Semenjak dah tahu port mee kari yang ngam dengan selera En Din .. kodai topi sawah ni sering disinggah.. dan ada chance la kan untuk singgah kampung sekali..ada satu hari tu.. kami lambat dan call dari KL yang kami akan singgah dan ikut highway LEKAS untuk ke Ulu Bendul dan mohon untuk book mee kari kesukaan En Din.. HS suka roti canai.. alhamdulillah tuan kedai tunggu .. hari tu dia ada kenduri nak tutup awal sedikit.. memandangkan dah call dia tunggu je.. tq kak dan abang kedai..
kerusi dah siap susun untuk tutup kedai .. tinggal kami sahaja.. selalunya port ni ada je orang duduk... kali ni dapatlah skodeng sawah sebelah ni pula... suka dengan hijau yang memancar tu.
yang ini pemandangan dari port biasa kami yang selalunya sejuk mata memandang dan sejuk dengan tiupan angin sawah..dan pokok bunga tisu yang menjadi persinggahan sang rama-rama dan cakcibo serta burung-burung yang berwarna-warni dan berdindingkan hutan bukit .. atas bukit ni ada empangan.. lupa lak namanya..
oh ya baru teringat.. masa tu lepas standard six... dengan skirt prefect kita ke sawah dan tolong orang-orang berkenaan meluluk di sawah sinun.. bukan kat sini.. sekarang sawah sinun dah tak jadi sawah lagi.. semuanya dah tua tak larat.. hanya makan hasil sewa yang tak seberapa dari tanah sejebeng tu..
8 ulasan:
damainya tempat ini, benar benar hijau, dan penuh ketenangan.
hijau yang masih terpelihara...:D
lately kak mar rajin jalan-jalan cari makan kan? Boleh jadi rujukan untuk orang yang nak cari port menjamu selera
dah sampai ker benih yg sy pos?
assalam, salam ukhuwah dari bunda
Special ni Kak Mar, romantic setting habis.
Rasa nak pergi juga lah pula... Ada directions untuk ke tempat ni? Mana tahu suatu hari nanti ada rezeki bolehlah saya singgah..
Dulu masa masih matrik ada pernah ke Ulu Bendul.
Puteri.. memang damai dan berangin.
Nadia.. mudah-mudahan berterusan dipelihara
Nurul..bos besar on.. akak folo je..
Rose.. dah selamat sampai... sabar menanti ya dari K Mar pula..
Bunda..salam ukhwah juga..
Diana..dgn famili ni..
Mama Pongkey.. dari kaw Rekreasi Ulu Bendul terus je jalan tu.. tak de simpang2.. byk kereta berhenti di sebelah kiri jalan....breakfast je sampai tghari..petang berniaga kut..
Catat Ulasan