Sampai lagi ke Batu Feringghi.. selepas makan malam jalan2 ke Pasar Karat.. pagi ni sambil tunggu sunrise yang segan nak muncul kerana awan mendung dan sambil tunggu adik-adik pembantu bersiap sempatla akak watermark dan upload foto malam tadi.. suasana sunyi pagi ni kecuali kicauan pelbagai burung... semalam nampak burung dada kuning sepasang... banyak juga binatang hutan yang muncul pagi ni..
Sang kera dan sang tupai seolah-olah resah dengan cuaca pagi ini..
lagi bunyi yang ada adalah sang mesin penghawa dingin serta sekali sekala bunyi kenderaan yang lalu dijalan dibawah lereng sana...
langit bertambah mendung dan laut bertambah kelabu serta angin dingin yang makin ketara menghampiri Pulau Mutiara ini... siburung layang-layang juga sudah melayang berpusing-pusing kesana kemari... pohon-pohon sekeliling sudah mula meliuk lintuk ditiup badai ... mukaddimah tanda sebentar lagi pasti kami dilimpahi hujan rahmat ... alhamdulillah.. peralihan hujan dari tanah besar...
Moh le layan foto pasar karat malam tadi... selepas urusan dinner yang sempoi di kedai makanan Siam disini kami jalan-jalan sebentar bagi menghabiskan waktu ysng masih awal...penat perjalanan siang tadi terkambus sedikit demi sedikit... kerisauan urusan rumahtangga yang ditinggalkan juga mula terlerai .. dengan doa dan harapan semoga urusan berjalan lancar seperti biasa...
Pekat sangat carrot susu ni... rezki malam tadi bersama char kue tiaw
Nawaitu bukan menipiskan beg duit maka klik klik aje yang "menangkap mata"..warna warni cahaya dan kraftangan yang comel2
Brooch yang diperbuat dari zip warna warni .. harga boleh tahan.. rm 15- rm25
Pulau Mutiara dalam limpahan hujan rahmat
5 ulasan:
Wow, jadi pengen belanja!
salam
best jalan jalan nih
salam k mar, lama ke bercuti? kami pun blum penah sampai pasar karat ni k mar...
Assalamualaikum k.mar,
jalan-jalan cari makan ye...
Endah.. jom melawat ke Malaysia
Sukaxplo..terima kasih atas kunjungannya..
Ana... waalaikumsalam..ada kerja kat sini.. saja2 jalan sini sebab mlm tiada aktiviti
Tee.. waalaikumsalam... jalan2 lepas makan ni.. membakar kalori :)
Catat Ulasan