Minggu lepas akak berpergian dari Seremban pada hari Sabtu ke Jelebu, selepas majlis dan selepas makan kami berpergian seterusnya ke Ipoh melalui jalan potong yang disarankan oleh adik ipar En Boss yang memang asal orang Pahang. Dari Jelebu melalui Kerangai,Simpang Durian, Simpang Pelangai, Manchis, Chemomoi, Telemong akhirnya ke Karak. Seterusnya ke Sg Koyan untuk simpang ke Pos Bertau..rasa macam jauhje juga .. mungkin first time kut.. dulu dari Seremban untuk ke Gambang lalu laluan ni juga... penat sebab jalan belok-belok.. bila sampai Sg Koyan dah lega.. lepas tu lalu Pos Bertau untuk ke Ringlet dan seterusnya ke Ipoh. Tujuan ke Ipoh untuk konvoi esoknya untuk majlis di Sungai Besar, kawan merangkap adik angkat kami bernikah dan melangsungkan majlis perkahwinan... simple je katanya.. namun bagi akak macam besar-besaran juga dan meriah.. rumah nendanya yang berada di dalam perkampungan yang jauh dari rumah2 lain.. maklumla Selangor tanah pertaniannya luas...
Cerita diatas tak masuk tajuk herba pun :) cerita herba sebab rumah nenda adik kami ni masyaaAllah subur-subur tanamannya... herba belalai gajah yang semakin popular kerana khasiat untuk melawan kanser.. dalam FB dah berleluasa jualan teh belalai gajah... daunnya macam daun hempedu bumi... akak kunyah sehelai yang akak dah tanam tu... daunnya manis dan tidak pahit... herba nenda ni betul-betul besar dan menggajah saiznya berbanding dengan yang akak ada yang comel lote... nanti akak kena buat macam ni juga untuk biakkan dan besarkan macam gajah yang ni.. semoga dipermudahkan...
Satu lagi herba yang subur disini adalah pegaga ni.. pegaga yang akak sendiri cuba tanam agar membiak sihat macam ni .. dah lama tak pos entri pegaga ni sudah pasti sebabnya pegaga akak tu pegun je dan ada yang pupus... maka foto ni sengaja akak tepek kat sini untuk beri semangat pada diri sendiri... akak boleh!!!...
Acar ni pula seperti yang pengantin kabo kan... Acar! akak tanya semula... sebelum tu tanya dia apa nama dish yang berair macam sup tu... dalamnya ada cili besar dan bawang besar, yang lain-lain akak tak kenal hu hu.. pengantin pun tak tak tahu... menurutnya ni masakan nendanya... akak agak-agak je yang dipotong memanjang tu yang warna jernih-jernih tu mungkin labu kut! yang warna perang dipotong memanjang tu entah apa... nenda je yang tau ... dah minta pengantin berikan resepi tu..
7 ulasan:
Salam SS,
Memang elok naiknya pokok belalai gajah tu SS, akak tanam dalam pasu jer.. akak suka juga buat ulam pucuk daun belalai gajah ni.. sedap akak rasa, lagi pun khasiatnya banyakan :)
Ulam belalai gajah itu mirip sambiloto disini. Tapi sabiloto rasanya amat pahit. seperti apa rasa ulam belalai gajah tuh? Saya pernah beberapa kali menanam pegagan, tapi selalu gagal. justru bila tidak sengaja ditanam malah tumbuh sangat subur. Pegagan itu luar biasa manfaatnya.
salam k mar, tak tau plk pokok ni berkhasiat...kat kg punya lah subur...
bagus kan khasiat belalai gajah tu
untuk kencing manis pun iye juga kan kak mar
Suburnya pokok pegaga k mar...pokok belalai gajah saya baru tengok dan kenal disini...
salam ss. suburnya pegaga..buat masak lemak cili api pun sedapp =)
Kak Nur Hayati.. waalaikumsalam..oo akak selalu buat ulam ya..ok noted ...
Endah..saya sudah google info sabiloto... mirip sekali... tetapi sabiloto disini adalah hempedu bumi iaitu herba yang pahit rasanya.. belalai gajah ni rasanya sedikit manis
ana... memang sangat berkhasiat .. google la infonya
Tihara.. betul tu ..untuk kencing manis juga
Sudais.. jadikan belalai gajah koleksi kita... sangat berkhasiat.. pegaga tu akak pun jealous..
Kak Nah.. memang sedap kak buat masak lemak cili api
Catat Ulasan