Terpempan seketika dan hampir terlatah.. nasib baik tiada orang disekeliling... he he .... ingatkan ular besor melingkau didahan kenanga tu... masyaaAllah... rupa-rupanya penantian selama ini bukan lah penantian sebenarnya.. dia dah hidup dah tu... dah membesar bagai juara... alhamdulillah.. petola yang ditunggu sebenarnya sedang menunggu tuan penanam memerhatikannya... maafkan saya ya pokok petola.. selama ini bersangka kamu tiada bawa khabar gembira... hari ini gembira (Sabtu 20 Mei 2013) sebab petola sudah membuahkan hasilnya.. tak kisahlah walau sebiji yang menjadi... dapat lebih lagi suka betul tak?
Esok juga hari gembira .. gembira kerana selangkah pencapaian anak sulung telah berjaya... berkat sabar kami sebagai ibu bapa dan usaha si anak ini.. terusan lah kamu berusaha ya..
Dah tinggi begini camne pula nak ambil ni... terpaksalah gunakan penyapu rumput sebagai galah atau pengolan kata orang NS.. cedera juga lah buahnya turun ke bumi... dah turun buahnya baru perasan ada penggait siap diikat dengan botol penadah buah.. mungkin FIL yang buat untuk menggait buah mangga depan rumah... kalau tidak tak sakitlah petola ni kan!.. mungkin petola ni muda sangat namun perlu di tuai kerana minggu hadapan kami tak balik kerana ada kenduri kahwin di merata tempat serta kemungkinan ke Gambang menghantar anak saudara yang akan mendaftar Matrikulasi disana dan mungkin juga angkut anak-anak saudara kesana untuk cuti sekolah pula...
Terima kasih kepada kawan-kawan kerana memberi semangat bahawa akan ada buah petola ni - En. Adry, Ummuaidan, Mak Aji, Rose, @na, dan lain-lain ... dah ada buah dah dan boleh buat lauk!!

macam mana tak nampak minggu lepas? pandangan dari kebun sebelah
pandangan di laman sendiri
disangkakan yang ini buah pertama kui kui ...
sebenarnya nak snap aktiviti kumbang hitam tu
12 ulasan:
lepas ni mesti tk termakan dah, lepas tu bolehlah buat penggosok basuh pinggan pulak...hehehe
alhamdulillah kak mar...satu tuh sbg permulaan..inshaallah more coming soon...:)
a'aa la k mar, melingkau mcm ular....mmg akn terpempan sekejap...
Salam Mar,
Alhamdulillah penantian berbaloi sudah! Saja je tu petola nak beri surprise besar kepada tuannya! Mar dok jenguk yg kecik tu dan menyangkanya yang sulung, rupa-rupanya si sulung yang mengintai Mar dalam diam, he he!!
Pokok petola ni memang tinggi ka? Tedi ingatkan jenis menjalar.
bumblebee ni mmg suka bunga petola tu....di Petak Hijau pun sering berkeliaran. kids will shouting calling the bumblebee bila nampak. then bila bumblebee datang terbang kat derang. lari bertempiaran masuk rumah. then they will out again n shouting again n run again....haha....funny...
mmg mcm ular melingkar. tembam lak tu :)seronok klu tanam hasil menjadi.
Rose... kalau masa depan cemerlang boleh juga buat gosok badan...
UA.. yelah... harap begitu juga...
@ana... memang sangat terkejut
Mak Aji... waalaikumsalam ... tuannya yang diskodeng petola he he..
Tedi.. terima kasih sudi singgah sini... pokok petola memang menjalar... yang saya punya ni dah terlebih jajahan.. sudah memanjat pokok kenanga yang tinggi...
Awin... cik kumbang tu memang suka bunga petola ya... sebab tu jarang nampak kat sini.. yang banyak kupu-kupu
Rini.. :) hasil pertama yang menjadi memang seronok ... part terkejut tu memang tak boleh nak kawal.. nasib terkejut tak jadi apa-apa!!
As salam kak mar,
Petola sarang yg kak mar tanam ni. Lps ni bila dah mula berbuah, ia akan berterusan mengeluarkan buah sampai kita tak larat nak makan..hehe..
Kumbang hitam tu nama betulnya, lebah tukang. Dia suka bertukang dgn mengorek lubang kat kayu. Lebah ni antara ejen penting dlm proses pendebungaan.
wah mmg rezeki ni ! x rugu berbudi kepada tanah kan
alhamdulillah...
En Adry..yela petola sarang.. akak expect petola segi... rasanya manis sungguh.. dah selesai dicelur dan jadi santapan anak beranak... namun nanti bila banyak insyaaallah akan dikongsi dengan jiran-jiran ...
KA... alhamdulillah.. malam ni makan sayur tanam sendiri
maszz... shukur..
Catat Ulasan