Tajuk kemain lagi ya... untuk catatan sendiri ...since hari ini akak el kerana tak berapa sihat lama sikit akak berada di Seremban...dua minggu ditinggalkan kerana urusan luar dan hujan semedang... masyaaAllah.. laman dah macam hutan dan bunga telang bermaharajalela.. rumah sebelah pula dah jadi rimba anak-anak pokok ulam raja.. tanjat akak sekejap... yang sedih petola segi olive tinggal sepolybag dan dengan sedihnyaa dimaklumkan pattypan squash sudah hilang dari polybag... gara-gara siput la tu.. begitu juga petola segi tu.. licin licau tanpa sebarang sisa.. yg tinggal sisa pula sebatang anak bendi singa sementara sepokok lagi alhamdulillah segar ..nampaknya laman kami ni menjadi tumpuan siput bab... berderet2 angkatan depa ni.. daun kobis masih jadi sasaran siput bab ni.. hampir 10 ekor akak garamkan...
Sebelum pagar ditutup sempat akak memindahkan sepokok peria benih dari olive dan berserah... sejurus itu hujan turun lagi... mcm mana nak mengemas kat luar tu... hujan lebat semedang... dan tidak disangka-sangka petola pulut kembali aktif dan gagah memanjat pokok mangga.. ada bibit tunas dari pokok pisang kaki yang dah kering pokoknya kerana bahagia disiram hujan yang kerap..alhamdulillah... oleh kerana pokok cotton rose juga sudah keluar dari alignment pagar En Boss sudah keluar arahan ♢}>》¤☆°~|{ suruh buang terus .. abih camno.. terus ku kedapur dengan dua pisau besar dan a very hard pruning been done... sob sob ... pokok sedang berbunga banyak .... sori eh pokok...sampai KL akak cari khoje kosong lagi... mengeruk stawberi yang dah kecut dalam fridge..
Namun ada keceriaan ... warna rj ni masih banyak lagi... ingatkan sebatang je yg tinggal..
Wp kena pangkas bunga tetap berubah ikut waktu..
Akak pun ceria tengok kacang panjang renek Awin sudah jadi generasi kedua.
Ceria dengan daun-daun yang lebar
Rimba raja ulam sudah separuh rebah menutupi basil kesayangan.. ni projek minggu depanla..
Kena ambil kesempatan juga sementara hujan rajin turun.. pokok akarsom dan bangun-bangun dipatah-patahkan untuk bekalan akan datang...
Ps: banyak juga Salaryman Cho Han Ji habis ditelaah :)... belajar management dan perang koporat..
3 ulasan:
Portulacanya cantik sekali!
Oh RJ...cantik betul...rajin nyer k.mar...menelaah!
seronok tengok pokok2 akak
stoberi tu dah macma jadi jeruk kering dah kan kak :)
Catat Ulasan