Isnin, 30 September 2013

Menggulai lagi

Pernah tengok bunga ni?... Akak pun first time juga... yang tengok zaman dolu-dolu tak kirala.. dah hilang dari radar ingatan ini... umur pun dah nak masuk lima siri... ada yang ingat ada, ada yang sekejap ingat sekejap tidak... siapala kita.. hanya hamba Allah yang lemah... semoga ingatan yang masih ada sekarang ini didalam lindungan Nya jua.. inilah bunga sayur maman yang biasa di buat juadah seperti gulai, jeruk dan sebagainya.... yang liar depan rumah warnanya ungu...
hari tu akak ke Pasar Tani kononnya nak cari pucuk paku .. ternampak sayur ni.. memang dah hilang dari ingatan rupa sayur ni.. tanya penjual dia kata ini sayur maman... Big Boss kata sedap gulai ni.. since dah ternampak sayur ni on aje projek masak ni.. sekilo RM8.00 .. kami beli 2 kilo.. kami menggulai pun bukan selalu, minggu lepas tak masak sebab Family Day.. dapur berasap pun hujung minggu... hari-hari biasa tapau je .. cuma masak air, masak nasi atau goreng telur he he... keluarga sibuk begitula!! keluar rumah sebelum matahari keluar.. sampai rumah matahari dah tenggelam!! redha seadanya !!  

inilah rupa paras yang sudah dilupai .. tak serupa dengan maman liar aka maman hantu

dikombinasikan dengan terung telunjuk... Pasar Tani insyaallah ada bekalan terung ni.. sementelah akak masih tak berjaya menanam terung.. boli yo la... kualiti terung tak berapa baik namun ada kata-kata yang sampai ke telinga akak ni.. buah atau sayur yang dijual dipasar yang dimakan atau dihuni oleh ulat adalah yang tiada racun .. jika ada racun buah-buah dan sayur semuanya cantik-cantik belaka.. ok la tu terung akak tu tak comel... memang ramai penghuninya... 

proses pun bermula... disiang sayur dan terung tu... memang tabiat akak ni sebelum siang sayur direndam dengan air garam... terung yang sudah dibedah dan di repair demi menghalau penghuni sebelum ni.. kadang-kadang terperanjat juga bila depa say hii!!!

masih lagi nak snap rupa paras sayur ni he he

kata penjual tu buang la bunga-bunga nya ... akak follow!!1

tabiat dari dulu juga ... curious boleh tanam semula ke ni... cuba la dulu .. padahal benih dah lama akak beli dari En. Iskandar... tak semai-semai lagi... banyak kekangannya!!

tu je la bilangan cili api akak.. semua beli walhal kunyit ada depan rumah... cuma cili tu masih kureng lagi bilangannya... ni musim hujan dah mula ... kita tengok cili yang akak campak-campak benih tempohari  jadi ke tidak!! tumbuk kunyit hingga ceruh dulu, then cili api hingga lumat juga, next ikan bilis yang dibasuh tu tumbuk kasar je, combine dengan santan dan jerang seperti biasa, bila dah naik minyak masukkan sayur tu, next masukkan pati santan bagi yang perah kelapa sendiri.. akak memang jarang blend cili dan kelapa ... semua mesti guna tangan sendiri... orang kata air tangan isteri untuk keluarga adalah yang paling ...... jawab sendiri ya.. demi ikatan kasih sayang keluarga.. 

ok.. dah siap gulai akak .. akak sendiri masak .. sendiri suka lemak-lemak pahit macam pucuk ubi tapi ada sedikit kelainannya... Big Boss pun suka.. namun ada kata-kata yang sampai katanya maman ni kalau makan sakit-sakit badan wallahuaalam.. akak tak pandai tentang tu.. tapi memang suka sayur ni.. lain kali nak try buat rendang dengan ayam pencen pula...

P/s.. semasa belek-belek sayur di pasar tani tu... makcik penjual ada siapkan set untuk gulai tempoyak daun kayu ... belajar satu nama daun iaitu daun lampin katanya!!..

