Assalam dan selamat sejahtera ..
Lama tidak bersiaran demi melayan demam panas yang melanda semenjak Jumaat lepas... sebagai host di Cameron Highlands akak layan bantal jek.. nasib ahli-ahli yg lain cergas membantu - memasak dan sebagainya... akak hanya menurut perintah... makan bubur nasi aje.. barbeku kambing yang sedap tu pun rasa pahit... kali ni Cameron Highlands lebih sejuk dari biasa .. sepatutnya dah sejuk tu rasa nyaman je tapi kesejukan dah jadi musuh pula... double sejuk sebab demam ni buat akak menggigil dan gigi menggelatuk.. rasa birat di semua bahagian kulit... Klinik panel yg ada disana terpaksa dilawati... tak culas makan ubat namun setakat Selasa lepas demam tak kebah-kebah... lepas makan kerap la ke toilet .. buang air semua saiz pun ada.... akhirnya akak cari 100+ dua botol, susu yogurt dan air kelapa campur halia campur madu yg masih belum akak sediakan semenjak bulan lepas... jumpa doktor lagi dan diberi cuti sakit dua hari.. setakat semalam dapatla basuh pinggan dan jemur baju... masih tertanya-tanya bagaimana demam ni bermula... adakah akak kurang minum air atau stress kerana bengkel dan kursus dua minggu berturut-turut...
Alhamdulillah hari ini sudah mula bekerja ..
Sampai di ofis bungkusan pesanan telah terlepak atas meja.. pesanan dari Diana KBB..segeralah akak membukanya.. alhamdulillah semuanya sehar-segar juga
Herba thyme..bau rempah yg kuat..
Ceri barbados..
Freegift... yg dua biji tu sangat mengecurkan air liur kerana rasa masam manis yg akak lalu nak makan.. batang ubi jenis apa tak pasti..btw tq Diana
10 ulasan:
Salam Kak Mar,
Eh akak bestnya. Tak pernah saya tau ada orang pos pokok. Sian kan? Hehe.. alah.. nak jugak. Kak Mar beli pada siapa?
Honey.. akak beli dari Diana-pemilik blog Kebun Bahagia Bersama.. ada dlm blog list akak ni.. Blog Semua Menjadi pun ada juga..
Gift baik demam...:D
Semoga cepat sembuh ya.
Macam tahu-tahu je Kak Mar tak de selera makan ;).
Ubi Kayu dari kampung mama tukang kebun.
Alhamdulillah Kak Mar sudah sehat.
Buah yang merah di foto terakhir itu buah apa Kak Mar?
AsSalam Kak Mar,
Semoga K.Mar cepat pulih. Minum air banyak2 ya, musim yang tak menentu macam sekarang ni mengundang pelbagai penyakit. Saya pun badan rasa lenguh2 je. Petang2 tu yang dah jarang ngadap komputer, dok sibuk berkebun sikit, nak bagi peluh.
rezeki di kala musim demam,dapat buah markisa masam2. sedapnye. Cepat sembuh kak. :)
Smga cepat sembuh kak, selamat berpuasa..
Semoga sembuh dan Selamat Berpuasa Mar.
semoga dapat berpuasa dengan baik kak.. btw thyme tuh selalu CT guna kalo yang kering aje.. tngk yang fresh dalam tv hihiks.. nak tngk real tak pernah lagi.
CT follow sini..
jemput singgah blog CT yang tak seberapa..
www.sitiyangmenaip.blogspot.com
Catat Ulasan