Konon-kononnya nak up semalam... tapi sibuk pula membalut buku teks hingga malam sebaik sahaja sampai sini.. saje .. nak capture date tu...
Sebelum tutup pagar sempat la petik bunga istimewa ni... bunga waktu berubah.. bertemankan bunga pink yg sedap ni, En Bos dan HS kami meluncur pulang ke sarang untuk urusan menyambung mencari/ menambah rezeki.. bunga dah naik semula selepas kena hardpruned... ingatkan dah tamo naik lagi...Ok laa tu..selagi akar ada mau aje dia hidup
On the way balik semalam ... sempat snap sunset pada hari yg ingin diingati sentiasa.. sunset at Connaught on the way to Subang Jaya atas urusan khas juga sebelum kembali ke tujuan asal
Sempat juga menambah koleksi pintu gerbang... banyak yg disnap..
Menapai dalam folder je.. belum lagi bangunan tol :)
Sebelum itu .. akiviti kebun diteruskan..selalunya campak campak dalam patch caca merba..
Since ada pasu kosong... gunakan je la ..cili api merah ni pasti dah tak boleh guna minggu depan.. semai je la.. ada rezeki menjadi... kalau tak cuba lagi.. janji date tu ada :)..
Kali kedua bertemu situasi ini.. Stiletto mesti boleh sahkan jantan betinanya..
P/s..Hari ini kepenatan tahap gaban.. tertidur sampai maghrib sebab kena pergi sekolah anak jalan kaki ... sebelum tu penat juga kerana menghantar kawan ofis ke dunia yang dijanjikan Allah pada semua manusia.. hingga akhir hayat tak sempat juga bertemu.. sesampai kami di Hulu Langat urusan pengebumian hampir usai.. ramai-ramailah kami mendengar talkin dan berdoa... akak terbau harum bunga seketika... terus tegakkan badan untuk menikmati haruman sepintas lalu itu... angin bertiup nyaman... takziah buat keluarga Hajah Azizah.. sebak dapat ditahan namun bergenang jua airmata melihat suami dan keluarga yg kesedihan... Allah lebih sayangkan Allahyarhamah.. lebih dua tahun mengidap kanser rahim..
aah.. teringatkan anaksaudara adik yg bernama Aiman ..Mak Long doakan kamu tabah dan segera sembuh dari kanser..
5 ulasan:
Wonderful pictures of nature especially flower in pink and butterflies.
I also like pictures from your beautiful country.
Greetings
Happy New Year suka suka! Sunset always remind me to wind down and get some rest :-) Fragrant blooms gives me energy hehe... You have a great week and good time with your family. Thank you for these wonderful pictures. Cheers, Stephanie
Cantik gmbr sunset tu kak mar
Bab balut buku papa Ilhan punya bahagian hehehe...
HI! You manage to capture this scene. Somehow the butterflies in my garden are not so amorous :)
i've identified the butterflies as Zizula hylax pygmaea (Pygmy Grass Blue. Its hard to tell the gender from the underside. However you cam tell fro the upperside; the males are light lavemder blue while the females are light brown.
Catat Ulasan