Semaian kali kedua. Alhamdulillah setelah dibuka pasu suratkhabar ni la rupanya salad-salad dengan batang dan akar yang halus bagi benang... telah selamat dipindahkan dan tumbesaran yang memberansangkan. Cuma 2-3 je yang tidak survive...silap akak la , terpatah, tertarik akar yang bersimpul... lama juga nak besar..
suka warna hijau lembutnya
snap kedua..sebenarnya aktiviti ni dibuat di atas sofa je dipangkuan akak..dah hari malam ..he he..perlu lampu yang terang dan untuk elakkan kepenatan dan kebosanan kerana banyak sungguh anak-anak salad ni maka bengkel pemindahan dibuat diruang tamu rumah..jangan marah ya En Din..
latest foto - tu dah tinggi ..ada juga yang terlanggar dan patah ..sori ya salad hu hu..
5 ulasan:
Banyak salad akak nie..nampak hijau subur jer..suka tgk..
my salad never germinated!! ajar lah i secret recipenya >.<
salad ni 2 minggu dah boleh harvest....sedap
a'ah k.mar..apakah rahsia nya...sy punya byk tak germinated...tp yg germinated pun takle survive..apalah nasib tah
Sihat makan dari tanaman sendiri.
Catat Ulasan