Hari Ahad lepas dah ada di KL kerana En Din kena kerja... whole Sunday for ourselves la... dapur gas dah rosak pula.. tak sempat nak gi beli.. kena big boss yang pilih la untuk penggantian... untuk breakfast nak cari nasi goreng kampung yang pedas tu.. makcik tu tak niaga pulok... so ajak HS gi pasar tani disini.. walaupun depan pagar tak pernah pergi kerana weekend selalu di Somban...
melawat-lawat kawasan dulu he he.. di kawasan parking dah pokok ni... macam pokok liar dan senang tumbuh... pihak maintenance tak buang pula.. biarla boleh jadi tempat rerama berlegar-legar.. daunnya lebih lebar dari pinggan
tak ketinggalan mountainebony atau pokok orkid yang banyak disekeliling tempat tinggal ni..yang paling rendah ni masih kudup..
disambut oleh penjual pertama ni.. ingatkan jual apa yang berwarna-warni dan bergantung ceria... barut baby rupanya..
soalan cepumas HS .. dulu adik pun ada pakai ni ke masa masih baby?
ada ..cuma tak de la gambo Upin dan Ipin tu...
nama je pasar tani.. banyak bisnes lain berlangsung disini..
Gerai kedua..oh my favourite... nurseri bergerak... banyak yang dibawa oleh akak penjual ni... untuk dirujuk untuk pembelian akan datang... epal vietnam, mahkota dewa, dan cermai..dan ada lagi Thai Jasmin... mak ai mahal RM30 sebab dah berbunga... ok next round kita beli... gambar tak snap pula..
mushkil ...gandarusa.. apa khasiatnya.. nanti kena tanya pakcik G la..
aha yang ni ada gak kat CH ... buah yang tembun dan macam mulut terkatup je..
abang penjual herba.. ambil gambar saya sekali tak apa katanya..
antara ingredient iaitu buah belimbing batu/buah KK/buah langkau
banyak khasiatnya katanya la.. tak berani nak cuba sampel air yang disediakan...
berjalan hingga hujung dan patah balik tak banyak yang jual breakfast... nampak pula port refleksologi apa lagi.. curi masa 15 minit dari HS.. adik lapar la mak.. sekejap je.. oklah dia setuju.. akhirnya jumpa gerai kuetiau goreng.. maka kami breakfast disitu... seterusnya untuk ambil bunga yang dah di 'book' di gerai nurseri bergerak tadi... tapi sebelum tu HS pun nak shopping juga.. akhirnya dapatlah dia seekor ikan laga... kami dapat info baru.. dah lama tak bela ikan.. seronok dia... first time untuk dia...
adik!! ni duit yang adik simpan hari tu tau..kena top up semuala ya..
9 ulasan:
salam kenal dan salam ziarah...singgah menambah ilmu berkebun
salam kak..bestnya HS dpt bela ikan laga..
Assalam
Pasar Tani asalnya, rasanya diertikan sebagai pusat bagi penjualan tanam-tanaman dan ternakan, dan hasil bercucuk-tanam dan berternak, juga + peralatan/barangan untuk aktiviti berkenaan. Bila macam-macam dah ada di situ, barangkali itulah antara tanda "kita boleh", hihi.
Walau apa pun, memang seronok melihat khususnya pelbagai pokok dan hasil pertanian di pasar tani. Tapi, ada beberapa orang rakan berpesan supaya berhati-hati dengan produk herba, kerana ada cerita herba yang bertahta bersarang dalam organ di badan kita, yang akhirnya menyebabkan penyakit lain pula. Tak tahulah benar tidaknya.
labu siam? Chayote?
@ana.. salam kenal juga.. terima kasih singgah sini..
Ummuaidan.. memang seronok dia dapat ikan tu.. tunggula sampai bila dia jemu nanti..
Pak Temuk.. noted herba yang bertahta tu.. mungkin saya tanam untuk suka-suka je nanti..
Nurul.. nak tergelak akak.. punya la terlupa nama chayote ni.. sebab pokok yang meriah hari tu dah kering-mering kerana hari panas terik bulan lepas... memang terlupa nama buah ni...
comel pulak HS tanya soalan cepu mas...dulu pun suka bela ikan laga..color kilau2 kan
Nice shopping! :)
SS,
Buah yang tembun dan macam mulut terkatup tu yg saya tahu namanya English Gourd! Sedap! :)
Cantiknya barut2 tu semua comel je... kalau dekat nak jgk beli satu :)
Epal Vietnam tu macam pokok bidara Kak Mar?
Catat Ulasan