Untuk catatan sendiri- perjalanan dari Ipoh, kesebakan hati yang tiba-tiba tatkala Ipoh ditinggalkan, malamnya bermimpi dimarahi dan memarahi demi pertahankan diri sendiri...apakah insan itu mendoakan keburukan.. tidak aku berburuk sangka.. doaku semoga urusan ibadah disana sempurna..niat buruk segera dipintas yang Maha Esa.. semoga dia mendapat hidayah dan kebersihan hati dan menyelesaikan kekalutan seadil-adilnya dan mengakui kesilapan serta melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya... semoga Allah menyedarkannya diatas kesombongannya serta wayang arahannya dan keputusannya yang berat sebelah...
Panjang sungguh harapan ini..
Diawal pagi Sang Ketua yang tiba-tiba kesakitan disiku.. seplastik ais dituam tiada redanya... KL berusaha dengan urutan kiasan akhirnya Sang Ketua melelapkan mata berehat sementara.. semasa menjamu selera di Vanggey untuk makan tengahari tangannya terpaksa diampu dengan meja.. kelihatannya sudah terikat pula pergerakan kerana kesakitan yang melanda..perjalanan pulang perlu diteruskan.. pemanduan dengan sebelah tangan yang kuat...cuaca seolah-olah berjerebu dan kurang pemandangan indah untuk diabadikan seperti biasa...akhirnya mata yang berat tidak terlayan..tersengguk-senguk kepala melawan mengantuk..hendak nyenyak tidur risau pula... sebelum melalui istana Sang Ketua mengingatkan...bersediala kita menghampiri istana... inila dia istana negara yang sering terlepas untuk diabadikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan