Pokok-pokok pisang ni banyak tumbuh berhampiran kedai aiskrim strawberry Cameron Highlands. Tertarik untuk menyimpan foto ni sebab warna pink tu. Pisang biasa akan ada jantung pisang yang terjuntai ke bawah. Spesis ni menegak pula jantungnya aka "bunga pink ala-ala purple pink". Dalam hati berkata ... ooo pisang Cameron Highlands rupanya macam ni ..he he. Minggu lepas ummuaidan tunjukkan pisang di Fiji..spesis bunga yang menengadah matahari tetapi warna merah. Sama pula kedudukan jantungnya cuma berlainan warna.
Setelah sekian lama menyimpan foto ni..samala pula dengan foto diatas cuma lokasi berlainan iaitu di Tasik Perdana, ketika ini bawa HS jalan-jalan main playground. akhirkata bukanlah pisang Cameron Highlands betul tak. Di lowland ni pisang ni jadi tanaman hiasan.
jantung yang biasa kita tengok semenjak mengenal dunia ..ihsan google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan