmg sepanjang tepi jalan ada tanam... saya geram je nak tebang... nak ganti dgn pokok peneduh yg lain... tapi tiap kali saya nak tebang dia elok lebat berbunga... sayang la pulak... hahaha
sebab tu pokok ni tinggi menggalah sayang nak tebang..lagi pun selagi ada anak kecil air ramasan daunnya elok disapu dikepala bila demam
Catat Ulasan