Bersempena cuti raya Haji yang lalu yang bersambung dgn hujung minggu ..En Din pakat dgn adiknya Mak Usu untuk bawa anak-anak dtg sini...untuk aktiviti berkumpul adik-beradik, dan beriadah disini..anak-anak boleh mandi kolam, mandi laut dan acara utama adalah jadi penyuluh dan penangkap ketam. Oleh kerana penjaga rumah bercuti pada hari raya, kenalah datang sini before hari raya.. ini kali kedua Hari Raya Haji 'eve' di PD...nak beraya pun bukannya jauh dokek yo.
.
Pagi2 HS dah pekena mandi kolam sementara orang belum ramai. Hari cerah, ceria , kanak-kanak enjoy.
Macam tak cukup je kata En. Din. Family Store kata pagi-pagi lagi orang PD dah borong ketam. Ni je yang tinggal.
SIL datang dengan ketupat palas all the way from Putrajaya..sodap..rendang dah abis...pandai-pandailah makan ya, cicahle dengan saki baki kuah rendang, cicah dgn ikan bilis goreng yang rangup pun sedap. Lepas makan ketupat palas ramai-ramai pergi beraya di rumah kawan SIL di kawasan yang berhampiran. Makan lagi, dijamukan dengan mihun, keropok lekor, rendang ayam dan macam. Rumahnya mak aii..glamornya. Balik selepas maghrib anak-anak sambung mandi kolam. Semua kenyang tak payah la masak. Masak telur masak kicap je. Masak ketam tunda ke esok hari.
dua orang perempuan sepupu, ni macam kembar..mana-mana pergi sesama je
bilik air kena la que, abang besar dah tamo jaga adik2 kat kolam jadi semua kena naik. Semua bersedia nak follow En Din jadi nelayan ..menyuluh dan menangkap ketam.
kecil je ketam yng diperolehi
banyak
Hari Ke2..pagi-pagi dah siap nak sambung aktiviti
Jom ke laut.. diketuai oleh En.Din untuk check situasi pantai air surut ke pasang, kalau surut carry on jadi nelayan , pencari ketam. Semua pakat kaki ayam..tidak mahu mengotorkan selipar dan takut selipar hilang.2 pasang kembar ..kembar besar dan kembar kurus, dan kembar baju pink ..masing-masing sebaya 12 tahun dan 8 tahun
hari pagi lagi satu kedai dah buka
tuan punya kayak pun belum datang lagi
ala belum surut sangat - banana boat dah mula beroperai
dah ada family yang datang berkelah
Bersambung...
4 ulasan:
Kak Mar stay kat mana ni eh? PD banyak pantai kan? tapi area mana yang betul-betul best ya?
yg ni di blue lagoon batu 10, pantai banyak ikut suka ..yang biasa akak pergi batu 8 dan Chorus .. tapi pantai kecil ..dah lama juga tak ke sana.kalau tak stay yg dekat area Politeknik pun ok juga..
Ketupat palas nampak sedap....seronok bercuti begini bersama family ramai2..
memang sedap..akak jarang makan pulut dan seangkatan dengannya..tapi yang ni banyak juga dah dimakan!!
Catat Ulasan