Memang dah tahu lama pokok ni banyak khasiatnya. Blog Mak Aji pun ada info mengenai tumbuhan ni. Melalui blog Mak Aji juga saya bersua muka dengan bunga tumbuhan ini. Mula-mula rasa pelik juga... ada bunga juga ke pokok ni...Dulu-dulu banyak tumbuhan ini hidup liar dalam pasu bunga dan sudah sering diselesai untuk tujuan kemas dan melawa. Apabila dah kena penyakit darah tinggi , maka pokok ini lebih dihargai. Tiada pula dia datang lagi di halaman rumah. Setahun kebelakangan ni ada pula dia tetapi dirumah makcik sebelah. Banyak pula tu... sambil buat maintenance kebun disitu maka sepokok telah dicabut dan dipindahkan ke halaman sendiri. Alhamdulillah meiah dia subur disitu sehingga berbunga. Raya ni kalau rasa-rasa dah terlebih makan insyaallah boleh lah dibilas dengan pemakanan sihat pula...
Salam 26 Ramadhan buat semua teman-teman! Insyaallah akan bersiaran seperti biasa di hari Raya, semoga diizinkan Nya... banyak nak update ni sebab kebun Seremban dah dua minggu ditinggalkan. serta persediaan meninggalkan kebun secoet di Unit sarang burung merpati kediaman ni.. tahun lepas sungkup dengan tisu dapur.. kali ni cuba dengan teabags pula...dan botol air yang diletakkan samada tali kasut atau kain yang mudah serap air dan bersambung ke pasu .. minggu lepas kakak yang buat bisness nurseri beri info.. dia kata lapik dengan plastik hitam supaya bila selepas siram air tidak kering dan plastik berpeluh akan membekalkan air kepada tumbuhan, kenapa plastik hitam? katanya supaya rumpai lain tidak tumbuh bila terdedah kepada pancaran matahari... hmm bernas idea kakak ni.. katanya dia apply teknik nni untuk pusara arwah maknya... tq kak kerana berkongsi info.. jangan marah ya saya kongsi disini... sama-sama kita dapat berkatnya... mudah-mudahan yang ditinggalkan selesa...
yang pahit itu ubat.. yang manis itu penyakit.. sama-samalah kita menjaga kesihatan di musim Raya ini.
macam orkid pula bunga ni
p/s 4 Ogos 2013... happy anniversary En Din... thank you for the wonderful years we've been together... pahit/manis/masam/masin kehidupan ....semoga bahagia dunia akhirat
2 ulasan:
Hello, how you doin'? I suka your hijau blog, looks fresh and nice. That bunga is very nice...buat obat? And bitter.
So, da beli kasut baru, handbag baru...Sarong kebaya da siap at your tailor? Ha ha.
Happy holidays,
Salam ceria selalu dan jangan lupa gembira di hati.
Bagaikan sentiasa kedengaran alunan lagu merdu.
Lee.
Salam Mar,
Terlebih dahulu salam ulang tahun perkahwinan, moga bahagia hingga ke syurga, amin!
Banyak cara ni utk persiapan meninggalkan pokok untuk mereka yang balik kampung ni!
Betul tu, pokok ni kena ada buat stand-by bila terlebih makan daging musim raya nanti!
Catat Ulasan