Assalam dan selamat sejahtera.. pertamanya nak ucapkan Selamat Hari Guru pada teman-taman yang bertugas sebagai guru (guru rasmi) pada hari ini serta pada semua teman yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dan info akan segala perkara untuk kita meneruskan penghidupan ini. (guru tak rasmi) .. semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan keberkatan kepada kita semua dunia dan akhirat..
Petola yang banyak berbunga...
pokoknya amat bercita-cita tinggi.. dah sampai dia dipokok kenanga ini
mesti hajat dia nak capai awning tu... week end ni kena tarik la.. pesongkan jalarannya.. nanti kena sound pula dengan big boss..
daunnya yang lebar dah macam daun anggur pula nampaknya.. tetap mendoakan agar kamu terus memberikan hasil lumayan... jiran sebelah rumah kata.. memang mula - mula dia tak lekat buat.. tunggu lagi katanya... sabar menanti.. he he...
Puteri Purnama... belum lagi akak buang pokok ni... rasa sayang pula nak tamatkan riwayatnya.. maka seruanmu untuk menanam yang baru belum ku sahut...
10 ulasan:
salam kak mar
petola nie kan kalau ikut suka2 har depa mmg nak naik setinggi yg boleh hehehe..mmg awal2 bunga tuh tak semestinya jd buah..tapi dlm byk2 ..inshaallah akan ade ygterlekat...:)
Salam Mar,
Betul-betul bercita-cita tinggi petola ni ya! Selamat hari guru juga kepada kita semua yang menjadi guru tak rasmi. Mak Aji termiss jadi guru dua kali tapi kali ni memang confirm guru, he he! Memang selalu org tanya kerja guru eh (ada rupalah tu).
salam k mar, nanti k mar confuse plk nk petik bunga kenanga terpetik bunga petola...hehehe
As salam kak mar,
Semua bunga petola ni adalah bunga jantan. Jgn risau sbb hmpir semua pkk sayuran jenis menjalar/memanjat akan mengeluarkan bunga jantan dulu sebelum keluarnya putik serta bunga betina. Bunga jantan keluar dlm jumlah byk pd satu tangkai dn berbentuk berlian. Bunga betina keluar secara tunggal.
Kak mar jgn susah hati kerana bila ia dah mula berbuah, pkk petola akan mengeluarkan buah berterusan dlm tempoh yg agak pjg(lbh 6 bulan).
petola saya tanam sampai masuk kawasan jiran sebelah. bila dia sabit rumput, tersabit sekali pokok petola saya. petola hampir2 nak mati. menangis saya.. huhuu
nyaman tengok buah2an sayur segar mak kanns..,ehHEe
sama pula cerita kita hari ni kak mar :)
cantik gak pokok kenanga berbunga petola....hehehe
UA...jadilah kita insan yg sabar menanti he he
Mak Aji...sungguh dia bercita2 tinggi.. seronok gak orang tanya kita ni cikgu ke tak! Senyum selalu lepas tu...
@na.. tak dapat petik... pokok ni tinggi dari K Mar
En Adry.. terima kadih atas penerangan... Cikgu Adry .. K Mar masih kurang ilmu bab bunga2 sayur ni...
Awin.. he he.. macam berjanji je kan!
Rose... begitulah adanya he he
NJ...Terima kasih sudi menyinggah di sini... bukan petola je yg menyebabkan rasa nak nenangis kalau berlaku insiden yg tidak diingini kan..
Wak...sudah semestinya nyaman...save the green...
Catat Ulasan