Musim hujan awal Disember 2012 memang mengundang pelbagai serangga di sini. Sedang asyik mengemaskan tapak untuk semaian bunga telang menyinggah pula serangga ini. Apa lagi sementelah camera dah stand by ... inilah yang menjadi kegembiraan kanak-kanak riang yang ada di rumah masa musim cuti. Akma Domo siap suruh snap guna hp dia...
Impaknya bila ada serangga ni mesti dia ada projek kan? Sampai sekarang tak nampak ulat bulu.. ok la tu..
Di rumah makcik sebelah
Kanak-kanak suka sebab kembang sayap semula.
5 ulasan:
tengok kat aidan nie satu mah dikejarnya..semua benda dibaling nak tangkap rama2...
A'ah la rama-rama ke kupu-kupu? kalau masuk rumah ada tetamu nak dtg heheh kpercayaan org lama...
selalu usik anak2...bila rama2 tersesat masuk dlm rumah..ada org nak datang meminag la tu hehe
Salam Mar,
Kalau ikut Kamus Dewan, definisi rama-rama: serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik kpd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu)manakala definisi kupu-kupu: serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Kesimpulannya, yang ini kupu-kupulah!
Cantik fotonya Mar! Nampak hidup benar!
Ini adalah Jacintha Egg-fly (Hypolimnas bolina jacintha)- kupu-kupu, a male butterfly :)
Catat Ulasan