Minggu ke tiga syawal ni sempat bermesra dengan laman bila hari dah meninggi. Terpaksa la tahankan panas terik , sekejap lepas tu bayu dingin bertiup lepas tu terik balik... ingatkan hujan petang tu..
aktiviti hari Sabtu:
1) sediakan patch baru untuk tanam sayur .. stok baru adalah Giant Red dan Mizuna... ( malam tadi - malam selasa) dah semai).. banyak benih bendi tak semai lagi..aktiviti hari Sabtu:
6) menjelang pukul dua terpaksa berhenti kerana nak balik KL dah.. kena kemaskan segalanya sebelum gril dikunci... mangsa lagi lutut ni .. nak kerja siap dan cepat..
sehingga jam terakhir kami meninggalkan pagar Seremban ni hari makin menjadi-jadi panasnya... panas telinga dalam kereta sebab lewat keluar rumah :) panas lagi suasana open house kawan En Boss.. En Boss nak jumpa En Boss dia pula.. terpaksa join juga open house wp kesihatan masih belum mengizinkan.
Semalamnya (Sabtu) hujan dingin dibumi Seremban dari pagi membawa ke petang... nyaman rasanya.. sebelum hari hujan sempat juga melawat kawasan nak tengok apa hasil pagi Sabtu !.. dapatlah 3 biji petola pulut..dah tuai dan snap bagai .. ronda kat pokok belimbing pula .. masih berbuah ( untuk rekod bahawa buahnya masih aktif dikeluarkan menjadi juga petua letak nasi yang tak habis makan tu) .. semalam letak lagi... pokok belimbing dibelek untuk cari putiknya untuk ubat batuk En Boss... dapat la juga...buah dah banyak yang matang.. wahai jiran-jiranku silala mengambil buah belimbing itu... kalau tidak jadi kompos asli je la bila dia gugur .. juga dah pesan kat seorang jiran di bahagian bawah sana .. jumpa masa open house jiran depan rumah..
layan jela foto petola yang subur berbuah ni dan belimbing buluh yang lazat kalau dibuat gulai... haih terlupa la nak ambil lebih untuk adik pembantu di ofis ni..
Minggu sebelum
Masih melilit pd lain-lain
pokok..juluran sudah di tarik kpd aliran kelompok petola ni..
pokok..juluran sudah di tarik kpd aliran kelompok petola ni..
Minggu lepas
Dah pesan pada jiran untuk tuai
sebelum dia berserat
Rezeki jiran - minggu lepas
Belimbing buluh yg tak putus-putus berbuah (utk rekod sendiri) ..selalu letak baki nasi dipangkal pokok.. banyak yang gugur kerana tiada yang berminat
Tuaian minggu sebelum..yg putik belimbing untuk ubat batuk
p/s : kejadian yang mengharukan - seekor anak siput bab telah bangun dari pengsan garamnya dan melarikan diri.. adoi... entah apa pula mangsa dia nanti... macam rasa dia nakkan bayam malabar akak yang sangat subur tu je..
4 ulasan:
belimbing buluh sedap buat sambal itam :)
siput cad**** tu sy hanya ikut2 viral di intenet jer,hihi
btw gemuk2 la belimbing buluh sis.saya punya pokok baru paras paha,,lambat lg nak merasa..
Byk nya beliimbing Buloh sedap tu taruk dlm Gulai ikan ns dagang Terengganu..
Byk kerja2 akak buat!
Suka tengok belimbing buluh. Campur dalam masak lemak udang, ketam atau ikan ke sedap...
Catat Ulasan