Selamat tahun baru 2016 buat teman-teman maya. Selamat bersekolah semula buat anak-anak.
Baru sempat nak mengolah ayat "mengayat" bak kat arwah En Boss.
Foto rama-rama pertama tahun 2016@Pengkalan, Ipoh. Perlu segera bergerak keAEON. Sebentar lagi solat Jumaat akan bermula di Masjid berhampiran.
Berkelana kesini kerana menemani adik Teh untuk rawatan susulan di Batu Gajah. Tabib Cina yg popular dan dua tiga saudara mara di Ipoh ni telah sembuh. Ke sini atas saranan bonda setelah seminggu adik Teh menahan sakit kerana peristiwa kereta jiran yang bergerak walaupun telah disendal dengan batu. Cedera kerana cuba halang kereta dari mengenai kereta dihadapan.
Ke sini berempat menaiki ETS. Tempahan tiket online, caj rm2 utk servis online.. 4 org rm16 pergi balik. Pergi naik coach gold @rm35 sebab kebanyakan coach silver dah penuh. Balik dpt coach silver @rm22. Ronda2 di AEON (dah lupa nama tptnya), Mydin Meru dan Manjoi, minum pula greentea gelas gedabak@rm5 secawan Anakanda Hzrq semput pula.. kena cari klinik utk dptkan gas. Mlm pekena char kuey tiau Utara diMeru.
Malam minggu balik KL. Balutan dilutut mula longgar.. perlu bandage ..
Walaupun persekitaran yg bersepah tak menjadi penghalang utk tembak foto rerama..
Foto dari whatsapp group..
Aksi si Luna.. pet Adik Awin yg dirindui oleh adik Lang di Ipoh.
PS : Lawatan ke Majestic dan Primiera Hotel utk event 2016.