10 hari memeram jari... memeram aktiviti blogging harian.. teramat sibuk dengan urusan kerja ofis... kerja luar dan macam-macam lagi.. urusan peribadi pun tertangguh ... tengahari je cari bantal.. penat .. perlu rihat untuk separuh waktu kedua pula.. event di Istana Hotel dah selesai walaupun kawan seperjuangan tercedera dan dimasukkan kehospital.. semoga dia segera sembuh ...
nanti ada lagi susulannya .. Puan Boss dah minta bersedia... sabar je la...
tengok pokok nilam ni lagi rasa memeram untuk balik ke sana ... entah ada ke tidak lagi... panas menguasai suasana .. hujan pun kurang.. harap jiran sekeliling menghulur bantuan ... menyiram dikala waktu yang ditetapkan...
1st time tengok pokok ni di tempat Mak Tom.. katanya daun ni wangi.. boleh letak dalam sarung bantal bagi menikmati harumannya... ok akak dah cuba.. memang wangi...ok.. pass untuk jadi koleksi..
9 ulasan:
Salam Kak Mar,
Apa khabar? Harap opis mate Kak Mar tu cepat sembuh ya.
Tak pernah dengar daun ni. Baunya macam mana? Macam bau mint kah? Atau bau pandan? Atau bau bunga? Hahaha curious betul!
kecik2 dulu suka taruh daun ni dalam Quran..bila kering wangi jaa...
tak penah dengar pokok ni k mar...
macam mana sud@is tahu pokok ni ya...hehehe
thanx for info
Saya suka sekali wangi aroma nilam ini, sangat segar dan tahan lama.
Owh! yea ke...xcited nak dapatkn jugak pokok ni...kat mana ada jual ekk...rasa2 nyer semua nursery tahu tak nama pokok ni?...
Sebab wangi tu yang buat hati berminat pulak...ha ah..bau dia macam mana yea?...
moga kawan akak cepat sembuh
saya tak pernah tengok pokok nilam sebelum ni
thanks for sharing ye kak :)
Assalamualaikum Kak Mar,
mcm tu rupanya pokok nilam, 1st time nampak, selalu pernah gak dgr nilam ni disebut2 tapi tak pernah nampak real lg...tertarik pula nak mencari pokok ni...semoga kawan kakak segera sembuh...
Mar, kak memang duk cari sangat pokok nilam ni...belum dapat2 lagi.
Nilam Diana macam tu je saiznya tak besar-besar sebab asyik lupa terabai je belakang tiang.
Catat Ulasan