Ahad, 29 September 2013

Bunga Kak Teh lagi dan lagi

Lama sungguh nak organise foto foto bunga Kak Teh ni...maklumlah kawasan besar... untuk catatan sendiri dan untuk mengosongkan folder picture  dah selesai upload bunga-bunga cantik di rumah Kak Teh.. di Tanah Tinggi Jelebu he he...  berita terkini yang diterima durian dan bunga durian disekeliling rumah Kak Teh dah habis dikerjakan oleh kawanan kera semasa rumah ditinggalkan semasa kenduri kahwin di Rawang tempohari ... kira kami bernasib dapat merasa durian tempoh hari .. kami makan durian cara makan orang sakit ...dah tak macam dulu semuanya hantu durian... mana foto durian tu eh... nak kena semak balik... ada lagi la tajuk untuk Kak Teh ni...
tarikh 16.8.2013... tarikh keramat... hari lapor diri tahun 1988 dahulu...
29.9.2013 - tarikh keramat 1st upload guna lappy baru he he... baru beli semalam.. lappy acer tu dah blink blink... crash je.. terpaksa beli sebab department baru banyak working paper dan minit yang nak kena tengok dan system baru kewangan boleh tengok kat sini juga insyallah... kira investment untuk hari muka juga la ni.. mudah-mudahan panjang umur lappy ni.. beli pun tergesa-gesa...last piece untuk hari semalam dan warna pun putih... bertahankah warna putih itu?.. Nawaitu nak beli macam lappy anak sulong tu.. warna merah.. cantik... hanya ada warna putih je... tak pe la .. janji ada lappy.. 









Sabtu, 28 September 2013

Kalau dah suka

Kalau dah suka bunga liar pun akak snap...bagi pencinta alam walau pun pokok ni liar tumbuh melata-lata  di laman bunganya tetap cantik... begitulah! berbagai jenis makhluk ciptaan Allah.....  habis snap akak buang pokoknya... minggu depan dia tumbuh lagi.. di tempat lain pula... sampai bila pun tak habis - habis.. pokoknya amat halus dan bunganya pun halus juga... suatu ketika yang sesuai daunnya akan melebar sungguh-sungguh.. dah sedut nutrien la tu.. daun aje yang bersepah-sepah sana sini.. bila masa nya tiba.. berbungalah ia.. namun saiznya masih tidak ketara untuk menjadi penghias laman..daunnya pun unik




Setiap yang dijadikan pasti ada sebabnya ... hanya Dia yang Maha Mengetahui... pada pandangan mata kasar ini.dan fikiran cetek akak ni... tu yang akak nampak iaitu keperluan kitaran untuk makhluk lagi satu ini...






Jumaat, 27 September 2013

Ziarah Raya Hari Kebangsaan 2013

Cerita Raya hari tu, cerita hari di hari Kebangsaan juga ... cuti umum dapatlah jalan-jalan ziarah lagi. Kali ni ke rumah adik sepupu En Big Boss.. makan tengahari disana namun makannya pun pun pukul 3 kut sebab kami sampai lewat.. dia orang mesti dah masak awal... rasa kesian pula menunggu kami... sebab banyak urusan tu yang terlewat keluar rumah.. on the way pula singgah beli pulut panggang favourite En Big Boss.. lagi la lambat sebab kedai baru buka dan nak setting dulu tempat jualan baru boleh bawa balik pulut panggang sedap tu...

Sampai je dihadapan rumah dalam kereta lagi dah nampak buah ni.. berkobar-kobar nak snap... sebab sebelum ni tengok dalam blog aje... dah tak ingat blog siapa.. buah pokok kari.. cun dan comel sangat merahnya dalam foto ni macam warna epal ... kalau lapar tengok ni mau terliur juga rasanya... tapi ye la dah tau buah kari apa barang nak rasa terliur kan! mesti rasa kari juga kut.. siapa pernah rasa?

secomel budak ni.. anak sedara En Big Boss... dua pupu dengan HS... tengah naik dan lasak... memang kegemaran HS untuk bermain - main dengan adik-adik yang baya ni... lepas tu dia tergelak-gelak dengan aksi comel adik ni..

tengah kontrol hensem

memang kami tahu sepupu En Big Boss ni pakar berkebun juga .. lihat aje bunga yang berseri-seri putih ni... ni di depan rumah .. belum lagi di belakang.. kemas dan subur... nama bunga ni tak tanya pulak!!



