Salam hujung minggu.. dua minggu rancangan ke utara di tangguh akhirnya malam Jumaat selamat kami sampai di Ipoh... selepas solat Jumaat ikut adik ke SMA di area Kg Gajah untuk hantar kasut pada anak saudara ..balik kami ikut Chenderong Balai dan jalan entah mana-mana ... penempatan orang asli... tak sempat snap foto kecuali tasik or bekas lombong yang indah dan nyaman ni...
katanya yang putih dikejauhan sana adalah itik yang dibela...ada ribu-ribu lemon kut! yang betulnya tak taulah apa yang ada sebenarnya disini... ada kata tempat ni namanya Air Kuning ...redah je la.. kalau ada sesiapa nak perbetulkan info dialu-alukan.. semua ini sekadar untuk kenangan peribadi bahawa kami sempat jalan-jalan kat sini..kualiti jalan tak berapa baik ... kononnya nak short cut balik Ipoh... tapi tak pe .. jauh perjalanan luas pengalaman
kami berhenti sebentar lihat aktivit penduduk orang Asli disini.. santai memancing.. ikan sepat barangkali
sebelum itu...
selepas urusan di SMA Nazrin ...landmark Kg Gajah
"PU" Akmal he he.. sejuk perut mak dan abahnya.. kami hulur duit pun tak mahu..ikut sungguh arahan cikgu jangan ada banyak duit dalam tangan.. penghibur Mak Lang dan Pak Lang di Restoren mereka.. rajin membantu... masih ceria wp keluarga dikejutkan dengan taraf kesihatan abang sulungnya yang kini sedang menjalani treatment untuk kanser tahap 3... semoga Allah selamatkan "PU" sekeluarga
seterusnya dalam perjalanan balik..
banyak sungai di sini...
sebelum dinner disini kami singgah solat maghrib di Masjid Dato' Panglima Kinta untuk urusan dunia dan akhirat..
bersambung
2 ulasan:
betul tu, jauh perjalanan luas pengalaman... heee.. =3
Gee.. betul tu.. akhirnya penat he he tapi tak pe janji happy..
Catat Ulasan