Berjuang juga untuk mencapai sasaran untuk 'larian susut nilai' yang tidak sabar-sabar menanti, adusss tahun 2012 ditinggalkan dengan jejak-jejak yang masih kabur untuk mencapai jalan yang lancar kerana jadual yang telah dipendekkan. Namun masih dicemari dengan agenda untuk hari Jumaat.. tersasar lagi jalan menuju objektif besar ini.
Demi hari semalam (Rabu) juga melawan dup dap dup dap di dada ini bagi menghadapi panel-panel yang tidak ketahuan pendirian pemilihan mereka untuk aku melangkah setapak lagi didalam acara menjadi arkitek dan jurutera nombor ini... sehingga terlepas dari mulut ini perkataan "puan..diri saya ini seolah -olah diawang-awangan ..walaupun saya disini berhadapan dengan sesi menduga akal ini saya masih risaukan sasaran yang perlu saya capai ditahun awal 2013 ini demi mengelakkan pertanyaan-pertanyaan pengurusan yang akan menjurus kepada topik ketidak pematuhan garispanduan yang telah ditetapkan." Terlepas juga perkataan reorg yg memberi impak -ve kepada team sedia ada, reengineer katanya... you get one you sacrifice one...ah terpempan seketika! memang aku yang terkorban ni... "a lot of bottle neck item ". Separuh hari terlepaslagi ke jalan menuju sasaran.. alhamdulillah dapat juga dilapik dengan penutupan pintu pejabat pada pukul 8.45 malam, malam menanti siang esoknya untuk hari besar ini.
Suka-duka melunaskan tanggungjawab yang diberi .. hanya boleh merancang namun penentu adalah Dia. Jelas sekali..nawaitu untuk pergi lebih jauh lagi dalam acara mengimbangi yang senget pada Ahiad lepas tidak diizinNya. Apa pun "alhamdulillah "tetap meniti dibibir ini.. ini penentuanNya untuk diharungi. Akur sahaja memandangkan sebelumnya usaha telah dibuat lewat 1 pm .. sesi melewatkan tidur... akhirnya memberi kesakitan dan kelemahan ... namun kini telah bangkit semula untuk meneruskan menghadapi hari muka.
2012 yang lalu di Batu Feringghi -- memulakan perjalanan dari Ipoh pada 7 Disember 2012.. foto-foto adalah pada pagi 8 Disember 2012 - berkumpul disini ...
hari sudah siang
Dari balkoni Townhouse ini dapatlah menikmati pemandangan yang mendamaikan
usaha En Din membawa kolam ini untuk aktivi "kanak-kanak riang" suka sungguah dia orang
3 ulasan:
Bestnye townhouse tu kak mar.
semoga kak mar semakin pulih...banyakkan berehat yer..mesti best dok kat townhouse tuh kan bercuti2..
zamzurina.. memang best dan damai disini... kalaulah saya yang empunya!!! he he
ummuaidan... alhamdulillah..progressing.. masih makan ubat dan berpantang makan.. cuti2 memang best tapi bila ingat kerja...aduiii..
Catat Ulasan