Perasan dah dahan pokok kumquat menjulur keluar balkoni dek mencari matahari sebagai sebahagian elemen tumbesaranya disamping siraman air beeerta baja. Minggu lepas nampak dah togel daun-daunnya.
Pokok dah rimbun abaikan je la .. Tau dah .. mesti ada si caterpillar yang menumpang cari makan.
Ha ha semalam nampak dah si muncher dah dewasa jadi rama-rama. Perasannya sebab dia dah terjelepuk jatuh ie bawah para tempat susunan pasu. Nasib hakak tak terpijak.. masih lemah lagi atau sayapnya belum berapa menjadi.. akhirnya hakak letakkan ia di perdu pokok kumquat.
Panjang umur.. kalau tak dah terpenyet..
Pagi ni tak nampak kelibatnya.. moga menjadi rama- rama yang ceria.
1 ulasan:
Kumquat kat kebun rajin berbuah
tapi tak tahu nak buat apa buahnya
gugur begitu sahaja
Catat Ulasan