Benih asal dibeli dari Diana KBB... generasi ke dua ni bukan saya yang tanam... entah siapa tak tahu.. binatang atau manusia hanya Allah yang tahu.. 2 minggu sebelum pilihanraya dah bercambah benihnya ditengah-tengah laman ni... nak korek dan letak tepi-tepi masa tu hujan lebat pula... biarkan je .. sekarang sudah berbunga dan beri hasil walaupun secoet... redha tahap tu rezeki..
oleh kerana pokok ni ditengah - tengah dunia, tiada trellis yang sesesuai maka menjalarlah dia di tanah tu.. buah melesa ke tanah..
ha!! tu ada peminat ... dah kopak kapik buah kacang ni... makan lah korang... akak tak kisah... jangan bayam malabar yang satu itu korang ngap sudahlah...
bila dah menjalar panjang baru ada trellis itu pun yang mobile punya.. tak boleh pacak sebab tanah dah keras, hari tak hujan.. nak guna penggali tak larat... maka batang bunga raya yang kusayangi yang telah ditebang itu disengetkan ke tepi pagar.. jadilah buat sementara dia hidup... buah kacang berdaun petola..
buah kacang dan pokok pecah beling, serai dan ulam raja
mesti buah-buah kacang ni dah terlampau matang kerana ditinggalkan dua minggu... tak pe la boleh la dijadikan benih generasi ke tiga pula..
2 ulasan:
Salam Mar,
Jeles tengok kacang Mar! Mak Aji punya dah tinggal arwah walaupun buat trellis nan gagah perkasa! Ini main menjalar kat tanah pun berbuah lebat, hai nasib!
Waalaikumsalam Mak Aji.. jgn putus asa... nanti beri alamat ya..boleh saya poskan benih kacang ni..
Catat Ulasan