Semasa hantar adik ipar bernikah di Paloh, Kluang baru-baru ini...pengusaha homestsay tempat persinggahan ini ada pokok bunga ni.... bersama-sama Mama membelek koleksi si tuanpunya bunga
minat yg sama dgn mama....topik bunga dan tanaman tak lari... kata Mama ni bunga santalia.... Dalam blog En Adry ada sebut sebagai bunga jeliti.....
Sekitar homestay yang mula terik...sure pengantin tu dah start berpeluh2...simpati juga...menanti saat-saat itu ...panas pula... apa pun.. semua urusan telah selqsai dilaksanakan...
Kesian adik ipar ku itu...belum tengahari lagi ..terang benar sinaran pagi itu seolah-seolah turut sama meraikan hari yang dinanti-nantikan...
Seceria bunga ini... yang pasti nama bunga fail lagi.....
8 ulasan:
sedap gak nama bunga tu yer
bunga ni putih bersih.. cantek dan berseri... nak macam bunga melur.. tapi bunga melur lagi lawa bila kembang dan wangi..
As salam kak mar,
Bunga yg kat atas sekali tu memang nama Melayunya, Jeliti. Ada juga org yg memanggilnya bunga harum sedap malam.
Bunga yg kat bawah tu rasanya bunga Melati. Ramai org keliru antara Melati dan melur. Melati bukan bunga melur.
Untuk pengetahuan JaSSNaNi, kedua-dua bunga dalam foto ni berbau wangi. Bunga jeliti harumnya semerbak berbanding melur yang lebih tajam baunya.
assalam.
pertama kali lihat bunga ni. tq atas info. saya, kalau lihat bunga putih2 gini selalu blur..takut tersalah nama bunga.
Assalam suka-suka
Pada musim panas sekarang ini, memang kesian tengok para pengantin yang berbaju lawa-tebal-berat-kasar tu berpeluh-peluh, hihihi. Tapi, kita sebagai pengiring rombongan atau jemputan pun ada kalanya basah baju juga. InsyaAllah lupalah kita kepada ketidakselesaan, sebab ingin sama-sama memeriahkan majlis orang-orang yang kita sayangi. Nampaknya, walau cuaca panas perit, para bunga tetap segar mekar.
salam Mar.
gambar no.4 tu, cantik lah terasa dunia benar2 luas dan lapang, tenang dan ceria.Ada aura gembira.
Nama bunga tu cantik..beri tahu pengantin nama bunga tu, esok2 kalau ada baby girl,mana tau minat dgn nama bunga ni..cantik nama tu hehehe
Rose.. saya setuju.. memang sedap namanya..
Nani... semua bunga cantik tau...
En. Adry.. terima kasih diatas pencerahan...
Pak Temuk.. waalaikumsalam..memang kesian dia.. dah lepas akad cari tuala yang sangkut kat leher dia tu untuk lap peluh..bunga dijaga akan pasti segar..
Puteri..terasa auranya ya.. tapi masa tu dah mula terik... tak boleh lama-lama kat luar...foto sebagai rakaman perjalanan alam ini yang ketika itu bertembung dengan kami..
Sejak balik ni belum dapat pergi kenduri kahwin lagi.
Catat Ulasan