Antara yang dituai minggu lepas... semuanya kuantiti ciput je... jadilah....alhamdulillah .. namanya pun kebun tinggal-tinggal... kali ni paling lama ditinggalkan 3 minggu ... namun begitu walau dilanda kemarau dan jerebu dapatlah juga hasilnya ...pada mulanya ingatkan dah tiada dah tanaman-tanaman ni .. tuaian hari ini.. tunggu!! sekejap lagi kita periksa apa yang ada...
3 urat kacang panjang
2 biji api
setangkai daun sambung nyawa
bunga telang
3 biji buah letup-letup
2 biji bendir emas
sebiji petola bersaiz comel..
buah leletup... sedap dan manis isinya
Mak Long aka kunang-kunang -- ini daun sambung nyawa seperti yang di tanya hari tu...
7 ulasan:
salam..agak2 boleh masak apa ni./
tak masak pun... bunga telang tu boleh la buat sirap biru... buah leletup tu makan lah isinya ... yang lai-lain tu jadi ulam je...
salam k.mar..pekaba..lama dah tak singah2 blog...buah leletup tu zaman kecik2 suka sgt mkn..masam2 manis...
at least k.mar dapat lagi hasil...sy punya kebun kucing wat sarang depa dah...
Have not heard of buah leletup. First time ever.
Btw, I 've identified the butterfly in your previous post - Lime Butterfly (Papilio demoleus malayanus).
mcm boleh buat menu ke nasi kerabu mcm wanie. hehe.....
Buah leletup tu mmg fav ms kecik2.. jumpa je xkira kat mana msti petik byk2..
rasanya buah leletup tuh masa kecik2 pernah mkan..kalau tak silap yg rsnya agak masam2 sikit kan..
Catat Ulasan