Pokok tulang.. pandai-pandai je akak panggil pokok ni pokok tulang.. nama memang tak tahu... pokok ni koleksi Kak Teh.. dia ni memang suka buat koleksi pokok - pokok disekeliling rumahnya. Dulu-dulu jiran-jiran akak ada juga koleksi pokok ni.. masa tu akak berfikir .. pokok apa ni daun tiada bunga apa tah lagi.. buat sementara nama masih belum diketahui kita panggil je la dia dengan pokok tulang... entah dari mana pula timbul tulang tu kan! Baru je lepas saja-saja gugel... resultnya keluar imej pokok ni... ingatkan saja-saja nak beri nama pokok tulang ... memang itu lah panggilannya... nama saintifik pokok ni ialah Euphorbia tircalli .
khasiat pokok ni didapati dari blog ni
http://ezlins.blogspot.com/2012/03/khasiat-pokok-tulang.html
P/S : 1) Hari tu ada berikan Kak Teh benih.. tak berapa menjadi katanya... akak beri anak strawberi Cameron Highlands pun tak menjadi.. dia terlupa .. pokok dah kering.. nantilah beri lain kat Kak Teh.. kenapa Kak Teh.. sebab dia ni bertutur susah sikit akibat demam panas masa kecil.. kakak sepupu kesayangan En Boss.. masakannya kelas terangkat ..sodap!! Berjemari hijau!!... sebab tu akak pun sayang dia...
2) Cer tengok date foto tu... ha ha baru perasan gak ni date tu sama dengan hari ni .. setahun akak snap dan benamkan foto ni.. maleh nak taip tajuk entri terbenam lagi... kut boring lak kan! Semua ilham nak buat entri hari ni , gerakan hati dsbnya beyond our control...Tarikh ni bagaikan tarikh keramat .. keramat la sangat ya... tarikh pertama kali lapor diri masuk kerja... tu lah keramatnya.. berapa tahun dah ya tak bergantung pada duit FAMA ni ! Since 1988...Sekarang kita lak jadi FAMA... syukur alhamdulillah.. rezeki semuanya ketentuan Yang Maha Esa... semoga akak terus positif melayari alam pekerjaan, bersabar menghadapai pelbagai rintangan.. insyaaAllah akan cuba terus bersemangat dan mengurangkan % Malas.. kerja seolah-olah !!!! beribadat seolah-olah!!! Ya Allah permudahkanlah semua urusan dunia dan akhiratku!!
9 ulasan:
Hihi, dlu Julie ingat pokok ni pokok ranting, sebab ranting je yg ada daun xde hihi, tekaan kakak betullah :)
wah..cantik tul blog ni tak bercampur aduk paparan..blog pesona macam2..konon nak cari kepuasan berbelog tau2 tak pernah puas. Hahaha..tempat kami bunga ni atau herba ni kena gelar bunga tulang..nampak macam tulang.ranting jg sama
terima kasih linkkan blog pesona ya
ada juga orang panggil pokok patah tulang sebab buat ubat untuk tulang patah..di rumah saya ada sepasu kecil, pokok ni tahan lama kan kak mar :)
Julie.. betul tu macam ranting juga kan!
Etuza.. blog biasa-biasa saja ni.. blog di sort untuk kumpulkan aktiviti berkebun sendiri dan kawan-kawan maya.. kebun skala sekangkang kera sahaja..kawan2 memberi inspirasi dan semoga saya juga memberi inspirasi kepada yang masih belum berkenalan..
terima kasih juga diatas link kepada blog saya..
Tiha... akak tak ada pokok ni.. kena ada juga ni!
menarik la pokok ni, family kaktus ker apa?
Nastyna... bukan famili kaktus rasanya.. kena gugel lagi ni untuk info yang lebih terperinci
Salam Mar,
Mak Aji pun panggil pokok tulang. Pun teringin nak tanam juga untuk tambah kepelbagaian bio!
Catat Ulasan