bonsai-bonsai jeliti yang dibela oleh beliau... kalau beli ni mesti mahal harganya...  oh ya terima kasih daun keladi pada beliau kerana dahulu hadiahkan En Big Boss dengan sepasu pokok pecah gelas aka pecah beling .. semoga beliau sekeluarga aman sejahtera, murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat,,

Selasa, 24 September 2013

Demi dia dan Gold Coast

Sabtu yang indah dan panas .. itulah muqaddimah entri hari ini... seawal 7 pagi lagi sinaran pagi sudah hangat.. menghangat suasana kerana hari ini adalah hari berkumpul dengan keluarga kawan-kawan dari ex-department yang berusaha bersungguh-sungguh untuk gathering tahun 2013 ini.. kawan-kawan yang join adalah kawan-kawan yang kaki berjalan... semenjak dua tahun lepas barulah secara rasmi kami dapat berkumpul.. sungguh terharu juga dijemput join dan kos pun alhamdulillah tidak membebankan .. harga yang telah di "nego" oleh seketariat tanpa orang tengah... demi ukhwah dan persahabatan yang telah terjalin dalam masa yang singkat ini dan juga sokongan positif kalau tidak dari big boss yang sporting yang sanggup meninggalkan agenda yang penting untuk sama-sama dengan akak ke perkumpulan ini.. di samping itu nawaitu utama adalah demi dia anakanda bongsu iaitu HS untuk bersama-sama beriadah dengan kawan-kawan sekelas dan sesekolahnya ditempat yang agak popular ini.. kebanyakan sahabat hantar anak disekolah yang sama kerana jarak yang dekat dengan pejabat.. demi anak-anak sekolah yang sangat hampir dengan pejabat adalah satu manfaat yang tiada nilainya kerana kami boleh bekerja dengan hati yang tenang sambil dapat menguruskan anak sewaktu makan tengahari untuk aktiviti sekolah petang pula.. jika ada kecemasan mudah untuk diuruskan disamping dapat saling bantu-membantu jika ada keperluan diantara kami.. alhamdulillah..
Demi anak dua hari blog cuti lagi... tak tertangankan dengan jadual yang agak padat walau pun sebenarnya nak santai-santai...


sinar pagi dicelah gril balkoni di apartment kami yang dah dimakan usia..pokok apakah itu? belum ada mood nak up dalam entri lagi...

Dalam kotak fikiran En Boss adalah tempat ni.. ada dua jalan nak ke sini iaitu via KLIA dan satu lagi via Klang... ini Sepang Gold Coast yang berhampiran port makan-makan Bagan Lalang... katanya kalau ini tak bestlah kena naik buggy la, anak tiada aktiviti la dan bla bla... meh tengok plan balik ... la Morib Gold Coast la ... padan muka kami.. plan ada tapi tak buka... tak pe la jalan-jalan sekejap tempat ni

Perjalanan diteruskan ke Morib .. suka akak dengan pemandangan ni.. dah terlepas baru nak cari kamera.. jadi le..

anak-anak itu lembu

sambil ke sini sambil berwhat's up dengan seketariat... kami peserta kedua yang tiba..belum boleh check in sebab check out pukul 12... tunggu semua urusan pembersihan dan penyediaan bilik selesai baru boleh check in.. HS tak sabar dah nak terjun dalam air!! lobi yang ada pelbagai koleksi



macam zoo tapi binatang statik

suka dengan pagar buluh ni

leopard iris ?

tukang foto big boss

bilik dah siap ... tingkap bilik air... kena tutup tingkap le

yang paling disukai dah ada info kiblat dicatatkan didalam pelan

moh intai kat luar.. masa ni HS mandi sorang-sorang ... abang besar jadi pemerhati adik je

teringin gak nak try ni.. tapi fikirkan faktor umur.. kensel 




pilih la katil ni... 

sesi telematch dah nak bermula... masih menunggu group sebelum yang tengah hangat bersukan

dah mula


penyelia telematch dari pihak resort

bowling kelapa!!!


HS and the gang

anak dan bapa

mesti tak senyum.. tengah bengang sebab abang besar tegur tudung dia tak comei

family yang sporting ... pakaian beragam kain batik dan abang kain pelikat!

acara tukar hadiah. sape dapat akak punya?

akak sibuk gak layan near to sun set punya pemandangan

ni je yang sempat upload .. insyaalah adala part 2... bila bila? tanya diri sendiri...

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)