Stori - mori masih disekitar Pantai Timur. Sebelum ini kami ikut jalan ke Bandar Kuala Kemaman untuk lunch dan melihat hutan paya bakau... macam tak friendly je tempat tu sebab ada construction maka patah balik ke Geliga kerana adik nak beli satar lagi untuk minum petang. Sebelum membeli makanan kami jalan-jalan hingga ke jeti .. nampak macam tiada apa-apa maka kami patah balik. Yang dapat diperhatikan dibahagian ini port parti kerajaan yang manakala bahagian sebelumnya adalah port pembangkang. Bendera-bendera yang masih belum ditanggalkan menyebabkan suasana ini dapat dikenalpasti. Di port pembangkang bendera-bendera parti pula sedang dikumpulkan. Begitulah suasana selepas pilihanraya.
Ada satu lot tanah yang tiada rumah menyebabkan pemandangan indah ini dapat kami nikmati. Ramai-ramailah turun untuk menyaksikan panorama ini walaupun hari panas terikkk.. suka dengan suasana ini.. angin bertiup deras dan sejuk mata memandang horizon dan langit nan membiru..walaupun panas membahang mengecilkan mata ....hanya secebis awan yang berlegar ketika ini.
Underniskokoklapak... lagu pelat HS(umur 1-2 tahun kut!! dah tak ingat) underneath pokok kelapa nyanyian Masha masa jadi contestant AF dulu.. dia mungkin dah tak ingat tu... sempatlah juga kami bergambar bawah kokoklapak ni..
panaskan! The sea you see... I likeee..
Ohh sungguh suka, sangat suka dapat tengok bunga liar ni.. setelah berjalan jauh kita bertemu ya...dulu-dulu banyak disekitar rumah setinggan (tanah TOL yang diterokai ayah dan adik-beradiknya satu ketika dahulu)... kalau tak jumpa hari tu mungkin hilang terus ingatan mengenai kewujudan bunga ni... rasanya ada warna lain juga... entahlah...
Syukur-syukur kerana telah dipertemukan semula... teknologi kini telah membuatkan memori lama ini dapat disimpan untuk mengimbau kembali memori itu dimasa hadapan.. memori main masak-masak... segala jenis pokok dipetik dibuat untuk masak-masak olok-olok, jual olok-olok dan hiasan pengantin.... sebut pasal pengantin teringat pula kawan lama ini yang selalu jadi model pengantin perempuan... Morni... apa khabar kamu? semoga kamu dirahmati Allah sentiasa... ini Along ni... semoga kami dapat bertemu semula insyaallah .... one fine day maybe...
4 ulasan:
sebenarnya pokok bunga liar tu adalah sejenis herba ubatan, sy pernah tgk org makan pucuknya yg direbus, utk penyakit apa sy tk ingat
I pun selalu terserempak dengan pokok-pokok ynag membawa balik memori lama! ;)
nice pics lah !
Salam,saya pn terimbau memori zmn kck2 duk kt terengganu bila tgk bunga ni!nt blk umah MIL nk g cari la kot2 ada bnh blh bw blk tnm..
Catat Ulasan